BAB 14

266 105 33
                                    

"Jadi, seperti yang kamu semua dah dengar, sesiapa yang fail untuk exam Sumatif 2 ni, akan menghadiri kelas tambahan pada cuti sekolah ini ya," Kata guru kelas kami iaitu ustazah Ummi Kalsum.

     "Sesiapa yang tak hadir kelas tambahan tu... jaga! Ustazah tolak merit kamu. Jangan main-main ye. Masuk sekolah menengah dah lain tau," kata ustazah berbaur amaran.

     "Okay semua, berdiri." kata ustazah seraya mengemas buku-bukunya dan komputer ribanya.

     "Terima kasih, ustazah Ummi."

     "Ha... tidak. Aku baru je nak syok cuti sekolah ni..." Lemah aku berkata sambil membaringkan kepala di atas meja.
"Ha, tu lah kau. Tak study betul-betul," kata Syaza. Aku mencebik.

     Huh! Seronok lah tu mengata aku. Mentang-mentang dia tak perlu pergi ke kelas tambahan itu. Yelah... kawan aku ni kan, macam yang aku cakap, cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Best nya, kalau aku dapat otak Syaza ni.

     "Huaaa... tak nak pergi, Syaza! Tolonglah aku... Aku malas lah. Baru nak rehatkan otak kejap," Aku menarik-narik lengan Syaza. Hanya dia lah orang yang aku boleh mengadu dan nak bermanja-manja begini.

     "Ala... sorry lah dowh. Aku tak boleh tolong. Ni semua hasil, daripada usaha kau sendiri," Pujuk Syaza seraya mengusap-usap kepalaku.

     Aku hanya merengek. Tak suka lah macam ni!

     "Pergi je lah. Mesti ada hikmah atas semua ni. Aku yakin," Aku tersenyum dengan kata-kata Syaza itu. Hm, ada betulnya juga.

     "Yelah, mana tahu... kut kut, yang ajar kau nanti abang handsome ke...?" kata Syaza sambil tersengih.
     "Eeee... Kau ni! Rosaklah," Terus aku menolak Syaza itu. Lain niat nak datang ke kelas tambahan nanti.

     "Hehe. Aku teka aje. Mana tahu betul...?"

     "Tak ada nya, engkau. Setakat nak tunjuk muka handsome diaorang tu. Nanti habis semua tak fokus belajar, kang. Eee... Silap-silap, satu kelas confirm fail nanti, ada lah. Haha," kata aku lalu tergelak. 
"Ehh... Ye ye jugak eh, kau ni. Haha!" kata Syaza lalu ketawa bersama aku.

Semasa waktu rehat.

     Aku, Syaza dan Aira pergi ke koop. Hanya ada satu perkara yang aku fikirkan buat masa ini. Dapat susu strawberry free, lagi!

     "Hi. Biar saya teka... susu strawberry lagi?" kata abang Arman sambil menjongketkan keningnya. Seperti sudah dapat menjangka.
     "Hehe... apa lagi?"

     "Nah," Dia memberikan aku lima kotak susu strawberry.
     "Ehh... ba-- banyaknya. Dua cukup lah kut," Aku terkejut. Kenapa tiba-tiba banyak, dia bagi. 

     "Tak apa. Ambil je. Ambil je semua ni. Lagipun... ini hari terakhir, abang kerja dekat sini." kata abang Arman.

     "Ha? Ha-- hari terakhir? Abang nak berhenti?" kata aku dengan nada yang terkejut. Ala... lepasni dah tak ada lah susu strawberry free.

     "Ish, Hanez ni. Takkanlah abang nak kerja dekat sini, selamanya?" kata abang Arman.
     Okay. Alasan yang sangat logik.
     "Actually... ada something abang nak tunjuk, dekat kamu."
     "Apa dia?" Lalu dia mengeluarkan sehelai kertas dari beg galas hitamnya. Dia memberikan aku kertas itu. 

     "Err... apa ni? Tak faham."
     "Ya Allah... Maksudnya, abang diterima masuk ke Universiti ni lah," kata abang Arman lalu tergelak kecil.

     "Serious lah? Wahh! Tahniah abang Arman." Aku bersorak sambil melompat-lompat. 
     "Haha. Dah dah. Jangan lah sampai lompat-lompat," 

My Senior RulesWhere stories live. Discover now