Aku membawa anak kecilku yang berusia sekitar tiga tahun ke taman untuk menikmati angin segar.
Anakku, inada. kelihatan keletihan, peluh membasahi dahinya setelah berjoging bersama aku sejauh tiga kilometer.
"Cepat, Nada! Kejar mommy!" Aku tergelak kecil sambil berlari anak ke hadapan, membiarkan Nada di belakang. Hati terasa geli melihat si kecil itu terhuyung-hayang, termengah-mengah mengejarku.
"No, mommy... Nada tired," keluhnya dalam bahasa Inggeris, pipinya merah dek kepanasan. Comel sangat! Rasa macam nak gigit pipinya sampai puas.
Aku berpatah balik, mendukungnya sambil mengelap wajahnya yang basah dengan peluh.
Aku letakkan kain putih di atas kepalanya untuk melindunginya daripada cahaya matahari yang semakin memacak naik.
Tekakku mula terasa kering. Aku bawa Nada ke sebuah kedai kecil yang menjual minuman dan makanan ringan.
Aku menurunkannya dari dukungan agar lebih selesa bergerak, lalu membuka peti ais untuk mengambil air kotak.
"Berat juga budak tembam ni."
"Nada nak air apa?" tanyaku. Nada berdiri sambil bercekak pinggang, matanya fokus pada barisan minuman dalam peti.
"Teacher said after sports, you have to drink warm water, you can't drink sweet water," katanya dengan suara kecil, telunjuknya bergerak ke kanan dan kiri.
"Okay... okay... mommy faham," aku ketawa kecil. Baru tiga tahun, dah pandai membebel. betul-betul ikut perangai aku! Aku letakkan semula air manis dan mengambil air mineral.
Ketika hendak membayar, aku tersentak. Tangan meraba-raba poket seluar dengan rasa panik. Aduh, mana pergi duit aku? Mata melirik ke arah Nada.
"Kenapa, mommy?" dia bertanya, memegang lenganku.
"Nada... duit mommy tertinggal dalam kereta. Macam mana ni? Nada tunggu di sini boleh? Mommy pergi ambil duit sekejap," aku berbisik sambil memegang bahunya dengan lembut, menahan keresahan yang mula merayap. Tekakku pula makin kering!
"Ini air kau, aku bayarkan." Suara garau seseorang tiba-tiba menyapa dari belakang. Aku menoleh, melihat seorang lelaki berbadan tegap menghulurkan air mineral yang aku pilih tadi.
"What?"
"Ini air kau, aku bayarkan." Suaranya dingin. Dia tersenyum pada Nada, dan Nada membalas senyumannya. Aku menyambut air itu perlahan.
"Thanks, su..."
"Tak susah pun. Cuma seringgit je pun. Takkan setakat seringgit pun duit tertinggal dalam kereta, lemah..." sindirnya dengan selamba sebelum berlalu pergi.
Pipi terasa panas, malu menyerbu. Betul juga katanya, setakat seringgit pun aku boleh cuai. Aku mendukung Nada dan berjalan ke kereta untuk pulang.
Penatnya! Dah lah nanti kena naik tangga, nak dukung budak tembam ni lagi satu hal.
"Mommy, siapa uncle tadi tu?" tanya Nada, duduk di seat sebelah sementara aku memakaikannya tali pinggang keselamatan.
"Mommy tak tahu, Nada... dia tolong kita tadi. Belum sempat mommy nak cakap terima kasih, dia dah pergi," jawabku, tersenyum nipis. Nada hanya mengangguk, senyum nakal terhias di wajahnya.
Namun, bila aku cuba hidupkan enjin kereta, langsung tak menyala. Aku cuba sekali lagi, tetap sama. Tiba-tiba aku teringat minyak memang dah hampir habis. Ya Allah!
Aku menggenggam stereng, mengetap bibir bawah. Kenapa hari ni macam-macam masalah datang bertubi-tubi?
"Nada, tunggu dalam kereta," kataku tegas namun tenang. Aku keluar dan bersandar di pintu kereta, peluh mula mengalir di pipi dalam panas terik tengah hari.
"What's wrong?"
Aku pantas menoleh, terkejut melihat lelaki tadi muncul lagi. Dia yang sama, yang tadi menyindir aku. Dialah satu-satunya harapan aku sekarang.
"Kereta saya habis minyak," kataku, sedikit jengkel.
"Tak ada minyak simpanan k-"
"Tak!" potongku cepat.
Geram aku dengan mamat ni, banyak pula soal. Kalau ada minyak simpanan, dah lama aku guna! Bruh.
"Aku boleh hantar kau balik, tapi call lah suami kau dulu ke... Nanti aku kena cop penyondol bini orang pula," katanya tenang sambil menyilang tangan di dada.
Mataku membulat mendengar kata-katanya.
"Saya... saya janda!" balasku sedikit tersentak, sambil jemariku mengusap-usap diri sendiri akibat rasa malu.
Lelaki itu kelihatan terkejut, sebelum ketawanya meletus, serak dan bergema. Ingat ini kelakar ke? Sakit hati aku!
"Awak nak tolong ke tak? Jangan bagi saya harapan palsu!" aku menjeling tajam, mula rasa geram melihat dia seronok ketawa.
"Alright... alright... jom. Aku terkejut je, tiba-tiba janda... Cantik-cantik pun kena tinggal, sian..."
Kata-katanya meleret, jelas sengaja mengejek. Aku malas layan, terus membawa Nada bersama, ikut sahaja lelaki tak guna ni. Namun, dalam hati, tak dapat dinafikan... dia puji aku cantik ke? Betul ke gurau?
Aku masuk ke dalam kereta BMW IX M60 miliknya yang besar dan mewah. Nada duduk di ribaan aku di seat belakang, hairan melihat aku ikut lelaki yang tak dikenali. Mataku melirik sekeliling dalam kereta... wow.
Aku berikan alamat rumah, dan keretanya meluncur laju di jalan raya. Sepanjang perjalanan, kami diam membisu. Nada pula sudah terlena dalam dakapan aku.
Sesekali, aku mencuri pandang melalui cermin pandang belakang. Namun, lelaki itu lebih cepat mengalih pandangan ke arahku, menyebabkan aku cepat-cepat berpaling, berpura-pura tak peduli.