inara || 54

2.7K 52 0
                                    

azan isyak mula berkumandang, selepas sahaja aku, nada dan anaqi solat secara berjemaah. kami mula salam salaman.

anaqi mula mencapai iqra untuk mengajar nada mengaji selepas habis saja solat. rehal kayu itu dibuka dan meletakkan iqra diatasnya. aku duduk disamping anaqi, manakala nada duduk dihadapan anaqi seraya memegang lidi.

"Allahhummaftah 'alayya hikmataka wansyur 'alayya rohmataka wa dzakkirnii maanasiitu yaa dzal jalaali wal ikhroomi." kami betiga sama sama menadah tangan dan mengaminkan doa yang diketuai oleh anaqi.

memang itu rutin kami setiap hari selepas sahaja waktu solat terakhir, membaca alquran bersama, manakala nada disemak dulu cara pembacaannya. bangun pukul 4:00 pagi untuk solat tahajjud, istiqarah, dan membuat qiamullail itu rutin aku dan suami.

"bismillah, okey princess" kata anaqi.

nada mengangguk dan tersenyum kecil. manakala aku hanya duduk disamping anaqi, terasa sebelah telapak tanganku digenggam erat oleh si suami disebalik telekungku.

aku melirik kearahnya, mata kami bertembung. laju ia mengoyakkan senyuman lebar kearahku, aku membalas senyumannya.

"hish! hurry up daddy!" tegas nada seraya bibirnya dimuncungkan kehadapan membuatkan kami berdua ketawa kecil.

"okey im sorry my precious princess" anaqi mula mencubit cubit pipi gebu milik nada. aku hanya tersenyum, gembira apabila dua orang dihadapan mataku ini gembira dan damai.

"aa, ba, ta"

"aa ba, ta" nada hanya mengikuti percakapan anaqi seraya lidi itu ditalakan disetiap huruf hijaiyah.

"tha, jim"

"sa, jim"

"bukan sa, tha"

nada mula mengangkat kepala untuk melihat wajah milik daddynya. kepalanya digaru.

"sa, betullah nada cakap! daddy yang pekak telinga!" dia mula mencekak pinggang.

"bukan sa sayang! tha, tengok lidah daddy ni inada alana" jari telunjuk milik anaqi ditalakan kearah mulutnya. terkebil kebil nada dibuatnya.

aku kemam bibir, hampir meletuskan ketawa apabila melihat anaqi dan nada silih berganti, masing masih bergelut demi satu huruf hijaiyah, tsa!

"sa!" tegas nada, rambut yang keluar daripada telekungnya aku betulkan.

anaqi mula menepuk dahinya, dia mula mengehala nafas. stres sangat ni.

"tsa sayang, lidah tu keluarkan sikit, tengok daddy betul betul"

"tsa" jawap nada perlahan. anaqi mula berasa lega manakala aku hanya diam melihat tingkah laku dua beranak ni.

"okey sambung, mommy nak dengar" aku menyampuk. mereka mula mengaji seperti biasa. dan seperti biasa itulah nada dan anaqi bergelut sebab tajwid salah.

"aa ei uu"

"aa ei uu"

"ba bi bu"

kelip kelip mata nada dibuatnya.

"tak baik cakap babi! mommy marah kalau cakap babi! daddy lah babi!" jerkahnya bersama suara kecomelan miliknya, dia mula berdiri dan mencekak pinggang.

"mana lah daddy tahu! dah iqra ni memang kena baca macamtu, ikut ajelah"

aku mula meletuskan ketawa yang terbahak bahak seraya memukul lengan anaqi banyak kali. susah dapat anak perempuan yang jenis ikut garang macam mak dia. lumrah kehidupan apabila dapat anak begini.

C l DIA INARAKUWhere stories live. Discover now