INARA || MASA LALU 40

1.4K 56 2
                                    

terkejut aku dibuatnya apabila ada seorang lelaki menyapaku. aku menjeling kearahnya, aku langsung tidak kenal dia. tetapi aku kenal dia senior form 5 disekolah ini. namanya saja aku tak kenal.

aku hanya kenal dia tingkatan 5 hanya kerana aku sentiasa melihatnya poteng koko panjat pagar, rambut selekeh, kurus keding pula itu, dan lebih singkatnya dia sentiasa keluar masuk bilik disiplin.

"nak apa?" soalku singkat tanpa melihat wajahnya. aku tak suka dia, tak suka dia bukan bermaksud dia ada dosa dengan aku, tetapi aku tak suka personality nya. selekeh, pemalas belajar, siapa aje nak? aku inara, mestilah lelaki yang aku nak ciri cirinya tinggi, walaupun lelaki itu tidak pandai, at least ada adab?

lelaki yang menegur aku ni ada apa je? sudahla belajar tak pandai, biadab dengan cikgu pulatu sehingga melanggar peraturan sekolah. dia ingat dia hebat sangat?

dari umur 7 sehingga 12 tahun, aku perlu menghadiri sekolah rendah, kemudian disambung pula dengan sekolah menengah sehingga berusia 17 tahun. tidak cukup dengan itu, jika punya rezeki, aku akan memasuki alam universiti selama empat ke lima tahun.

perjalanan menuntut ilmu bukan mudah dan pendek. sebuah perjalanan yang cukup panjang dan penuh dengan liku. sesetengah orang langsung tiada peluang untuk menghadiri alam persekolahan apatah lagi universiti. Jadi, aku yang berkesempatan, aku perlu hargai dan bersyukurlah dengan peluang tersebut.

"saje.. nak teman tak boleh ke?" soalnya seraya tersenyum kearah aku.

aku hanya mampu memberikan senyuman kelat, entah apa yang dia nak dari aku.

"nama kau siapa?"

dia menoleh kebelakang, lalu kembali menoleh kearahku, menayangkan wajah seperti bangga.

"kau tanya aku ke?"

aku berkerut dahi lalu menjeling tajam kearahnya. "dah tu siapa lagi? beruk? kucing yang aku tanya? kau tengok dekat sekolah ni ramai student dah balik. tinggal kita dua aje. siapa lagi aku nak tanya" aku perlinya.

"nama aku maat"

"maat? macam mana sebutnya. mat?"

dia mengangguk.

"mat apa? mat rempit? mat pet?" aku ketawa terbahak bahak sambil memegang perut aku, sakit perut apabila ketawa berlebihan, air mata lucu keluar dikelopak mata.

mat pet itu ialah laki di bawah pengaruh dadah, yang gila. macam maat ini, selekeh.
aku tak jahat, aku hanya memberikan layanan buruk kerana dia biadab dengan cikgu, jadi Allah turunkan aku untuk memberikan layanan buruk pula padanya.

"haha.. lucu eh"

"kau nak apa maat? mat pet. boleh tak jangan dekat dengan aku, kau dah la busuk, haish.. geli tahu?" aku ejeknya, menayangkan wajah geli aku.

"sebenarnya.. aku suka dekat kau"

hening seketika.

terbeliak mata aku dibuatnya, macam tidak percaya lelaki seburuk dia sukakan aku, tapi pelik juga.. aku mana cantik pun. biasa biasa aje. tapi aku cukup geli apabila dia memberi tahu dia suka aku.

"sorry, aku tak suka kau, aku tak benci kau tapi aku tak suka cara kau, kau tahu tak kau teruk? kau tahu kau sendiri berkawan rapat dengan haraz, dia kemas, kacak, pandai, kenapa kau tak ikut jejak dia?" aku menyoal dengan penuh tegas.

aku kenal kawan dia. haraz, walaupun aku tak kenal siapa lelaki ini, sebab haraz itu orang yang pandai, dan satu sekolah menggemari aku dan haraz kerana kami berdua pandai, tapi aku tak pernah mengakui aku pandai, aku biasa saje.

"kalau kau nak tahu, aku lebih suka haraz, dan aku jatuh cinta dengan dia, kawan baik kau. sebab dia bagus, rajin, pandai tolong cikgu, pandai beradab. bukan macam kau"

ayat terakhir saja aku tekankan, sejujurnya aku memang sukakan haraz, tetapi aku tidak tahu siapa yang dia suka dan takut kalau dia sudah mempunyai teman wanita.

aku tersenyum sinis padanya, wajahnya menunjukkan seperti dia sentap dengan kata kataku. aku malas nak tengok wajah maat ni, alangkah bagusnya tahun depan dia menduduki SPM dan akan cepat lesap dari sekolah ini.

"you have to be like him, dahla maat! jangan berangan." aku tenung anak mata helangnya, warna kelabu. cantik matanya tetapi penampilan selekeh membuatkan semua jadi selekeh.

"aku tahu aku tak pandai, tapi aku suka kau dah setahun, aku cuba belajar tapi ilmu tak serap dalam kepala otak aku" ujarnya.

"aku akan berubah demi kau, sebab kau pandai macam haraz, dan aku tak layak dapat cinta kau, aku tahu sendiri."

setiap ayatnya membuatkan aku ketawa kecil, angan angan betul nak berubah hanya sebab aku. nampak sangat tak ikhlas untuk belajar.

aku mengela nafas panjang, melirik kearahnya.

"kau nak tau sebab apa ilmu kau susah nak serap dalam kepala otak sengal kau ni?" aku mula sindirnya seraya buku nota kecil ditanganku menunjal kepalanya.

"apa?" dia mengangkat kening.

"satu, sebab niat kau salah. kau kata nak berubah sebab aku semata mata nak kejar cinta aku walaupun aku tak suka kau. menuntut ilmu perlu ikhlas kerana Allah. manusia menuntut ilmu agar ia boleh membaiki ketamadunan dirinya ke arah yang lebih maju."

"kedua, adab." aku berhenti sejenak.

dia hanya menunggu aku untuk menghabiskan ayat sehingga penamat.

"adab tu perkara kedua yang perlu kau nilai selepas niat. tak perlu lihat jauh-jauh, periksa terlebih dahulu bagaimana adab kau dengan guru."

aku membulatkan mataku.

"ketiga, kau sombong dengan ilmu. kau malas nak menuntut ilmu. jadi macam padi yang semakin berisi, semakin menunduk. semakin banyak ilmu yang kau peroleh, semakin menjadikan kau sebagai seorang insan yang lebih mulia dengan sifat kerendahan hati."

aku menghela nafas panjang, itu sahaja yang aku dapat bebel pada dia. macam aku cakap, aku tak benci dia, aku sindirnya hanya kerana aku nak dia berubah macam kawan rapat dia haraz. aku saja ingin menyakitkan hatinya agar dia sedar daripada tidur.

"remember.. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"

PIN!

kereta hitam itu, hon. melihat papa aku yang membuka tingkap dan senyum kearah aku, aku membalas. sebelum ingin masuk kedalam perut kereta. aku sempat menjeling tajam kearahnya seraya menunjukkan jari tengah. haish! apalah aku ni!

C l DIA INARAKUWhere stories live. Discover now