Taqif Amsyah. Taqif. Huh, itu rupanya nama mamat tu! Hari pertama persekolahan dah jadi macam ni. Nak marah dia, tetapi bila fikir balik memang salah aku pun. Ish... kau ni memang teruk lah, Hanez! Teruk! Teruk! Aku menggosok kasar baju miliknya itu di dalam besen bilik air.
Geram. Menyampah. Benci. Rasa bersalah juga ada. Rasa menyesal pun ada. Tu lah kau Hanez, lain kali jalan tu tengok depan. Aku memarahi diri sendiri.
Berulang kali aku menggosok baju ini, dah nak dekat setengah jam agaknya. Alhamdulillah, makin pudar. Aku tiba-tiba terfikir akan kata-katanya semalam.
"If, by tomorrow, I don't get my shirt back, you'll see."
Apa agaknya, dia akan buat? Report aku? Catat nama aku dalam buku pengawas dia? Mengata aku? Ala... setakat hal baju. Macam la tak boleh beli yang baru, kan?
"Adik buat apa tu?" Kehadiran mama membuatkan lamunanku terpadam. Mungkin mama juga sedar aku sudah lama duduk di dalam bilik air ini.
"Tak ada lah mama, adik basuh baju aje. Terkena air Milo," Aku menyorokkan sedikit baju itu di dalam besen agar mama tidak tahu itu ialah baju orang lain sebenarnya.
Namun tindakan itu hanya sia-sia. Mama terus tarik tanganku.
"Sejak bila adik jadi pengawas ni?" Mama sedikit pelik.
"Er... tak ada lah mama," Hanya itu respond ku."Oh... tak nak beritahu ya! Mama tak nak bagi duit belanja esok," Mama juga tidak mengalah dalam menyiasat aku.
"Ala... yelah yelah. Sebenarnya... ini baju kawan, er... bukan kawan tapi Senior adik. Adik tertumpahkan air Milo dekat baju dia. Adik rasa bersalah, jadi adik tolonglah basuhkan untuk dia," Aku membuat-buat seperti aku seorang anak yang baik di mata mama. Huh, aku sebenarnya tidak mahu langsung untuk membasuh baju ini. Tapi dah terpaksa.
Muka mama seperti menahan gelak. Dan akhirnya terkeluar juga gelak mama itu. Apa yang lawak? Lawak ke ni? Mama patut kesiankan anaknya ini.
"Ish... mama!" aku memukul manja lengan mamaku itu.
"Kamu ni... memang ikut perangai mama lah. Anak mama... anak mama." Mama juga seorang yang cuai dahulu, itu apa yang diceritakan oleh papa.Pipi aku dicubit-cubit oleh mama. Memang selalu pipi aku jadi mangsa. Kasihanilah pipiku ini... Tetapi dengan mama sahaja aku tidak memarahinya kerana mencubit pipiku.
YOU ARE READING
My Senior Rules
Roman pour Adolescents"Apa awak buat ni?" - Hanez Hemilia "Nothing. Just trying to save the face of the girl who spilled her Milo on my shirt. That way, I can easily recognize you." - Tuan Taqif Amsyah Pertemuan pertama mereka ternyata tidak disangka-sangka, berpunca dar...