Mata pelajaran kedua. Pendidikan Jasmani. Subjek kegemaran semua pelajar. Kami semua pergi ke dataran untuk bersukan. Budak lelaki pergi ke padang, apa lagi kalau bukan main bola sepak.
Kami memulakan dengan aktiviti pemanasan badan dan kemudian cikgu membenarkan kami bermain sukan pilihan masing-masing. Aku, Syaza, Aleeza dan Yusra bermain badminton. Aku berpasangan dengan Yusra. Manakala Syaza dengan Aleeza.
"Lamanya tak main. Cepat baling, Hanez!" Kata Syaza yang menjadi lawanku. Semangat betul. Lagi-lagi bila berpasangan dengan Aleeza. Memang secocok lah, mereka berdua tu.
Lama juga kami bermain. Tak henti-henti. Berpeluh dah, aku ni. Tetapi pihak lawan aku masih cergas.
"Weh... asal diaorang tu... (Keluh) tak penat langsung...?" Tercungap-cungap Yusra berkata. Aku terduduk akibat letih sangat. Yusra juga ikut serta.
"Entah lah... terlebih gula, kut."
"Amende la, diaorang joget dari sana tu?" Kata aku kepada Yusra. Nampak macam joget kemenangan. Ceh! Suka lah tu, tengok aku asyik kalah. Setakat ni aku dan Yusra hanya mendapat kemenangan sebanyak 3 manakala mereka 8."Ah... biarkan..." Yusra menyandarkan kepalanya ke bahuku.
"Wehhh... cepatlah! Dah letih, ke tu?" Kata Syaza disertai dengan gelak tawa Aleeza.
"Tak nak. Penat!" Jerit aku."Alaa.... baru sikit, dah penat? Come on lah, korang!" Kata Aleeza. Seperti mencabar.
"Tak yah layan, tak yah layan." Kata Yusra dengan nada malasnya. Aku mengikuti kata-katanya. Aku mengambil air mineral yang berhampiran denganku. Lalu meneguknya.
Tiba-tiba ada bulu tangkis terkena kepalaku. Terkena sedikit pada tudung sekolahku yang putih ini. Aku menjerling ke arah pihak lawanku. Siapa lagi kalau bukan mereka, yang baling.
"Ops! Sorry..." Kata Syaza. Nak kena ni! Terus aku berdiri tegak dan mengambil bulu tangkis serta raket badminton itu dengan hanya satu tangan.
Aku membaling bulu tangkis itu. Niat aku memang nak baling bulu tangkis itu sahaja. Tapi, entah kenapa tangan ini boleh terbaling sekali, dengan raket badminton. Jauh juga aku membaling. Syaza sempat gelak.
Alangkah terkejutnya aku... Raket badminton aku terkena tepat kepala seorang pelajar lelaki. Berbaju kemeja unggu. Mesti Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ni. Sejak bila lelaki ini lalu di belakang Syaza ni?Dia memegang kepalanya itu. Ouch... mesti sakit. Kemudiannya dia mengambil raket badminton itu dan berdiri semula.
"Siapa punya kerja, ni?" Kuat juga suaranya, seperti menahan sabar. Dari sini pun aku dapat dengar. Lelaki itu memandang ke arah kami dan mula menuju ke arah kami.
"Di-- dia yang buat!" Syaza menunjuk ke arahku. Gyaat!
Kemudian lelaki itu mula datang ke arahku. Aku nak lari tapi tiba-tiba kaki terasa berat untuk melangkah. Dia berdiri tepat di hadapanku. Aku dapat merasakan dia memandang tepat mataku tapi aku hanya menunduk. Tak berani aku, nak lawan mata sebab memang confirm, aku akan kalah.
Entah kenapa, tiba-tiba aku teringat dengan kejadian air Milo tu. Cuma kali ini adalah raket. Terasa seperti Deja vu. Kenapa benda macam ni, selalu jadi dekat aku?
"Awak yang buat?" Kata lelaki itu.
"Ya-- ya..." Aku hanya menjawab perlahan. Kemudian aku terasa daguku didonggakkan menggunakan raket badminton itu. Apa dia buat ni? Dia seperti menganalisis mukaku. Sesekali aku memandang matanya. Aku mula bertindak lalu menolak raket itu dari daguku."Sa-- saya salah. Saya minta maaf," Aku sedikit marah tapi tetap juga meminta maaf. Aku berganjak sedikit ke belakang.
"Hanez?"
Hm? Dia sebut nama aku. Dia kenal aku ke? Kenapa rasa macam... pernah nampak ya, muka ni..."Abang... Hazim?" Kataku. Terkejut.
"Is that really you? Uwah... dah besar dah ya," Dia mengetuk perlahan kepalaku itu menggunakan raket badminton itu. Abang Hazim. Kawan tadika aku. Hero aku semasa di tadika. Jarak umur kami adalah 2 tahun. Dia lah yang banyak menolong aku sejak tadika kerana aku sering dibuli oleh classmate ku dulu. Aku masih ingat, dia lawan mulut dengan budak perempuan kerana untuk mempertahankan aku hingga dimasukkan ke bilik Guru Besar. Tak sangka, kami akan berjumpa lagi. Aku sangat bersyukur, dapat berjumpa dengan dia lagi. Terima kasih Ya Allah, kerana menemukan kami kembali."Don't tell me, you're still a crybaby?" Dia membungkukkan sedikit tubuhnya dan kemudian tersengih.
