aku menyorok dibelakang tembok di hujung tangga itu bersama haraz hanya kerana ingin melihat wanita yang sudah lama aku suka selama ini secara senyap.
dua tahun juga aku dan haraz berkawan rapat walaupun kami seperti langit dan bumi. aku ni nakal, tak pandai, malah haraz si bijak lagi arif.
aku hanya mengeluarkan kepala aku bersama haraz hanya ingin usya awek untuk mengurat, tak pun dipanggil crush generasi zaman sekarang.
sekarang waktu rehat, aku yang mengajak haraz untuk menemai aku hanya ingin mencuci mata melihat wanita itu yang leka bersembang bersama rakannya di kantin.
"aku suka dia lah, bro. cantik, ayu, pandai. i've liked inara for a long time" tuturku.
haraz hanya ketawa. "then? go confess"
aku mengela nafas, mustahil. sangat mustahil untuk aku berterus terang daripadanya, aku bodoh. selekeh. selalu keluar masuk bilik disiplin dan semua perempuan tidak suka aku.
mana layak aku bersamanya, dia lebih sesuai bersama haraz, sama taraf dan semua sama daripada mereka berdua, pandai, kemas dan terkenal dalam satu sekolah.
naila inara. wanita yang sangat aku suka sejak awal dia masuk sekolah. aku tingkatan empat.
itu sebabnya ramai mengejek aku 'pedo' hanya kerana awal aku suka masa dia umur 13 tahun. aku sendiri heran macam mana aku boleh jatuh cinta pada dia sedangkan umur kami sangat jauh, beza empat tahun.
"dengar tak aku cakap apa ni?" haraz menepuk bahuku. terus aku tersedar daripada lamunan yang agak lama.
"ah! dahla! jom masuk kelas, dah loceng"
kaki kami mengorak langkah mula menaiki anak tangga disitu, paling baran dan ingin marah apabila murid murid disini berlari lari ditangga. macam budak sekolah rendah. shibal.
.
.
.
aku mengangguk. tanda faham. aku diberikan kerja sekolah secara kumpulan dan kumpulan aku ada dua perempuan, aku tidak sama berkumpulan dengan haraz, dan hanya aku tahu seorang perempuan itu adalah perempuan yang haraz suka.
perempuan itu yang bernama fiona, freehair orangnya walaupun dia muslim. semasa kami sibuk membincangkan projek sekolah. fiona tak berhenti henti melihat kearah aku dan menggeletis untuk dapatkan perhatian aku.
sepanjang masa aku memberikan senyuman kelat dan acuh tak acuh saja aku layan hanya kerana ingin menjaga hati haraz, kawan baik aku.
"eh you! i harap kita sama sama dapat Straight A spm nanti, i harap kita dipertemukan lagi" dia ketawa bersama mulutnya menutup dengan acah diva.
tangan sebelahnya menyentuh lengan aku yang sedang aku sibuk menulis diatas kertas, laju aku menepis dek kerana terkejut.
apabila satu kelas mula melihat betapa mesranya kami walaupun aku tak mesra, lalu kelas mula ship kan aku bersama wanita ini. aku pasrah. cuba menegaskan bahawa berhenti melakukan kerja bodoh.
"piwit anaqi fiona siot" mereka semua ketawa.
lagi suluh terang menerang haram apabila dia menyentuh aku, aku laju melirik kearah haraz, dia tenung anak mata aku lama, seperti marah. aku mula cuba menghampirinya lalu dia meminta izin cikgu untuk pergi ketandas.
"woi haraz" aku memanggilnya, dia langsung tidak menoleh kearah aku, aku tahu dia marah dan cemburu, aku langsung tidak ada perasaan suka pada fiona, aku setia pada inara walaupun wanita itu tidak kenal aku walhal belum tentu dia tahu yang aku bernafas di muka bumi ini.
aku mula mengetap rahang dan meraup wajahku, merasa tidak puas hati pada fiona yang menyentuh aku sebentar tadi. disebakkan dia satu kelas shipkan aku dan dia.
jam loceng berbunyi, aku terus menggalas bag dan berlari turun keanak tangga, tidak sabar untuk pulang dan berehat. paling kesalnya apabila haraz berjalan bersama kawan lelaki yang lain. aku berdecik. dia marahkan aku. setiap kali anak mata kami bertembung, pasti dia menjeling aku tajam.
aku biarkan dia reda daripada marah, sudah setahun aku berkawan bersama haraz. dia ada waktu aku susah dan senang dan kami kalau gaduh, pasti akan kembali semula. jadi aku dah tau, dia pasti akan cari aku balik. aku biarkan dia.
semasa aku berjalan keluar, melihat inara yang sedang berdiri seraya lengannya dihayunkan kedepan kebelakang, comel.
jantung aku berdegup kencang. ingin cuba berbual dengannya alang alang dia seorang diri. kaki mula berlari anak kearah wanita cantik itu.
"hai inara"