Hari yang normal dan biasa. Ya. Sangat normal.
Tangan mula menulis jalan kira matematik di papan putih menggunakan marker. Teliti. Kali ni, aku tak akan silap!"Tengg!" kata cikgu Nura.
Rasa nak tumbang kaki aku bila dengar."Sa-- salah lagi?!"
"Kamu ni, Hanez. Simbol tu. Simbol salah!"
"Oh. Ala cikgu.. sikit aje ni. Kalau diikutkan, saya kena tolak satu markah aje, kan?"
"Eee... memandai kamu ni. Cuba kalau cikgu tu memilih. Kosong kamu dapat tau. Sudah. Pergilah duduk," ceramah pendek oleh cikgu Nura.
Aku menggangguk lalu berlalu pergi ke mejaku."Hanez, kau salin jawapan buku tulis kau ke, ikut termenung kau tu?" sakat Syaza.
"Ish... tak tahu la.." Aku membaringkan kepala ke atas meja. Semangat belajar aku kini, kosong. Entah kenapa, memang jawapan sudah ada dalam buku tulis aku. Siap Syaza pula yang ajarkan. Tapi lain pula, yang aku tulis."Kau okay, tak ni?" kata Syaza mula berbaur kerisauan. Aku memandang dia dengan muka kosong.
Syaza menyambung, "Tak ada lah. Aku tengok, sejak kau datang sekolah tadi, asyik termenung aje,"Jelas sangat ke?
"Hesy... Mana ada!" nafi aku.
"Hanez, baru semalam aku kenal kau ke? Cerita lah. Apa yang mengganggu fikiran kau ni?" kata Syaza dengan penuh kebimbangan. Saat mulut mula untuk meluahkan, dengan cepat aku menekap bibir bawah.
"Saya nak awak rahsiakan dulu, hal ni."
Kata-kata itu terus bergema dalam kepalaku. Aku telah berjanji dengannya. Aku perlu menyimpan dulu insiden ini sebagai rahsia untuk masa ini. Dia kata dia akan uruskan hal ini. Aku percaya dengan dia. Tentu saja. Dia lebih tua dan berpengalaman daripada aku. Aku yakin. Ini bukan kes buli yang pertama.
"Huh?" desis Syaza dengan muka yang berkerut.
"Auumm... Aku cirit-birit bagi tadi. Itu yang nampak lesu sikit tuww.." Laju otak memerah ide yang tepat untuk digunakan. Cis. Cirit-birit pula yang aku terpaksa buat sebagai alasan."Seriously. Kau Ingat aku ni beruk ke? Bongok sangat percaya kau?"
"Apa kau nak aku tunjuk?"
"Eeeee.... Gila kau!" Syaza menepuk-nepuk lenganku berkali-kali. Aku tergelak.
Fuh. Syaza percaya. Sorry Syaza. Aku janji. Setelah insiden ini selesai, kau akan jadi orang pertama aku beritahu.Waktu pembelajaran Sains. Kami semua berjalan menuju ke makmal. Aku menepuk tanganku ke dahi. Aduh. Terlupa bawa buku tulis. Akibatnya, aku kena pergi ke kelas kembali. Kaki terhenti di tingkat 3. Tiba-tiba terlintas sesuatu di otakku.
Nama Pelajar: Muhammad Anaqi bin Orhan
Kelas: 1 Bumi
K/P: 09000721522065Sampai sekarang aku masih ingat nama budak lelaki itu apabila aku melihat isi di dalam dompetnya. Masih segar dan jelas di dalam otakku!
Destinasiku yang hendak ke kelas ditukar untuk pergi ke kelas 1 Bumi.
Aku tiba. Kepala menjengguk-jengguk ke dalam kelas itu. Kut kut ada orang ke. Kosong. Mungkin sekarang waktu rehat mereka. Kaki mula memasuki kelas. Satu demi satu meja aku perhati. Cuba mencari tuan empunya meja.
Jumpa. Aku memegang dan menyelak helaian demi helaian kertas buku aktiviti matematik miliknya. Latihan semua siap dibuat. Nampak seperti dia seorang yang rajin.
Cis. Tak guna betul. Mak ayah hantar anak mereka ke sekolah untuk belajar, bukannya untuk membuli. Aku menggenggam kuat kedua-dua belah tanganku. Sungguh. Ini tidak adil. Orang yang buat ini, patut terima balasan setimpal!
YOU ARE READING
My Senior Rules
Teen Fiction"Apa awak buat ni?" - Hanez Hemilia "Nothing. Just trying to save the face of the girl who spilled her Milo on my shirt. That way, I can easily recognize you." - Tuan Taqif Amsyah Pertemuan pertama mereka ternyata tidak disangka-sangka, berpunca dar...