"Baris... Baris sedia!"
"Senang diri!"
"Rehatkan diri!""1, 2, 3!"
"Baris!""Baiklah, saya bagi masa 10 minit untuk kamu semua berehat. Pukul 10:25 nanti, semua diminta berkumpul semula," Kata Ketua Perbarisan Rumah Merah yang bernama Idlan, Form 2, kelas apa, aku tak ingat.
Ini sudah menjadi minggu ke-3 sejak kami berlatih perbarisan untuk Kejohanan Olahraga Kali Ke-24 yang akan berlangsung pada bulan depan. Setiap rumah sukan perlu membuat persiapan awal. Kami membuat latihan perbarisan ini di gelanggang bola keranjang. Mujur tiada yang guna. Aku sertai perbarisan ini pun hanya untuk menambah pengelaman saja. Yelah kan, ada lah juga benda yang aku boleh buat semasa hari sukan nanti. Tak ada lah aku duduk aje, dekat bangku nanti.
Larian tak dapat, lontar peluru tak dapat, lompat jauh tak dapat, semua benda aku tak lepas. Sekurang-kurangnya perbarisan ini boleh mengisi markah aku dan juga boleh menjadi pengalaman yang baru buat aku.
"Hanez, tolong pass kan botol aku," Kata Aira dengan suara yang keletihan dan muka yang berpeluh kemerahan. Aku menyuakan botol milik Aira itu. Aku turut serta meneguk air daripada botolku. Penat, panas, lapar. Ahh... tiba-tiba aku mengidam susu Strawberry pula sekarang ni! Sedapnya kalau minum waktu-waktu begini.
"Jom gi koop, nak?" Kata aku seraya berdiri tegak sambil memandang Aira dan Fateema yang terduduk di bangku tepi gelanggang bola kerajang itu. 'Koop' yang bermaksud Koperasi. Koperasi Sekolah.
"Jom!" Semangat Aira berkata lalu berdiri tegak di hadapanku.
"Teema, tak nak ikut ke?" Kata aku, pelik. Nur Fateema, dari kelas 1 Venus. Kami mula berkawan sejak latihan perbarisan ini bermula. Salah satu kebaikan aku menyertai perbarisan ini, aku dapat buat kawan baru!"Tak apa lah. Aku penat. Tapi, korang tolong belikan sandwich and anything benda manis. Oh, and air 100 Plus sekali tau!" Kata Fateema. Haha. Walaupun penat, bab makanan memang laju!
"Alright,"
"Er... kau sure ke, nak serbu ni?" Kata aku kepada Aira. Keadaan di dalam koop ni dah macam pasar malam. Memang sesak. Sekarang mungkin masa rehat form 4 dan form 5 kut. Ada yang sampai beratur hingga ke luar koop. Yelah, makanan dekat sini semuanya rare-rare kalau nak dibanding di kantin sekolah. Dekat sini ada banyak lagi pilihan makanan yang digemari para pelajar. Contohnya seperti junk food.
Tambahan lagi sebab koop selalu sesak, terdapat satu cashier koop ni. Lelaki. Good looking. Itu apa yang aku dengar, daripada pelajar di sekolah ini. Budak lepas SPM. Tengah tunggu result, katanya. Jadi.. ini mungkin kerja part time dia, kut. Disebabkan dia, memang laku lah koop ni. Memang setiap hari, lagi-lagi pelajar perempuan, akan datang. Apa lagi, kalau bukan niat mereka nak menggatal?
"Of course! Demi makanan, aku sanggup!"
"Lagipun... aku dengar dekat sini ada 'Abang Koop' tu. Nak tengok juga, handsome sangat ke dia tu..." Kata Aira dengan senyum miangnya sambil menyiku lenganku. Eee... ni sorang lagi."Eeee... kau ni. Sama je!"
"Dah la, aku gerak, lu. Nanti kalau dah settle beli, tunggu aku. Bye!" Kata Aira sebelum berlalu pergi.Aku mengeluh sekali. Haih... nak masuk ke tak nak.
Tiba-tiba aku terasa seperti ada seseorang di belakang aku.
"Mi--" Belum sempat seseorang itu menghabiskan kata-katanya, aku lebih dulu memusingkan badan ke arahnya.
Taqif. Huh. Entah kenapa, aku rasa lagi tak bersemangat, tengok muka mamat ni. Aku sedikit berharap orang lain berada di hadapanku ini.
Kami hanya saling berpandangan tanpa berkomunikasi. Dia memandang tepat mataku. Kekok. Kenapa senyap ni.
YOU ARE READING
My Senior Rules
Teen Fiction"Apa awak buat ni?" - Hanez Hemilia "Nothing. Just trying to save the face of the girl who spilled her Milo on my shirt. That way, I can easily recognize you." - Tuan Taqif Amsyah Pertemuan pertama mereka ternyata tidak disangka-sangka, berpunca dar...