inara || 23

2.4K 90 3
                                    

Hari makin hari, beranjak hari. Tuhan semesta alam memberikan sentiasa mimpi anaqi dalam hidup aku, tidak terbitnya rasa menyesal malah sujud syukur. aku merenung jauh.

anaqi melamar aku, aku dengan berserah diri pada Allah bersetuju. pihak ibu bapa kami berdua berbincang untuk bertemu pada petang ini.

dilamar oleh seorang lelaki adalah saat yang paling indah yang dinanti-nantikan oleh kaum wanita di seluruh pelusuk dunia.

"mommy" seru nada seraya menarik baju aku, tersedar daripada lamunan yang jauh tenggelam.

laju aku menoleh, memberikannya senyuman nipis.

"nak daddy"

aku menggeleng perlahan, asyik daddynya saja yang dia suka, mana mahu orang lain dia nak kecuali anaqi, istimewa katanya.

"nanti. jangan kacau daddy, dia sibuk"

nada mengangguk, sedikit kecewa diwajahnya, kembali bermain anak patung barbienya tanpa menghiraukan aku.

aku rasa berdebar, tak boleh duduk diam. hanya memikirkan persiapan untuk berjumpa bersama ibu ayah anaqi untuk petang hari, manalah tau kalau aku tersalah cakap.

aku sendiri takut dan bimbang kalau ibu ayahnya tak suka terhadap diri aku, aku janda, kosong tiada apa apa, aku tak layak bersama anaqi, hidup aku dan dia jauh beza.

dia sendiri bercerita zaman dahulu dia sambung belajar sampai Ijazah ataupun dipanggil degree. sedangkan aku lepas sahaja lepasan spm, selang setahun terus aku kahwin bersama bekas suami aku.

aku nak, nak sangat sambung belajar daripada diploma dan sambung degree. tetapi takdir tidak menentukan, aku tidak belajar kerana berkahwin, menjaga mak ayah aku yang sakit, sedangkan aku mendapat keputusan yang baik dalam spm, rugi kalau tidak sambung belajar.

aku ralat yang teramat, kalau waktu boleh diputar. aku tak mahu berkenalan dengan haraz, tak mahu kahwin, nak belajar bersungguh sungguh dan barulah mencapai tahap perkahwinan dengan umur yang sesuai, sekarang pun aku baru sahaja berumur 25, betapa mudanya aku sudah ada anak sedangkan umur seawal 25 tahun masih ada yang sambung belajar.

tanpa sedar air mataku mengalir membasahi pipi, laju aku mengelap. tidak mahu nada sedar akan tindakan aku sendiri. tapi tetap bersyukur, Allah hadiahkan cahaya mata Inada Alana, yang sentiasa ada bersama aku, dan salah satunya aku tak berasa sunyi.

"memang tak sangka dapat anak dalam usia begini, bukan sebab aku 'kuat', Allah SWT yang berkuasa. Lahirnya anak aku pun atas kurniaan dan kehendaknya" gumam aku sendiri.

anak merupakan satu rezeki yang dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki, jelas melalui firman Allah SWT:

"Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya."
(maksud al-Syura: 49)

dan satu lagi, aku bersyukur. aku sekarang hidup senang, ada duit, ada kereta, mampu beli keperluan anak dan ubat ubatan ibu bapa, sedekah, sekali sekala melawat rumah anak yatim dan madrasah perempuan.

setapak kaki mengorak langkah keluar daripada pintu rumah, membiarkan nada bermain mainannya, dia leka. aku melabuhkan punggungku diatas pondok kecil depan rumahku yang diperbuat daripada kayu.

mendongak merenung keatas langit biru yang indah, mampu menenangkan fikiran aku, cuaca yang indah dan redup dan tambahan angin sepoi sepoi yang sejuk.

terbit bibirku mengukir senyuman, tidak tahu kenapa. jantung aku mula berdegup kencang. berdebar debar, seperti ada seseorang yang menyeru nama aku.

 berdebar debar, seperti ada seseorang yang menyeru nama aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C l DIA INARAKUWhere stories live. Discover now