terdengar suara lantunan ayat alquran yang merdu agak samar samar ditelingaku, aku dengan perlahan mencelikkan mata. terasa kepalaku berdenyut dan perutku berbunyi kerana kelaparan.
"abang.." aku seru namanya dengar perlahan. air mata gugur dengan secara tiba tiba. aku melihat wajah suamiku turut mengeluarkan air mata semasa membaca ayat alquran ditelingaku.
merdu. setiap ayat alquran terbit dibibirnya membuatkan hatiku terasa sejuk, segala dosa aku buat padanya mengingatiku. aku hampir bunuh diri. aku jahat. aku berkata kasar pada suami aku.
anak mata melihat setiap sudut, aku berada dihospital, aku tak suka hospital. sejak kecil aku memang tidak suka tempat sebegini.
"abang nara nak minta maaf" bergetar suaraku bersama air mata yang jatuh membasahi pipi. terasa kepalaku diusap lembut oleh anaqi.
"sayang.. you don't have to apologize, abang yang patut minta maaf, disebabkan abang sayang nak bunuh diri, maafkan abang sayang". dia mengusap usap kepalaku. aku dapat menangkap bibirnya bergetar.
aku mula bersandar dikepala katil hospital itu, anaqi melabuhkan punggung diatas katil bahagian hujung.
"abang minta maaf sayang, abang tahu abang salah. abang jijik sayang, abang jijik apabila bukan mahram sentuh abang macam tu, seorang bidadari syurga yang bernama naila inara hanya untuk abang." ujarnya lembut, ubun ubunku dia usap dengan lembut.
terasa kepalaku ditarik masuk kedalam dada bidangnya, lengannya melilit tubuhku. aku hanya memejamkan mata, merasakan pelukan hangat milik anaqi. air mata tidak berhenti jatuh.
dagu anaqi diletakkan diatas kepalaku, belakang badanku terasa digosok lembut olehnya. semakin ia cuba menenangkanku, semakin lebat air mata mencurah.
"nara nak minta maaf dekat abang, nara terlalu ikutkan hati, don't blame yourself, blame me abang, maafkan nara abang" aku memegang erat lengannya.
dia mengangguk perlahan, air mataku dikesat menggunakan ibu jarinya, hati aku retak, kecewa dengan diri sendiri, walaupun aku terlalu banyak dosa dengan suami, anaqi tetap bersabar dan sentiasa menungguku.
aku terus membalas pelukan anaqi, menangis teresak esak didalam pelukannya, kepalaku dibenamkan dilehernya. bergetar tubuhku kerana menangis.
"shh.. its okey sayang. you're safe with me, abang ada. jangan takut, walaupun terasa diri sendiri beban, abang sentiasa tunggu sayang, abang sentiasa ada dengan sayang, i love you, I can't lose you zaujati." ujarnya lembut. terasa pelukannya erat.
aku hanya mengangguk ngangguk. aku mati kata, suara anaqi yang lembut tutur padaku. lagi membuatkan aku ingin menangis, aku tak kuat. aku wanita yang lemah dan cepat terasa.
"tengok abang sayang" terasa cengkaman lembut didaguku, kepalaku dongak ia menunduk. air mataku sekali lagi diseka olehnya lembut.
"sayang tahu membunuh diri itu berdosa?"
aku mengangguk perlahan, terasa sentap dengan kata katanya, aku memang hampir bunuh diri kerana stres dan kemurungan.
"barangsiapa yang bunuh diri dengan cara terjun dari atas gunung, maka dia akan selalu terjun ke neraka jahanam dan dia kekal di dalamnya." katanya seraya mengusap usap kepalaku lembut, rambutku dia sikat menggunakan jari jemarinya.
aku tersentak seketika, aku tenung anak matanya dengan penuh simpati, tanpa sedar air mata jatuh sekali lagi. aku tak mampu, tak mampu ingin merasakan siksa neraka, maafkan aku Ya Allah.
"tapi nara kemurungan abang, nara tak sedar apa yang nara buat, nara dapat rasa bisikan dari telinga nara, sakit yang dulu masih tidak boleh pulih, nara nak balas dendam abang."
