Keesokan harinya...
"Syaza... please lah teman aku pergi hantar barang ni dekat kelas dia. Pretty please?" Dah nak dekat kali ke-13 agaknya aku cakap benda sama kepada Syaza. Berkeras juga aku untuk mengajak Syaza ke kelas dia. Tak nak aku, pergi seorang diri.
"Ish... aku dah kata kan tak boleh. Berapa kali aku nak kena ulang. Aku kena jumpa cikgu Rositah time rehat ni juga. Lambat dua minit, I'm dead." Jelas Syaza. Keputusannya adalah muktamad.
Syaza perlu menghantar kerja rumah matematiknya. Gara-gara terlupa untuk membawa buku aktiviti, dia di denda berdiri di luar kelas. Nasib baik lah Syaza ni jenis yang mulut manis. Bukan senang hendak memujuk cikgu Rositah yang garang tu. Akhirnya cikgu memberinya satu peluang. Kenapa ianya penting bagi Syaza? Kerana ia berkait dengan markah TP (Tahap Penguasaan Murid). Syaza ni sangat pentingkan markahnya walaupun hanya TP. Dia sangat mementingkan segala hal yang berkait dengan markah. Seorang pelajar cemerlang. Budak TOP 1 setiap tahun di sekolah rendah. Aku? Uhm... jauh lagi kut. Bertuah aku dapat kawan bijak. Hoho.
"Yelah... aku pergi dulu lah macam tu," Lemah aku berkata. Tak bersemangat.
"Aloloo sorry, Hanez sayang!" Tubuhku dipeluk erat oleh Syaza.Er... mana satu kelas dia ni? Bersama paper bag diisi bajunya yang sudah kulipat kemas. Aku sedikit keliru dengan blok Form 2 yang dikongsi bersama Form 4. Kenapa lah aku lupa nak tanya apa nama kelas dia? Tapi entah kenapa, blok ni kelihatan suram. Seram!
Aku ternampak seorang cikgu sedang keluar dari satu kelas Form 2. Ini adalah peluang aku! Cepat-cepat aku mengejar cikgu tersebut. Nasib sempat.
"Assalamualaikum, cikgu. Nama saya Hanez, dari kelas 1 Mars. Cikgu... kenal tak Taqif Amsyah? Dia Form 4," Tercungap-cungap dah aku berkata. Tetapi cuba mengawal ton suara supaya kelihatan normal. Dalam hatiini sangat berharap cikgu kenal mamat tu. Dah lah penat aku kena pusing satu sekolah. Walaupun ada orientasi pada hari pertama persekolahan, aku masih lagi keliru. Maklumlah, sekolah besar. Bangunan banyak gila.
Sempat aku mencuri tengok nametag cikgu itu. Cikgu Ainul.
"Oh... budak pengawas tu ke? Kenal kenal. Ni... kenapa ni? Ada buat masalah ke?" Amboi! Sedap cikgu ni menuduh aku. Hm... tapi memang betul pun. Aku memang ada buat salah dengan dia.
"Eh cikgu ni... Tak baik kata macam tu. Saya ni nampak macam budak nakal ke? Hehe. Yang sebenarnya cikgu, saya ada nak hantar barang dekat dia. Cikgu tahu kelas dia di mana?" Sempat aku mengusik cikgu itu.
"Ha... bagi apa tu? Surat... cinta?" Astaghfirullah Al Azim. Apa cikgu ni. Seronok gila cikgu ni sakat aku!
"Eh... Astaghfirullah Al Azim, cikgu! Apa cikgu cakap ni. Saya ni bukan jenis macam tu. Cikgu sebenarnya saya ni, saya ni adik dia!" Aku rasa nak ketuk kepala aku guna batu sekarang ni. Ha, ni dah tak betul. Dari mana dan bagaimana perkataan 'adik' tu boleh terkeluar dari mulut aku? Apa aku cakap ni?!
