BAB 8

261 132 0
                                    

Eh? Siapa pula ni? Terkedu habis abang.

"Stop." Serious dia berkata. Seperti menahan marah. Taqif?

Tiada angin, tiada ribut. Dari mana dia datang? Abang dan Taqif saling berpandangan. Abang menjadi sedikit keliru. Abang kemudiannya melepaskan jubahku yang dipegang sejak dari tadi.

"Kau ni dah kenapa, Ta. Ni adik aku lah," Kata abang dengan muka penuh berkerut. 

"Oh, sorry."  Laju Taqif  melepaskan genggaman pergelangan abang. Bolehku lihat dia kini sedang berusaha untuk menyembunyikan rasa malunya yang mula membuak-buak itu.

"Ish, kau ni. Aku pun tahu lah, mana betul mana salah." Abang menumbuk bahu Taqif. Aku dan Taqif saling berpandangan. Dia menjongketkan kening.

"Korang... adik beradik?" Tanya Taqif sambil menunjuk menggunakan jari telunjuknya.

"Asal?"
"Asal kau tak pernah bagitahu aku?" Taqif berkata dengan nada tidak puas hatinya. Tapi... perlu ke bagitahu dia? Kenapa perlu bagitahu pula?

"Dah kau tak pernah tanya," Ringkas abang jawab. Hm, memang Harraz Haimi. Jap! Abang aku dengan Taqif... kawan?

"Abang! Kenapa tak pernah bagitahu adik, yang abang kawan dengan dia ni?" Aku memukul bahu abang.

"Ish! Dah kau tak pernah tanya abang. Asal korang dua ni, tanya soalan sama ni ha?!" Abang menggosok-gosok lengannya itu yang menjadi mangsa pukulanku. 

"Hmp!" Aku menyilangkan tangan dan memusingkan badan.

"Okay tak?" Tanya Taqif. Aku hanya mengangguk. Entah kenapa aku rasa malu kerana dia sudah pun menjadi saksi kejadian aku dan abang bergaduh.

"Jangan layan sangat dia ni," Kata Taqif sambil menjerling ke arah abang. Seperti mengejek. Hah. Aku suka! Aku tergelak kecil. Gelakku itu disedari oleh abangku.

"Jap, korang kenal?" Kata abang. Muka dia kini penuh dengan riak terkejutnya.

"Haah," Jawab Taqif.
"Asal kau tak bagitahu aku?" Kata abang dengan nada penuh tidak puas hati.

"Well... dah kau tak pernah tanya?" Kata Taqif sambil menjongketkan bahunya. Abang menjadi tersentak mendengar kata-kata Taqif. Kata-kata yang akhirnya kembali ke abang kembali.

"Hah! Padan muka. Kan dah kena balik!" Terkeluar juga kata-kataku. Jujur aku puas hati bila Taqif berkata begitu. 

Abang menjerling tajam ke arahku. Mati habis segala gelakku. Kedengaran pula Taqif tergelak kecil.

"Speaking awak... not bad la," Kata Taqif. Uwah. Dia puji aku? 

"Hehe... kan saya dah kata. I'm really good, you know?" Aku mula berlagak di hadapan Taqif. 

Abangku yang sedari tadi hanya memerhati...

"Jap, macam mana korang dua, boleh kenal?" Kata abang. Mula dah soal selidik dia.

"Ala... ada--" Belum sempat aku nak menyambung...

"Time first day sekolah," Kata Taqif. Selamba.

Kejap. Tidak... jangan kata dia nak cerita fasal kejadian air Milo tu!

"Budak ni, dia..." Aku memukul kaki Taqif menggunakan raga Red Riding Hood ku itu sebelum dia sempat menyambung. Disebabkan dia tinggi, memang tahap kaki je lah, aku boleh pukul.

"Ouch...?" Kata Taqif sambil memandang aku. Matanya penuh persoalan dengan tindakan selambaku itu.