"membunuh diri walau apa pun alasannya adalah perbuatan putus asa daripada rahmat Allah dan seolah-olah menentang takdir yang ditentukan oleh Allah kepadanya. akan diharamkan daripada memasuki syurga. " katanya.
"sebabtu abang takut, sayang.. abang gagal jadi suami pada sayang, abang tak nak sayang mati, alasannya sebab abang cintakan sayang sepenuh jiwa raga abang, Allah hadiahkan diri abang pada sayang untuk jaga sayang, ini amanah Allah berikan pada abang, sayang."
"yang kedua, bunuh diri itu berdosa, sayang hampir mati, sayang nak ke abang disoal didalam kubur nanti? sayang fikir bunuh diri dapat selesaikan masalah? tak sayang. lagi terseksa awak bila dah mati."
Ya allah kata katanya cukup menusuk kalbu dihatiku, cukup dengan itu membuatkan jantung aku berdebar debar, aku genggam baju anaqi dengan kuat, takut, kecewa dan menyesal bercampur aduk.
"nara minta maaf abang." kataku bersama isak tangis.
"jangan minta maaf pada abang, minta maaf pada Allah, sayang."
ya Allah. ampunilah segala dosaku ya Allah, betapa banyaknya dosa aku padamu dan pada suami aku, aku lemah, iman aku lemah ya Allah, aku tak kuat, maka kau kuatkanlah suami aku untuk terus mendidikku.
"nara buat semua tu sebab nara sakit abang.. kisah lama.. nara susah untuk maafkan orang yang pijak nara dulu sebelum kehadiran abang yang mengubah hidup nara"
"abang lebih sakit sayang.. abang sakit, abang sakit dan sedih bila sayang macam ni, abang tak nak tengok isteri solehah abang menangis."
terasa dahiku dikucup oleh anaqi, lama. setiap inci wajahku dia kucup, aku terus memeluknya erat, dengan perlahan air mata aku seka.
"nara sentiasa gelisah abang.." jujurku. seraya mendongak keatas untuk melihat wajah bercahayanya. ibaratkan cahaya solehnya, amalan yang dia buat semasa dia hidup.
"sayang gelisah? sayang tahu sebab apa?"
aku laju menggeleng. melihat wajahnya yang sedikit sedih kerana aku, membuatkan aku ikut kecewa.
"membalas dendam tidak akan membawa kebahagiaan, tapi memaafkan akan memberi kedamaian. balas dendam akan merusak lebih dalam daripada orang yang telah melukaimu." tuturnya lembut.
aku mati kata, sungguh ayatnya membuatkan aku sentap. memang betul. sedangkan rasullullah tidak pernah mengajar kita untuk membalas dendam.
"abang nak tegur sayang.. biar orang buat kita, kita jangan buat orang, jangan kacau kerja Allah, biar Allah yang menentukan takdir dan biar Allah yang membalas sama ada cepat atau lambat. bersabar sayang. sayang kuat abang tahu, ingat.. susah senang macam mana pun, kita hadapi sama sama ya?"
aku mengangguk perlahan dengan riak wajah yang sedih, muka sembab akibat menangis yang berlarutan.
"kekuatan nara pada suami nara"
melihat wajah kacaknya tersenyum nipis, sekali lagi dia mengucup dahi aku dan memebelai rambutku dengan penuh kasih sayang.
"dan kekuatan abang juga pada isteri abang, doa yang terucap dari bibir seorang isteri yang solehah dengan kesungguhannya memohan kepada Allah maka Allah akan menjanjikan untuk mengabulkan doa doa tersebut."
aku tersenyum nipis kearahnya, sejuk hati apabila mendengar ayat yang dilontarkan olehnya pada aku.
"macamtulah senyum, kan cantik bidadadi syurga abang" dia mencubit pipiku lalu aku mencubit hidungnya. kami sama sama mengoyakkan senyuman lebar.
"abang.. kalau lelaki masuk syurga kan, berjuta juta bidadari yang cantik akan menemaninya, kalau perempuan masuk syurga dapat bidadara ke abang?"
dia meletuskan ketawa. mesti dia pelik, soalan karut marut apakah yang diberikan oleh isterimu ini.
"pandai eh buat lawak" dia menarik kepalaku masuk kedalam celah ketiak dia. macam biasa, nasib wangi. kalau bau bawang boleh ikut pengsan aku kali kedua.