BAB 16 '𝑲𝒆𝒉𝒂𝒅𝒊𝒓𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒏𝒊𝒐𝒓 𝑩𝒂𝒓𝒖'

227 63 15
                                    

Hanez Hemilia...

Cepat sahaja masa berlalu. Tanpa aku sedari, aku sudah pun menaiki tangga seterusnya. Form 2. Salah satu benda yang paling aku lega, aku masih sekelas bersama rakan baik aku, Syaza. Bukan main menangis Syaza, apabila dapat tahu dia masih sama kelas dengan aku lagi. Mungkin start Form 4 agaknya kami akan mula berpisah? Aku pun tidak pernah memikirkan, tentang aliran apa yang hendak aku masuk. Ala... tak apa lah. Lambat lagi. Enjoy dulu!

     "Hm, bekal?" Syaza mengerutkan dahinya. 

     "Apa. Salah ke?" kata aku. Ya, aku rasa dia pun mesti pelik. Tak pernah-pernah aku bawa bekal ke sekolah.

     "Tak ada lah. Bukan... kau malu ke kalau bawa bekal?"
     "Ala... Itu dulu. Sekarang dah lain. Lagipun, aku rasa homecook lagi bersih dan healthy apa. And aku nak simpan duit juga ni," jelas aku.   

     "Hm... lain macam, kau ni. Tapi bagus juga. Tapi... kenapa kau nak simpan duit? Nak beli apa-apa ke?" Satu soalan sudah dijawa.b. Soalan lain pula aku perlu menjawap. Eii, tak makan aku kalau macam ni.

     "Aku nak simpan duit untuk beli jam." kata aku ringkas.
     "Beli... jam? Jam tangan. Buat apa?"

     "Kau ingat tak, fasal kejadian tahun lepas yang aku pernah cerita dekat kau tu," 

     "Err... yang mana, eh? Ada banyaklah." Syaza menggaru kepalanya yang tidak gatal.
     "Ala... yang aku terlanggar satu Senior masa first day sekolah tu..."

     "Oh... ohh. Taqif!" Muka dia kelihatan sangat gembira apabila dapat mengingati semula tentang peristiwa itu.

     "Ish... kau ni. Perlahan lah sikit!" Aku memukul lengan Syaza. Sempat dia mengadu kesakitan.

     "Kau ingatkan, aku tertampar dia hari tu," kata aku lagi.
     "Oh... ingat ingat! Lepastu kau terbaling sekali kan dengan jam dia tu? Haha." 

     Memang peristiwa baling jam tu lawak ke? Apa yang lawak.

     "Oh... aku rasa aku faham. Kau rasa bersalah sebab terpecahkan jam tangan dia. Walaupun kau dah tebus, kau masih rasa bersalah. And... that's why kau nak gantikan jam tangan yang baru untuk dia, kan?" kata Syaza. Pee... tengok. Kan aku dah kata. Cepat sahaja Syaza tahu.

     "Haha. Dah kenapa, mulut ternganga?"
     "Apa agaknya, yang ada dalam otak kau ni?" kata aku dengan muka penuh curiga. 

     "Kalau aku kata aku dari keturunan nujum, kau percaya?" Syaza mendekatkan jarak mukanya dengan aku. Syaza senyum herot. Ceh. Nampak sangat nak menyakat aku lah ni. Terus aku menolak muka Syaza. Menyampah. Syaza ketawa berdekah-dekah.

     "Ahhhh!"

     "Oh rokiah--" Syaza tiba-tiba melatah akibat jeritan seorang pelajar yang entah dari mana itu. Membuatkan sedikit air sirap miliknya terjatuh di muka meja. Aku juga turut serta terkejut dengan jeritan seorang pelajar itu. Habis terangkat kedua-dua belah bahuku. Tak jadi nak pegang sandwich. Nampak gaya tuan suara jerit, macam perempuan? Kemudian kedengaran suara di Kantin mula bergema. Ya, di Kantin memang suara macam pasar malam. Tapi, kali ini dah lain macam. 

     "Apa hal tu?" kata Syaza dengan riak wajah tidak puas hati. Aku menolehkan kepala ke belakang. Aku dan Syaza terpaksa berdiri akibat ramai pelajar perempuan yang menghalang. Ada yang sampai terjerit-jerit dan terlompat-lompat. Aku terpaksa menjengketkan kakiku, namun sama juga. Apa agaknya, yang berada di depan itu. Ada oppa, datang Malaysia ke? Ada orang kena gigit dengan Zombi ke?

     Selepas berusaha untuk melihat, akhirnya aku sudah nampak. Kelihatan 4 orang lelaki seperti sedang berjalan. Berjalan dengan penuh gaya dengan tangan di masukkan ke dalam pokcet seluar. Ada di antara mereka yang memakai baju kemeja sekolah berlengan panjang dan berlengan pendek. Uish. Bukan main terserlah aura mereka! Hingga mampu menarik perhatian anak-anak gadis di sini. Nampak gaya macam hendak pergi ke gerai makan. Tak ada lah beberapa jelas sangat aku nampak. Tapi, aku rasa tak pernah-pernah nampak mereka ni. Yang semestinya mereka ni mesti pelajar sesi pagi, kut. Nak kata pelajar sesi petang macam... terlalu handsome sangat. Haha.

My Senior RulesWhere stories live. Discover now