"argg, tak guna!"
terbeliak bola mata aku. yang nak mampus nya fiona, bukan aku. fiona sendiri berlumuran darah ditembak dibahagian kaki dan jatuh tersungkur. hahaha...
aku terus melihat ada tiga orang jejaka yang sedang bertikam lidah bersama fiona, memegang senjata api masing masing.
fiona cuba bangun perlahan sebaik sahaja kaki ditembak oleh salah seorang jejaka itu.
"korang ni siapa?"
"aku dayyan lah, ni.. rian dan noah beruk kesayangan aku kot" kata salah seorang disitu. aku hanya melihat aksi itu.
BANG! BANG BANG!
beberapa das tembakan dilepaskan oleh wanita itu untuk cuba membunuh lelaki itu, gegendang telinga aku terasa sakit, mana pernah aku dengar bunyi tembak tembak seperti ini.
"cis! kau tembak pun tak reti! ada hati nak bersubahat dengan haraz tu!" dayyan meludah wajah kearah fiona membuatkan ia menjerit, geli lah tu.
BANG! BANG! BANG!
tembakan itu terus dilanjutkan oleh fiona, malah tiada apa yang dapat ia sasarkan, aku ketawa kecil. nak jadi jahat, menembak pun tak reti. macam mana?
dayyan mula menyepak wanita itu dan menarik kuat rambut panjangnya sehingga wanita itu mendongak keatas.
"listen here. want to die or go to jail?" dingin saja suara dayyan, laju lengan fiona mula menikam bahu dayyan. dayyan mula mengeluh kesakitan.
"huh.. muka je cantik perangai macam beruk, berani buat abang aku?"
BANG!
aku laju memejam mata dengan rapat, bantu aku Ya Allah. aku tak sanggup duduk disini.
"tolong! tolong selamatkan anak saya"
pinta ku dengan tangisan teresak esak, badan mula menggeletar dek ketakutan melihat jasat fiona tidak menyedarkan diri bersama berlumuran darah."mommy.. mommy" nada menyeru nama aku seraya merengek.
"nada sayang.. sabar sayang mommy ada" aku ikut menangis, apabila anak aku sendiri hampir rebah dilantai, dia masih kecil. mana layak dapat semua ini.
"nak lari mana?" suara garau itu, haraz. dia datang kembali. laju badan aku bergetar dengan kuat, aku cukup takut dengan lelaki ini, dia. nak balas dendam hanya kerana aku bernikah bersama anaqi.
tiga orang jejaka itu cuba menjaga aku, mereka membuka ikatan aku dan nada, laju nada memeluk tubuh aku, aku mengusap dan mencium setiap inci wajahnya, terima kasih ya Allah.
"bajet hero, tengok. lelaki kau ni dah nyawa nyawa ikan" ujar haraz seraya mengoyakkan senyuman sinis.
laju aku melirik kearah lelaki itu, terbeliak mata aku apabila anaqi sudah berlumuran darah dan diseret, betapa banyak nya luka yang berada diwajahnya.
"abang!" aku cuba berlari mendekat kearah nya, tetapi lengan aku ditarik keras oleh seseorang, menoleh kebelakang. jejaka itu menahan aku, nada berada didalam dukungan oleh salah satu jejaka itu.
aku tak kenal mereka semua, sama ada jahat atau baik itu aku tidak tahu, buntu.
"sayang... don't get close to me" suaranya sayu bersama sakit yang dia hadapi, terbatuk batuk sehingga mengeluarkan darah yang pekat.
aku menangis teresak esak, tubuh aku ditahan dari belakang, aku nak pergi dekat dengan suami aku. aku nak. tapi kenapa mereka sekat aku.
buk!
tumbukan padu melayang dipipi anaqi, disepak, ditampar, dipukul sehingga tersungkur membuatkan aku menjerit kesakitan.
abang.. abang.. ya Allah.. apa kau buat ni haraz, Allahurabbi. apa semua ini ya Allah, dugaan apa yang kau beri pada suami aku ya Allah. bantulah hambamu ini.
"haraz.. jangan buat dia haraz.. aku merayu" aku menangis teresak esak apabila melihat tubuh anaqi yang hanya terbaring kesakitan seraya anak matanya tenung anak mataku penuh simpati.
"jangan rayu pada dia sayang...rayu pada Allah.. abang minta maaf kalau abang gagal jadi suami pada sayang " meleret sahaja suaranya membuatkan aku meneruskan tangisan.
haraz ketawa sinis.
"kau nak tahu sebab apa aku kahwin dengan kau?"
"sebab ni" dia memijak perut anaqi bersama senyuman sinis mematikannya, anaqi mengeluh kecil. aku dapat mendengarkannya.
"apa yang kau tak puas haraz.. let go of my husband" suara aku ditekan bersama air mata kemarahan, mengetap rahang kuat dan mengepal penumbukku.
"lepas! let me go!" aku menepis salah seorang jejaka itu yang cuba menahan aku daripada cuba dekat daripada suami aku sendiri.
"aku ni kawan husband kau lah, eii betina ni aku hempuk guna kuali rumah mak aku, taubat terus" aku laju menoleh kearahnya.
"we tried to take care of you just because of richard's instructions" lelaki yang mendukung nada pula bersuara.
aku cuba memproses otak, richard. siapa richard? aku mengharapkan yang disuruh itu suami aku, ternyata orang lain. terbitnya rasa kecewa. tapi aku tetap hiraukan dan ambil peduli fasal suami aku, anaqi.
"woi perempuan kau dengar sini, aku kahwin dengan kau dulu, sebab suami sampah kau ni!"
aku tersentak, apa yang dia maksudkan aku tidak dapat mentafsir. jantung mula berdegup kencang didada. apa kena mengena anaqi dan haraz sebelum ni?