BAB 4

263 126 0
                                    

"Wehhh... serious lah. Hahaha!" Syaza tidak berhenti gelak sejak aku bercerita fasal kejadian semalam.

Rasa menyesal sikit cerita. Tapi tidak tipu, reaksi Syaza sangat menghiburkan aku. Lenganku dipukul berkali-kali. Sakit tak sakit? Nasib aku sayang kau Syaza. Minah ni la...

"Shhh! Kau ni, gelak tu cover la sikit. Kang kantoi dengan cikgu Mizati," Aku memukul lengan Syaza.

Kami sedang membuat karangan Bahasa Melayu. Cikgu Mizati sedang menaip sesuatu di komputer ribanya. Mujurlah kami berdua duduk meja paling belakang sekali. Tak ada lah kantoi sangat.

"Ops! Sorrry, sorry. So... kau setuju lah ni jadi hamba ambdi dia? Cuba cerita secara details apa yang jadi semalam,"

Kejadian semalam...

"Then... be my servant."

WHAT?!
"Ja... jap. Ulang balik." Untuk memastikan yang aku tidak salah dengar.

"Be. My. Servant." Jelas dia mengatakan perkataan itu.

"What? Awak gila ke? Memang tak lah!" Aku membantah dengan cadangan dia. Hilang terus segala tangisanku. Terus aku berdiri dan meninggalkan dia yang sedang melutut di hadapanku itu. Eee... servant? Apa masalah dia ni?

Belum sempat aku nak melangkah keluar dari kelas dia...

"Awak tahu berapa harga jam tangan tu?" Mati langkahku.

Aku hanya berdiri di situ. Tak nak pusing belakang. Hanya mahu mendengar.

"20 Ribu Ringgit."

"Ha?!" Dari tak nak pusing, terus pusing. Terbeliak mataku memandang Taqif. Dia ni, biar betul? Muka dia seperti puas hati. Reaksi yang ingin dilihat olehnya.

Dia berjalan ke arahku. Dengan senyuman puas hatinya. Huh, suka lah tu tengok reaksi aku ni.

"Why? Terkejut?" Dia menjongketkan keningnya itu.

"Tak! Saya... No. I means, apa yang jam tangan sampai beribu-ribu?" Sungguh mamat ni menambahkan rasa bersalah aku terhadap dia.

"That's not my problem," Dia menjongketkan bahu. Eeee... mamat ni, rasa nak sumbat aje kepala dia dalam jamban. Anak orang kaya... tekan-tekan aje, terus dapat.

"Tadi awak sendiri yang kata, awak akan buat apa sahaja. Siap merayu lagi,"

"Oh... ya. Tapi, tak boleh ke tukar yang lain. Macam... saya belanja awak Mekdi sebulan? Hm?" Apa-apa sahaja selain menjadi servant nya itu.

Dia hanya ketawa. Tak henti-henti. Dan kemudiannya, dia berhenti ketawa. Kembali dengan muka serious nya. Wah, poker face gila mamat ni. Sekejap aje, riak wajahnya berubah. 

"No." Jelasnya.
"Hmp! Kalau saya tak nak?" Terus aku memusingkan badan untuk berlalu keluar dari kelas itu tanpa menunggu jawapan dari dia. Malas nak layan. Namun dia lagi cepat dariku. Terus dia menghalang laluanku. Aku ke kiri, dia ke kiri. Aku ke kanan, dia ke kanan. Ahh!! Geramnya!

"Tepi, boleh tak." Tegas aku.

"I don't want to? Unless, you accept my request. Lagipun, awak lupa ke? Awak banyak berhutang dengan saya tahu? First, baju. Second jam tangan saya yang mahal tu. And lastly, my pretty face." Sambil menunjukkan mukanya itu. Ceh, minta simpati.

"Plus, saya bukan jenis yang lepaskan orang begitu sahaja. Forgive people, then? It ain't no fun! Right, Ilyas?"

Ilyas. Ilyas rupanya nama dia. Ilyas hanya mengangguk. Agak keliru mukanya tapi hanya bersetuju.

My Senior RulesWhere stories live. Discover now