Minggu Panitia Bahasa Inggeris. Tekun aku melihat poster yang ditampal di sebelah bilik Kaunseling selepas pengumuman pelancaran Minggu Pantitia Bahasa Inggeris pada tengahari tadi.
"Wehhh... macam best je ni! Jom masuk storytelling ni sama-sama!" Cadang Syaza dengan muka penuh teruja.
"Um... entah lah, Syaza. Kau tahu kan, aku mana nya pandai sangat 'speaking speaking' ni..." Aku memang lemah kalau bab bab speaking ni. Susahlah!
"Ala... tak apa lah, Nez. Aku kan ada. Aku boleh bagi kau free class. Free of charge!" Kata Aleeza.
"Haah, Hanez. Kitaorang boleh tolong kau. Lagi satu, tengok ni. Ada hadiah mystery grand price kut! Kalau 'grand grand' ni mesti hadiah dia bukan biasa-biasa!" Kata pula Aira.
"Haah. Lagipun, kalau tak dapat hadiah pun, tak apa. Dah join pun aku rasa happy. Sagu hati pun, jadi lah." Kata Syaza.
"Please... Hanez," Serentak mereka bertiga berkata. Ehh, dengan puppy eye nya. Kalau aku tolak, rasa bersalah pula. Mereka ni betul-betul sudah bersemangat ni.
"Yelah, yelah. Aku join,"
"Yeay!" Bersorak mereka bertiga. Tengok mereka gembira, sudah cukup untuk aku.
Keesokan harinya...
"I'm going to... my grand... ma's cotek," Ish, betul ke pronouncing aku ni? Kami berlatih di kantin sekolah seawal pukul 11 pagi. Awal, bukan. Siapa cadang, kalau bukan mereka bertiga ni. Semangat betul. Baguslah. Suka aku tengok bila mereka bersemangat buat sesuatu. Nampak comel.
"Hahaha! Cotek? Cottage lah. Mende kau ni, Hanez," Terbahak-bahak Syaza gelak sambil minum air Milo favourite nya itu. Aleeza dan Aira seperti cuba untuk menahan tawa.
"Korang ni... kenapa mesti aku kena jadi watak Red Riding Hood dalam ni? Saja eh korang, nak kena kan aku!" Aku mula merungut. Tidak puas hati. Tak silap aku, skrip Red Riding Hood paling banyak.
"Ala... sorry lah Hanez. Kitaorang bagi peluang ni dekat kau. Untuk improve speaking kau," Kata Aira dengan suara memujuk.
"Lagipun, aku memang dah lama nak jadi watak Big Bad Wolf ni. Tak makan aku, nak jadi watak perempuan merah tu. Hehe. Rowr!" Syaza menunjukkan aksi serigala menyerang.
"Tu lah, aku pun... rasa kau memang layak, Hanez. Tengok muka pun, dah sesuai apa jadi watak Red Riding Hood ni. Sedap juri tengok muka kau. Entah-entah nanti dia bagi markah bonus. Ha... mana tahu?" Usik Aleeza.
"Uishh... bijak juga otak kau, eh!" Syaza memuji Aleeza.
Aleeza menggesel hidungnya menggunakan ibu jari. Penuh bangga. "Tengok orang lah,"Aku dan Aira hanya ketawa.
"Korang, bila ya, pertandingan tu?" Tanya aku.
"Oh. Hari kham..." Terhenti kata-kata Aleeza. Muka Aleeza dan Aira seperti tersentak. Mata mereka seperti memandang ke arah atas aku.
"Hm?" Aku bertanya kembali.
"Belakang kau..." Aleeza menunjuk di belakangku menggunakan jari telunjuknya. Aku memusingkan kepala ke belakang. Alangkah terkejutnya aku. Siapa lagi? Dengan baju biru mudanya. Tangan dimasukkan ke dalam pocket seluar. Bau perfume yang cukupku kenal sejak pertama kali, aku terlanggar dia. Patutlah aku bau wangi semacam aje, dari tadi.Aku mendonggakkan kepala. Taqif.
"Eh, aw... awak," Aku memang terkejut. Tapi cuba berlagak tenang. Apa dia buat dekat sini? Sekarang masih sesi persekolahan sesi pagi lagi kan?
YOU ARE READING
My Senior Rules
Teen Fiction"Apa awak buat ni?" - Hanez Hemilia "Nothing. Just trying to save the face of the girl who spilled her Milo on my shirt. That way, I can easily recognize you." - Tuan Taqif Amsyah Pertemuan pertama mereka ternyata tidak disangka-sangka, berpunca dar...