Aku menggelengkan kepala sambil memberi isyarat mata supaya jangan memberitahu abangku itu. Aduh... nanti mesti dia ejek aku macam-macam lagi, lepas ni. Dengan gelak beruk dia tu. Eee... geramnya aku! Tak boleh aku nak hadap dah.

Dia kemudiannya tersengih. Seperti memahami apa yang aku cuba sampaikan. Fuh. Aku sedikit lega. Namun, itu tidaklah seperti yang aku sangkakan...

"Well... macam biasa lah. Aku ni kan, handsome. Lepastu dia minta nombor telefon aku masa dekat Kantin," Kata Taqif. Penuh yakin sambil rambut diselak-selaknya ke belakang. Berfoya.

What?! Di-- dia cakap apa? Sedap gila mulut mamat ni menipu. Tahap tipu dia memang macam ini ke. Perasan gila!

Terbeliak mata aku memandang Taqif. Dia hanya memberikan senyuman nakal.

Abang mendekati aku. Dia membungkukkan sedikit tubuhnya yang tinggi lampai itu.

"Amboi. Kecik-kecik lagi dah pandai menggatal, eh. Bagitahu mama!" Kata abang.

"Ta-- tak. Bukan macam tu lah. Abang dah salah faham. Sebenarnya--" Belum sempat aku nak menyambung, dahiku dijentik oleh jari abangku itu. Aduh... sakit gila!

Aku mengadu kesakitan.
"Kalau kau nak start menggatal, langkah mayat abang dulu," Abang menunjukkan gaya menjentik. Bakal menjadi mangsa dahiku lagi.

"Ahhh! Ok-- okay okay!" Cepat-cepat aku mengelak daripada jentikan maut abang. Jangan main-main.

"Heh! Tahu pun. Nasib dia tu, kau Ta. Kalau lelaki lain, aku dah terjang dah," Ha. Apa maksud abang? Nasib orang tu... Taqif? Aku kurang faham sebenarnya. Aku dan Taqif saling berpandangan. Blur. Aku blur gila sekarang ni. Dia tiba-tiba tersengih memandang aku.

"Heh, so... maksudnya kau approved?" Dia senyum sinis.

Approved? Approve apa ni. Apa mereka cakap ni. Sepatah pun, aku tak faham? Tiba-tiba suasana menjadi senyap sepi.

"Kepala hotak kau! Jangan haraplah engkau orang tu. Lambat... lagi!" Kata abang sambil meletakkan tangan di bahu Taqif. Abang menggosok ganas rambut Taqif. Serabai habis rambut Taqif. Taqif hanya ketawa.

Rasa macam ini kali pertama aku nampak dia ketawa. Ketawa ikhlas. Entah kenapa, aku rasa ketawa dia kelihatan... manis? Rasa sejuk pula hati aku melihat dia ketawa. Pelik. Tak pernah-pernah aku rasa sebegini.

Tiba-tiba satu suara memanggil.
"Monyet," Abang. Oh, aku mengelamun ke.

"Oii! Dengar tak? Abang dah nak pergi ni," Berkerut abang.
"Oh, ha. Pergilah. Bye." Kataku. Seperti sudah tersedar akan realiti.

"Bye, Milo." Kata Taqif seraya dengan senyum sinisnya. Aku mencebik. Tak habis-habis lagi dengan 'Milo' dia tu. Akhirnya bayangan mereka sudah tiada. Aku hanya termenung...

"Amboi... bukan main eh, engkau? Best layan abang-abang kau yang encom tu?" Kata Syaza seraya menepuk belakangku. (Encom: Handsome)

"Ish... macam-macam lah kau! Dah lah tadi tengok aje, bukannya nak tolong aku, ke apa!" Laju tangan mula menggeletek perut Syaza. Ini makan dia.

"Ahh! So-- sorry sorry!" Syaza cuba mengelak daripada geletekku itu.

My Senior RulesWhere stories live. Discover now