inara || 13

3.1K 119 2
                                    

"Terima kasih sebab tolong saya semalam"

aku berterima kasih seraya berjalan bersama anaqi di taman yang pernah ia bawa aku dan nada. jam menunjukkan pukul lapan pagi, masih awal. anaqi yang membawa aku kesini.

aku menghirup udara segar dipagi hari, melihat tasik dan tanaman yang hijau. bibir mula mengukir senyuman, patutlah anaqi suka sangat taman ini, aku pun ikut suka bila kaki mula jejak disini.

aku dan anaqi melabuhkan punggung dikerusi kayu menghadap tasik itu, indah ciptaan tuhan..dan salah satu hambanya.. aku tersengih sendiri.

"awak, saya suka sangat tengok awak main violin, awak tak mahu ajar saya ke, I'm interested" kepalaku menoleh kearah anaqi yang sedang memeluk tubuh.

aku tidak pernah ambil peduli tentang alat alat muzik sebenarnya, lagi lagi violin. jarang jumpa orang malaysia main violin, tapi aku tak sangka aku betemu anaqi.

"actually.."

"actually apa?!" aku terlebih teruja.

anaqi ketawa melihat kearahku, ha mula lah perangai mamat ni, sikit sikit gelak. rasa nak bagi makan penampar macam mana aku bagi haraz semalam.

"kau comel nara, bila excited macam ni, aku suka." katanya tenang.

nara, terbit dimulut anaqi. buat pertama kali anaqi memanggil namaku sebegitu. hati aku mula merasakan bengkaknya kasih sayang dan hati berbunga bunga, rasa nak terjun dalam tasik ni.

"violin ni agak susah bagi beginner lagi-lagi adult beginner macam kau yang baru nak belajar dalam lingkungan umur macam ni. teknik dia bukan sesuatu yang kau boleh belajar dalam masa sehari aje. teknik pegang bow je dah mengambil masa dalam dua tiga minggu untuk get used to. apatah lagi skill skill basic yang lain.

cerita panjang lebar anaqi bersama suara garaunya yang tenang. aku hanya mengangguk tanda faham. rasa seronok apabila anaqi dengan lincah berbicara padaku tentang belajar violin.

"so means saya tak boleh belajar lah? umur saya 24 tahun baru" aku memberi tahunya alang alang waktu yang sesuai untuk aku dan anaqi tahu identiti masing masing.

kecil besar kecil besar anaqi melihat kearahku. kenapa? muda sangat ke aku dimata dia? atapun tua sangat? jangan cakap kalau anaqi baru lepas habis spm, aku tersengih.

"boleh.. tapi tak sesuai, you should have learned to play the violin since childhood, macam aku cakap.. makan masa berbulan ataupun bertahun"

"aku belajar dari umur aku 5 tahun dan sekarang aku 28 tahun, kau bayangkan makan masa untuk aku mahir"

anaqi melihat aku atas bawah, ada masalah ke? risau kalau tudung aku nampak sengert, kasut atas kepala, mata ada dekat dahi. ish!

"umur kau baru 25 tahun, aku rasa kalau kau belajar dari sekarang, kau akan mahir dalam umur 60 tahun". ayat tearkhirnya ketawa meletus.

aku garu kepala yang tidak gatal, lama betul makan masa, memang nampaknya alat violin ni paling susah untuk belajar setakat ini. tapi aku tetap teruja!

"kalau saya belajar sendiri boleh ke? hanya lihat youtube and more media social" soal aku padanya, aku memang nak tahu.

anaqi menggeleng perlahan sebelum ia senyum senget padaku, acah!

"nope, kalau belajar sendiri memang tak kesampaian, tiada yang akan tegur kesalahan kau. so.. spend your money for some classes until you get used to the essentials and lepas kau dah okay barulah kau decide nak berhenti kelas atau tak"

ok! sekarang aku faham. jadi.. aku tarik balik niat aku untuk belajar bermain violin. nak beli violin pun dah cukup mahal, kelas lagi, aduhai.

apabila topik tentang violin, aku baru tersedar esok hari lahir anak aku! inada alana. yang sudah jejak rasmi empat tahun. aku laju menepuk lengan anaqi menggunakan botol air yang aku bawa.

anaqi mengangkat kening lebat sebelahnya.

"esok. birthday nada! anak angkat kesayangan awak tu..." meleret saja suara aku tanda mengejek, ketawa meletus dibibirku.

"really?"

aku mengangguk. aku dapat melihat senyuman ikhlas dari bibir anaqi sehingga menampakkan lesung pipinya. kacaknya ya Allah, cuci mata aku pagi pagi ini.

"hm... apa kata saya hadiahkan nada guru violin, iaitu awak."

aku yakin, bila mendengar sahaja cerita daripada anaqi, kalau selain aku ingin belajar, lebih baik nada yang belajar alang alang umur sudah rasmi empat tahun.

"duit kelas saya boleh bayar.. tapi saya tak akan beritahu nada kalau guru tu awak, saya tahu. nada mesti suka, amacam boss?"

aku menongkat dagu aku dan mengangkat kedua belah keningku banyak kali pada anaqi, anaqi hanya mengangguk tanda setuju.

"free jalah."

siyes ah mamat ni... dia menawarkan macam itu aje? tak mahu duit aku nampaknya, takpun terlebih kaya. baguslah.. jimat sikit duit aku. yes bagus! teruskan ketua.

C l DIA INARAKUWhere stories live. Discover now