"Oh... adik Taqif rupanya. Padanlah cantik... aje orangnya. Abangnya pula handsome. Bertuah mak ayah kamu," Euu. Entah kenapa aku rasa geli bila dengar. Tak ingin aku nak jadi adik dia. Tapi aku sedikit lega cikgu ini tidak memikirkan yang aku hendak bagi surat 'cinta' kepada si dia. Memang aku boleh muntah hijau kalau macam ni.
Aku hanya senyum manis.
"Ha, kelas dia dekat hujung sekali tu, sebelah tangga aje. Kelas 2 Neptun." Tunjuk cikgu Ainul."Baik. Terima kasih banyak-banyak cikgu." Aku menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat dan kemudiannya aku meninggalkan cikgu Ainul.
Hmm... kenapa kosong kelas ni. Beg ada tetapi tuan masing-masing tiada. Mungkin subjek mereka di bilik lain kut.
Aku mula tekun tengok kedudukan nombor meja di carta kelas bahagian Form 4.
"Hm... mana nama dia ye..." masih mencari dan akhirnya... Yes! Aku jumpa. Nama penuh dia, Tuan Taqif Amsyah bin Tuan Taufiq Rosidi. Wow. Ada 'Tuan' ye dalam nama dia. Nama yang berketurunan. Memang confirm orang 'berada' dia ni. Apa pun, nama itu sangat sesuai dengan tuannya. Tuan tuan. Haha.
Kedudukan meja nombor ke 20. Aku mula mencari meja miliknya itu.
Wow... licin dan bersih meja miliknya. Tiada satu contengan. Meja yang dikongsinya mungkin milik seorang akak Form 2? Bagaimana aku tahu? Siapa je lelaki pakai beg galas merah jambu serta botol air bercorakkan flower nya. Haha. Kalau ada, memang lelaki sejati lah. Pandai mereka berdua jaga.
Hm... meja aku? Memang tak lah macam ni. Aku pun gatal tangan juga untuk conteng di meja milikku. Kadang nak padam pun rasa sayang, sebab terlalu cantik. Uhu... Akak Form 3 yang berkongsi meja denganku siap rate 5 star kot di meja aku! Ha. Mana tak bangga?
Terus aku letak paper bag itu di atas mejanya. Kemudian aku berlalu keluar dari kelas itu.
Tiba-tiba terlintas sesuatu di kepalaku. Jap, takkan nak letak macam tu aje? Nanti akak tu mesti pelik kenapa ada baju pengawas lelaki atas meja dia? Ha... aku patut tinggalkan note. Yes, what a brilliant person you are, Hanez!
Terus aku berpatah balik. Aku mengambil sehelai sticky note di meja guru dan menulis nama dia. Kemudian meninggalkan sedikit pesanan dan kata-kata minta maaf.
"Fuh, siap!" Aku menampalkan sticky note di paper bag itu.
Entah kenapa tiba-tiba tangan aku ni gatal nak usha bawah meja miliknya.
Tap!
Ha, aku merasakan sesuatu. Jam tangan? Takkan milik akak Form 2 tu pula. Terang-terang style jam tangan lelaki. Dia tertinggal ke? Nampak mahal je ni. Aku mengusap-usap jam tangan itu."Eee... jam mahal macam ni pun nak bawa ke? Kalau kena..." belum sempat aku nak menyambung... tiba-tiba terasa ada satu suara di belakang.
"What are you doing?"
"Ahhh!" Badan aku tiba-tiba bertindak secara sendirinya. Secara automatik aku menumbuk orang di belakangku itu menggunakan paper bag yang entah bila aku pegang.
Apa yang lebih mengejutkan adalah orang itu... adalah mamat tu. Taqif! Oh no...
YOU ARE READING
My Senior Rules
Teen Fiction"Apa awak buat ni?" - Hanez Hemilia "Nothing. Just trying to save the face of the girl who spilled her Milo on my shirt. That way, I can easily recognize you." - Tuan Taqif Amsyah Pertemuan pertama mereka ternyata tidak disangka-sangka, berpunca dar...