BAB 10

268 134 3
                                    

Minggu lepas sekolah mengadakan pengenalan trek untuk Kejohanan Road Run. Bukan main jauh trek dia! Terkejut aku. Dan akhirnya, tiba lah jua hari ni iaitu Hari Kejohanan Road Run yang dinantikan semua pelajar.

Sudah lama aku aku tak lari sebegini. Ini kalau lari nanti, confirm esok kaki cramp. Maklumlah, aku bukan jenis yang suka berlari apatah lagi bersukan. Setakat badminton je aku okay.

Seawal pukul 7 pagi lagi, dataran sudah dipenuhi dengan pelajar-pelajar sesi pagi dan petang. Memang crowded gila. Mujur keadaan sudah menjadi sedikit reda apabila cikgu mengumumkan kedudukan kelas masing-masing di mana.

"Hanez! Ish... kau ni. Aku ingat, kau tak datang tau!" Kata Syaza apabila aku menepuk belakangnya itu.

"Eh, kenapa pula?"
"Yelah, kawan aku yang seorang ni mana minat, lari-lari ni," Kata Syaza.

"Ala... mesti lah, aku kena datang. Tak dapat nombor, sumbang mata pun, jadilah. Lagipun, dah lama juga aku tak jogging ni!" Aku sedikit teruja sebenarnya. Dah lama aku tak berjogging sambil menikmati alam sekitar ini. Di awal pagi pula tu. Mesti fresh!

"Uwah! Semangat juga, kau ni. Bagus bagus. Aku pun tak sabar ni. Kali ni, aku akan dapat nombor 3!" Kata Syaza dengan semangatnya yang mula membara. Syaza mendapat tempat ke-8 tahun lepas semasa Road Run. Maklumlah atlet sekolah kan. Syaza ni dikatakan semua benda boleh. Dari segi akademik dan juga kokurikulum. Memang seimbang lah kawan aku ni. Belajar pandai, sukan pun pandai. Kalau aku? Uhmm... tak payah mula lah.

               Preeet!
               Semua pelajar Form 1 dan Form 2 mula berlari dengan penuh tenaga. Jika bukan disebabkan oleh Senior-Senior yang berada di kiri dan kanan yang menjerit-jerit dan memberi sokongan untuk berlari. Baik aku lari cepat, sebelum kena jerit nanti.

Bunyi suara merdu burung, suasana di pagi hari yang sejuk seawal 8 pagi. Serta tiupan angin yang lembut menghinggasi wajah. Ah... sangat fresh! Kalau bukan disebabkan Road Run ni, memang aku tak buat, semua ni.

"Ah... fresh kan?" Kataku kepada Aira. Sudah agak jauh juga kami berjalan daripada sekolah. Aku pun tidak tahu lah, masih jauh lagi ke, dah nak sampai.

"Haah. Ah... healing!" Kata Aira seraya mendepa tangannya. 

Aku hanya ketawa seraya mengikuti gaya Aira itu. Aku seperti mendengar bunyi motor dibelakangku dan tiba-tiba terasa bahu bajuku itu ditarik ke kanan.

"Ouch! Apa ni," Aku kemudiannya menoleh ke belakang dengan pantas. Main tarik aje baju orang. Kuat pula tu.

"Lain kali jalan tu, tengok lah kiri kanan!" Kata lelaki itu dengan nada yang agak marah dan berbaur risau. Aku mendonggakkan kepalaku. Sedikit silau juga, disebabkan cahaya matahari yang menghinggasi muka lelaki ini.

Eh, Taqif. Aku menjeling ke kiri, Ilyas. Taqif yang berbaju rumah sukan merah dan Ilyas juga berbaju rumah sukan merah. Wow! Dua-dua rumah merah, rupanya. Sama dengan aku dan Aira.

Form 4 lelaki dilepaskan agak lambat juga. Kalau aku jumpa mereka ni, maksudnya mereka sudah memotong lah ni. Uwah... laju gila, mereka berdua lari. Tengok orang pun dah boleh agak lah. Muka budak-budak atlet.

"Kena tumpah Milo okay lagi. Kalau terlanggar motor?" Kata Taqif dengan nada tahan marah. Aku hanya senyap dan memandang ke bawah. Err... tapi kan...

Taqif masih tidak melepaskan genggamannya daripada bahu bajuku itu sejak tadi. Aku hanya memandang ke arah tempat dipegangnya itu. Dia juga akan tersedar dan kemudiannya melepaskan genggaman pada bahu bajuku itu. Sempat aku mendengar dia mendehem. Awkward.

My Senior RulesWhere stories live. Discover now