"Hahaha, saya dah tak macam dulu lah. I'm big now, okay?" Kata ku sambil menyilangkan tangan.
'Crybaby.' Memang itu gelaran yang diberikan kepadaku, sejak tadika lagi. Aku sering menangis di tadika dan semua orang memanggil aku dengan gelaran 'Crybaby'. Aku memang penakut dan pemalu dulu. Dan abang Hazim lah yang banyak menolongku.
"Hahaha. Hm... It looks like Hanez is grown up now, huh?" Kata dia. Aku hanya tergelak. Gembira. Aku sangat gembira dapat berjumpa dia lagi.
"But until now, Hanez masih lagi pendek dari abang," Dia sengih.
"Ish... abang Hazim lelaki!" AKu juga tak nak kalah."Abang Hazim, sihat? Lama dah ke, sekolah sini?" Kataku. Sudah lama aku tidak mendengar kabar abang Hazim sejak dia habis tadika dulu. Teruk juga aku menangis sejak dia sudah tiada di tadika. Sehari aku mogok makan di tadika untuk menyuruh cikgu memanggil abang Hazim untuk kembali. Esoknya, dah okay sikit dah. Haha. Budak.
"Alhamdulillah, sihat. Lama dah. Sejak Form 1 lagi," Kata abang Hazim. Aku hanya mengangguk.
"Hanez macam mana? Okay tak, sekolah sini?" Soal abang Hazim.
"Hmm... setakat ni, alhamdulillah semua okay," Kata aku. Setakat ni semua okay aje. Tiada masalah. Cuma, masalah aku hanya lah dengan mamat Taqif tu.
Dia melihat jam dan akan tersedar sesuatu...
"Ah, saya pergi dulu lah ya. Dah lambat." Dia berkata sebelum berlalu pergi. Tiba-tiba dia berhenti dan bergerak ke arahku kembali sambil mengambil sesuatu di dalam pocket seluarnya.Dia memberikan kembali raketku. Oh, lupa. Raket aku. Dia membongkokkan tubuhnya dan berkata...
"Abang minta maaf, fasal tadi. Anyway, I'm really happy to see you again. I hope we meet often," Dia berkata dan kemudian meletakkan sesuatu di atas kepalaku. Sempat dia tersengih dan kemudiannya beredar. Aku hanya melihat dia berlalu pergi. Aku mengambil sesuatu di atas kepalaku itu. Aku tersenyum. Gula-gula strawberry. Dia masih ingat, yang aku sangat sukakan strawberry.
Tiba-tiba seseorang menepuk aku dari belakang. Hm, siapa lagi kalau bukan mereka berdua.
"Amboi... famous juga eh, kau ni Hanez. Sampai Senior tadi pun stunned tengok kau? Haha," Kata Aleeza dengan gelak gedik dia, sambil menyiku-nyiku lenganku.
"Uiyoo! Siap bagi gula-gula," Syaza merampas gula-gula strawberry ku itu.
"Ish! Syaza, bagi lah balik,""Bagitahu dulu siapa Senior tu," Kata Syaza. Aleeza juga seperti menunggu jawapan dariku.
"Yelah, yelah. Dia just... kawan baik aku masa tadika dulu. Nama dia Hazim." Jawabku."Just... kawan baik? Iye ke 'just kawan baik'?" Kata Syaza. Mereka berdua senyum miang. Mula dah perangai mereka ni. Mesti berjangkit dengan si Syaza ni.
"Ha, korang tak yah nak macam-macam, eh. Kitaorang tak ada apa-apa," Kataku tegas. Aku tak nak mereka salah faham. Aku memang anggap dia seperti abang aku dan juga hero aku. Tidak lebih dari itu.
"Aku dah menjawab soalan korang kan? Now, bagi balik gula-gula aku!" Kataku lalu cuba untuk merampas gula-gula yang berada di tangan Syaza itu.
"Ha, ni kenapa semangat semacam, nak gula-gula ni balik? Hm... mesti kau suka dia, kan!" Jerit Syaza.
Su-- suka dia? Pft! Aku suka abang Hazim? Memang tak lah. Sampai ke situ mereka fikir.
"Ada ada je eh, korang ni!"
"Ahh! Lari!" Kata Syaza lalu lari sekuat hatinya diikuti Aleeza."Siap korang, kalau aku dapat!"
YOU ARE READING
My Senior Rules
Novela Juvenil"Apa awak buat ni?" - Hanez Hemilia "Nothing. Just trying to save the face of the girl who spilled her Milo on my shirt. That way, I can easily recognize you." - Tuan Taqif Amsyah Pertemuan pertama mereka ternyata tidak disangka-sangka, berpunca dar...