Hari Kejohanan Olahraga Kali Ke-24 sudah pun tiba. Semua pelajar yang terlibat dengan acara masing-masing perlu datang awal ke sekolah untuk persiapan. Seawal pukul 6:45 pagi, aku sudah tiba di stadium yang disewa oleh pihak sekolah.
Jujur, ngantuk gila, sekarang ni. Kalau boleh, nak aje aku sambung tidur di atas katil aku yang empuk. Kalau bukan sebab abang yang menyimbah air sejuk ke muka aku, memang aku tak bangun dah. Habis basah katil aku. Tak tahu nak marah ke, nak berterima kasih.
Aku melelapkan mataku buat seketika di bawah khemah persiapan rumah sukan. Masih banyak lagi yang belum tiba. Acara akan bermula pada pukul 8 tepat, tak silap aku. Aku memandang atas. Susana juga masih gelap gelita. Awan yang berwarna merah jambu dan sedikit kemerehan yang menghiasi langit bumi.
MasyaAllah... SubhanAllah. Sungguh sempurna setiap ciptaanMu, ya Allah. Engkau menciptakan langit tanpa tiang. Tanpa sebarang cacat dan cela. Terima kasih kerana mengizinkan hambaMu ini untuk bernafas pada hari ini dan menikmati cuaca indah di pagi hari ini. Ya Khaliq, Ya Hafiz, Ya Razzaq, Ya Ghani...
Bunyi suara burung yang berzikir dengan bunyi 'cip cip'. Setiap makhluk dan ciptaan Allah di bumi ini yang sentiasa berzikir kepada pencipta langit dan bumi, tanpa henti. Kalau nak dibandingkan dengan aku...
'Ya Allah, berikan lah aku kekuatan untuk menegatkan segala perintahMu dan berikanlah aku perasaan nikmat manisnya berzikir dalam mengingatiMu. Berikan aku kekuatan untuk menempuh segala cabaran dan godaan syaitan. Sesungguhnya, aku lah selemah-lemah dan sehina-hina hambaMu...'
Aku memejamkan mata dan menghayati bunyi suara merdu burung sambil mulut mula untuk berzikir. Nikmatnya. Terasa lapang hati aku.
"Pa!"
"Oh mak setan!"
"Ish... kau ni. Tak reti nak bagi salam, ke?" Marah aku terhadap Syaza. Syaza ketawa tak henti-henti. Seronok lah tu dapat kena kan aku. Huh, awal juga, minah ni datang.
"Haha. Seronok lah kena kan kau ni, Hanez." Kata Syaza sambil menepuk-nepuk tangannya. Terhibur. Aku mencebik."Tengah healing ke tadi?"
"Eh, tak lah. Tengah usha pakwe orang,"
"Elee... usha abang Hazim tu ke?" Syaza menunjuk ke arah abang Hazim yang hanya satu khemah berjauhan dari khemah kami. Eh, awalnya abang Hazim datang? Aku tak perasan langsung abang Hazim ada, hinggalah Syaza menunjukkan kepada aku."Haha... lawaknya."
"Nak aku panggil dia tak?" Kata Syaza seraya berdiri tegak dan melambai-lambai tangannya ke arah khemah rumah kuning."Kau gila ke? Jangan!" Aku cepat-cepat menarik tangan Syaza yang berdiri itu.
Namun Syaza tidak mengendahkan aku lalu menjerit kuat sambil melambai-lambai tangannya ke arah abang Hazim. Cepat-cepat aku menekup muka. Malu.
"Weh weh! Dia datang lah!" Syaza menjerit kegembiraan sambil menggoyang-goyangkan bahuku. Yang dia ni, terlebih excited kenapa?
Aku melihat abang Hazim seperti mula menuju ke arah kami. Aku menjeling tajam ke arah Syaza. Syaza hanya senyum tidak bersalah."Ah, aku lupa. Cikgu Wani ada panggil aku. Aku pergi dulu, ya. Bye!" Syaza kemudiannya pecut lari sambil tersengih meninggalkan aku bersendirian.
"Wehh!" Jerit aku. Tidak percaya dengan tindakan Syaza yang spontan itu. Dia panggil abang Hazim, dia yang hilang. Tak guna, punya kawan. Sampai hati dia buat macam ni dekat aku? Tinggalkan aku berdua dengan lelaki pula tu. Apa jenis kawan ni?
Sempat aku melihat abang Hazim sudah hampir dengan khemah rumah merah ini. Aduh... apa nak buat ni. Aku memusingkan kepala 360 darjah. Nak nak aje, aku pecut lari macam Syaza tadi, tapi terasa biadap pula. Macam tetamu datang rumah, tetapi tuannya lesap habis.
Aku acah-acah memandang langit apabila abang Hazim sudah hampir dengan aku. Dan kini, dia betul-betul di hadapan aku. Tolonglah, aku rasa nak terbang sekarang ni.
YOU ARE READING
My Senior Rules
Teen Fiction"Apa awak buat ni?" - Hanez Hemilia "Nothing. Just trying to save the face of the girl who spilled her Milo on my shirt. That way, I can easily recognize you." - Tuan Taqif Amsyah Pertemuan pertama mereka ternyata tidak disangka-sangka, berpunca dar...