aku berlabuh di uk, ditempatkan di united kingdom dalam tempoh masa seminggu, aku tenung lama di balkoni bilik, aku tidaklah bekerja seorang diri disini. ditemankan oleh bala bala aku. siapa lagi? dayyan, noah, fattah dan rian.
tidak berhenti mengelamun, naila inara sentiasa berlegar difikiran aku, risau, rindu, takut semua bercampur aduk, aku tahu. isteri aku dalam bahaya kerana anjing anjing haraz pasang mata, bekas suami sampah dia.
tetapi sedaya upaya aku cuba rahsiakan, tidak mahu isteri dan anak aku takut dan tidak senang duduk. apalagi isteri aku tidak tahu apa yang kerja aku buat sekarang, duduk diluar negara.
bahu aku seperti ditepuk oleh seseorang, menoleh kebelakang dan melihat noah yang memegang sebatang rokok dan mancis ditangannya. aku hiraukan. kerling jam tangan menunjukkan pukul sepuluh malam.
"termenung apa? bini?"
aku mengurut tengkuk yang seperti sakit, hanya mengangguk tanpa melihat kearah noah yang berada disebelah aku.
aku tetap termenung melihat kereta dibawah lalu lalang, orang orang pejalan kaki, united kingdom. sentiasa meriah malam hari.
kerling kearah noah tanpa menggerakkan kepala, melihat ia sudah masukkan sebatang rokok dan membakar hujungnya, riak wajah aku kosong.
ia pelawa aku sebatang rokok, lalu aku menggeleng dan menepis lengannya dengan perlahan.
"aku dah tak merokok" ujar ku bersama suara yang tenang tetapi cukup dingin.
noah angkat kening, melihat kearah aku. aku tetap tidak melihat wajahnya seinci pun, malas. aku tidak suka bau rokok.
noah, kawan aku. yang bernama noah ghazi. seorang anggota pdrm yang berpangkat inspector. ia menjadi polis dalam bidang narkotik.
jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM ditubuhkan bagi menguatkuasakan undang-undang berkaitan dadah bagi membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
tujuan kami disini bukan kerana hal syarikat besar aku sebagai ceo. salah. noah ghazi, ya. dia yang mengajak aku untuk berkait tentang hal dadah dan membantu polis walaupun aku bukan seorang anggota pdrm.
lebih tepatnya, aku bekerja dengan polis untuk membantu, para jabatan disana menganggap aku sebagai lelaki yang lincah dan bijak melakukan satu hal. itulah sebabnya aku tipanggil disini.
anjing anjing haraz ataupun anak buahnya ada di sini dan di malaysia, jadi. aku menyuruh anak buah noah cuba menjadi bodyguard kepada isteri dan anak anak aku tanpa mereka sedar.
"kau dah tak merokok, why?"
"sebab aku ada isteri dan anak" itu sahaja diterbit dibibir aku, suara yang bising gelak tawa yang berada dirumah itu memecahkan kesunyian, siapa lagi dayyan and the geng.
noah ketawa kecil dan menepuk nepuk bahuku beberapa kali dan memujiku.
aku dan noah mengorak langkah masuk kerumah dan menutup pintu sliding door balkoni itu. melihat ruang tamu yang berselerak dengan bantal bantal yang dimain oleh mereka.
"pukul sebelas. kita meeting. siasat tentang haraz yang ambil dadah dengan anjing anjing bangsat mereka, ingat. bini athar dalam bahaya." beku suara noah seraya menghembuskan asap rokoknya diudara.
athar, sudah biasa dipanggil. athar hanya dipanggil oleh rakan rakan aku, tidak memanggil nama depan, hebat.
"yes! aku suka bunuh orang ni" ujar dayyan seraya mengoyakkan senyuman lebarnya. aku hanya menggeleng.
.
.
.
kerling kearah jam tangan, pukul sebelas tepat, semua orang telah masuk kebilik meeting. manakala aku yang baru sahaja menjalankan solat isyak dibilik khas. sebelum melangkah masuk kebilik meeting, mencapai telefon bimbit di pocket seluar dan menekan butang.
hanya membuka telefon untuk melihat kearah skrin kunci yang jelas terpampar wajah bahagia seorang naila inara dan inada alana.
aku mencium screen telefonku dan memasukkan semula ke pocket seluar dan bergegas mengorak langkah masuk ke untuk memulakan mesyuarat.
rindu, selalu malam begini aku dan isteri sentiasa bergurau, main didapur, dan solat bersama. aku tersengih sendiri.
membuka pintu bilik mesyuarat dan mata mata memerhati kearah aku, wajah rian mengejek dan ketawa kecil.
"lembabnya kamu" ejek dayyan.
aku mengeluh dan memekakkan telingan, melabuhkan punggung diatas kerusi dan mencapai pen dan kertas yang berada diatas meja.
beberapa jam kami berbual dan menjalankan misi apa yang patut dibuat, aku bersandar dikerusi dan meraup wajahku kasar. letih. terasa beban.
"macam mana nak berlawan ek, kita ni lima orang mana cukup, dorang tu dahla ramai, gilo" ujar dayyan
"alah lek, banyak lagi orang orang kita yang boleh dipanggil. kalau sikit pun apa masalahnya, aku kan ada" rian riak seraya berdiri diatas meja panjang itu dan menunjukkan otot ototnya.
"acah gila beruk jahanam ni! " dayyan menampar belakang kepala rian membuatkan rian mengeluh kesakitan.
"woi! tak guna!"
noah meletuskan ketawa terbahak bahak, fattah hanya tersenyum kecil, selain itu wajahnya hanya muram dan seperti mempunyai masalah.
"kenapa diam ni abe fattah.. monyok semacam hari ini, baik join kita orang daripada monyok jadi bongok" noah mengejek dan membuat wajah gelinya, mereka semua ketawa terbahak bahak.
aku hanya menggeleng kearah mereka, bala bala kalau dah ada, memang huru hara, selagi boleh gaduh. dia gaduh. aku hanya memberikan senyuman senget.
tiba tiba telefon pintarku menyala, laju mencapai telefon yang berada didalam pocket, melihat notification daripada si isteri, aku mengoyakkan senyuman lebar.
apabila aku menekan, aku berkerut dahi, si isteri menghantar sesuatu link tanpa memberikan sebarang chat, laju jemari aku menekan dan membuka isi dalam link tersebut.
senyuman aku mati dan bertukar serious, diketap rahang kuat dan mengepal penumbuk.
"sial."