BAB 5

283 130 2
                                    

Apa dia nak.

Terus aku berjalan ke luar kelas selepas meminta izin dari cikgu. Semua budak perempuan pandang aku dengan muka kurang percaya. Apa? Takkan lah mereka percaya itu adalah abang aku. Jauh beza kut. Aku rasa semua tahu muka abang aku macam mana.

Dia bersandar di pintu kelas sambil melihat telefon bimbit. Nampak gaya seperti mahu balik. Rambut ikal hitam yang sedikit coklat gelap ditiup lembut oleh angin. Mana datangnya angin ni? Aku tak rasa angin pun.

Dengan tote bag miliknya yang berwarna coklat muda. Disarungkan bersama jacket hitam Adidas di badannya bersama seluar tracksuit hitam yang juga berjenama Adidas.

"Wow." Ops! Terlepas juga kata-kataku. Hanez, watch your mouth!

Terus aku menutup mulut aku menggunakan kedua-dua belah tangan. Menyesal. Janganlah perasan...

Dia yang perasan kehadiranku terus memasukkan telefon bimbitnya ke dalam pockets seluar. Kemudian berdiri betul-betul di hadapanku. Jujur aku gementar setiap kali dia berdiri begini di hadapanku. Dah la tinggi macam tiang.

Sempat aku melihat beberapa pelajar melihat ke luar kelas. Lagi-lagi murid perempuan. Mereka ni, macam nampak gajah terbang.

"Hi, adik." Dia senyum sinis.
Aku teringat sesuatu...

"Jap, kenapa awak kata dekat classmate saya, yang saya ni adik awak? Bila masa saya ni adik awak?" Aku memarahinya. Kan semua orang dah salah faham!

"Cik adik, awak lupa ke? Awak sendiri mengaku yang awak tu adik saya. Tak ingat?"

Aku mengerutkan dahi. Sejak bila? Kenapa aku tak ingat langsung ni.

"Tadi saya terserempak dengan cikgu Ainul. Dompet awak tercicir. Cikgu yang jumpa dan bagi dekat saya. Dia cerita fasal awak dekat saya. Also, dia kata...

"Bertuah dapat adik cantik. Comel pula tu. Ayu orangnya. Kamu sebagai abang, jaga baik-baik adik kamu tu..."

Ting! Baru sekarang aku ingat. Semalam. Kenapa aku boleh tak perasan dompet aku jatuh ni? Teruknya kau, Hanez.

Aku mengetap bibir bawah. Enggan memandang dia. Malu. Menyesal aku cakap begitu pada cikgu Ainul. Aku tak pernah terfikir yang cikgu akan menceritakan hal itu kepada Taqif. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... buruk padahnya.

"Dah ingat, adik?" Dia membongkokkan sedikit tubuhnya.

"Boleh tak berhenti panggil saya adik?" Aku mendongakkan kepala dan memandang tepat matanya. Dia yang menahan hubungan mata kami itu membuatkan aku pula menjadi gementar. Lalu aku memusingkan kepala. Kenapa dia tak gementar langsung. Sebab dia lelaki?

"Uwah... cantiknya pokok tu," Sambil aku menunjukkan ke arah pokok itu. Random, bukan?
"Tak payah nak tukar topik," Dia seakan-akan boleh membaca fikiranku ini.

"Ish! Apapun, awak datang sini nak pulangkan dompet saya kan? Bagi balik," aku menadah tangan kananku.

"Not so easy. Catch if you can," Dia menjengketkan kakinya sambil melayang-layangkan dompetku.

Mesti orang akan fikir... 'Aww... sweet nyeer abang dia gurau dengan adik dieerrr...' Wek!

"Jangan main-main boleh tak. Bagi!!" Aku melompat-lompat untuk mendapatkan dompetku itu.

Namun itu semua hanya sia-sia. Dengan ketinggian kami ini. Aku kena panjat kerusi baru dapat.

"Tak dapat. Tak dapat," Dia mengejek-ejek aku. Sakitnya hati! Kenapa dia buat macam ni dekat aku.

My Senior RulesWhere stories live. Discover now