aku duduk di bangku kerusi di kantin seraya makan donut yang berisi coklat itu, baru aku teringat, selepas sahaja aku berjumpat dengan maat, sudah tiga hari aku tidak melihat figuranya, aneh.
semasa aku sibuk makan donut yang enak itu, tiba tiba ada seorang lelaki yang memakai baju sukan biru menghampiri aku, haraz.
aku laju membetulkan awning tudung aku, nak terlihat cantik depat crush. kononnya lah! padahal syok sendiri kot! laju mengelap pipi yang sedikit terkena coklat menggunakan tisu.
"asslamualaikum"
"waalaikumsalam haraz" aku membalas salamnya, suaranya sangat lembut dan memberikan senyuman nipis padaku, aku membalas. alangkah indahnya ciptaan tuhan, lemah lutut jadinya.
"sorang ke?"
aku mengangguk. "kenapa?" berdegup kencang jantungku apabila berbicara bersama lelaki yang aku suka. macam tak percaya. tiada angin tiada ribut.
"aku.. ada benda nak cakap sesuatu" dia mula duduk disebelah ku. aku mula sedikit anjak untuk menjaga jarak, jaga batas.
ada apa apa ke? jantung aku mula bekerja dengan laju tanpa henti. macam fikirkan sesuatu yang tak kena, aku menghela nafas panjang, cuba menenangkan diri.
"apa?"
"sebenarnya..." meleret suaranya.
"aku jatuh cinta dekat kau" dia laju merenung aku.
DAMN!
terbeliak mataku apabila sebaik saja mendengar ayat yang dilontarkan oleh haraz padaku. bulu roma naik 90 darjah. aku menunduk, jari jemari aku, aku urut sendiri. janggal.
melompong aku dibuatnya, pipiku mula hangat dan berona merah, malu yang membuak buak, macam tidak sangka jejaka yang aku suka ternyata suka aku juga.
"hello?" dia mula melambai lambai tangannya dihadapan wajah aku, terus aku mendongak kearahnya.
"kalau macamtu, aku pergi dulu."
"nanti!" sempat aku menjerit kecil kearahnya dan berlari anak untuk mendekatinya semula. ia menoleh kearahku lalu mengangkat kening.
aku menggaru kepala yang tidak gatal, memberikan senyuman kelat. bukan tak suka tapi awkward.
"sebenarnya saya pun dah lama sukakan awak semenjak murid murid dan cikgu disini selalu sebut nama kita berdua because we are top students" ujarku lembut, agak sedikit gagap tapi tetap nak nampak cool.
aku renung anak mata hitamnya, memberikan aku senyuman nipis.
"oh really?" aku mengangguk. kenapa? dia tak percaya ke kalau aku suka dia? haish.. ni benci ni!
"tapi kenapa.. kenapa tiba tiba awak cakap terus terang macam ini?" aku soal. agak pelik. jantung aku berdegup kencang didada. senyuman yang diberikan tadi sudah lesap, pandangannya jadi beku.
hening.
"because I love you, I don't want to hide my love for you, I'm afraid that I'm slow to confess, kau dah berpunya" dia ketawa kecil bersama suara seraknya.
jantung aku berbunga bunga apabila haraz mengatakan begitu padaku, nak aje aku lompat lompat biar roboh bangunan sekolah ini, aku memberikan senyuman paling manis padanya.
"piwit" salah seorang pelajar menyakat.
aku dan haraz ketawa bersama, oh tuhan.. betapa kacaknya dia. tapi aku masih muda. baru tingkatan dua. tapi ramai yang berkata bahawa aku sangat bersifat matang dan ayu orangnya. tunggu aku besar haraz!
"terima kasih.. terima kasih sangat haraz, i also like you because you are smart, kind and respectful of people, bukan macam kawan awak tu, sapa namanya? maat kot."
huh lelaki comot itu? dia suka aku? lambat lagi aku nak bagi cinta aku pada dia. haraz mengangkat kening sebelahnya, laju ia tersenyum sinis dan meminta izin untuk pamit.
aku kembali duduk dikerusi dan kembali menyumbat donut coklat yang sedap kedalam mulutku. tidak berhenti aku tersengih sengih seperti kerang busuk apabila ayat haraz masih melekat difikiran aku.
.
.
.
.
.
Kerling jam tangan, menunjukkan pukul dua tepat, sepatutnya balik sekolah jam 1:30. tapi rumah aku dan sekolah agak jauh, aku sendiri tak tahu kenapa mama papa aku hantar jauh jauh.
lagipun hari ini aku naik bas hijau yang free itu. aku yang meminta izin untuk balik harini menggunakan bas. sekali sekala.
"asslamualaikum!" aku memberi salam seraya membuka kasut sekolah hitamku dan mula memulas tombol pintu rumah.
melihat figura mama papa yang sedang santai diruang tamu, terus aku menyalam tanda hormat. bag sekolah dilepas dan diletakkan diatas sofa. melabuhkan punggung.
"mama papa, buat apa di sini? nara ingat mama papa kat atas, macam senyap aje tadi"
papa hanya memberikan senyuman nipis. "tak adalah.. sebenarnya niat mama dan papa disini ada sesuatu nak cakap dekat nara" katanya.
"cakap apa papa mama?" aku melihat wajah mama papa aku silih berganti, sambil itu aku membuka tudung sekolah dua lapis itu, panas gila hari ini.
"siapa haraz? kamu ada apa apa dengan dia ke?" soal mama.
aku langsung terkejut. macam mana mama dan papa boleh kenal si haraz lelaki yang aku suka itu, jantung aku mula bedegup kencang.
"kawan..kenapa? macam mana mama papa boleh kenal kawan nara tu?" aku menyoal.
"dia ada datang sebelum kamu balik tadi, dia kata nak masuk minang, lepas saja kamu habis spm, dia ajak kamu kahwin" kata papa.
"HAH?!" menjerit aku dibuatnya.
YOU ARE READING
C l DIA INARAKU
Storie d'amore[ rewrite ] 𝅄 ֺ ⤹ 𝐍𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐈𝐍𝐀𝐑𝐀 | 𝐀𝐍𝐀𝐐𝐈 𝐀𝐋 𝐀𝐓𝐇𝐀𝐑 [ 1st book ]