pelbagai kerja yang perlu aku buat untuk hari ini, terasa bebanku sangat menyelubungi diri. apabila kerling jam, jam menunjukkan waktu untuk aku makan tengah hari.
jadi aku memutuskan untuk berehat sebentar sebelum kembali membuat kerja. kaki mengorak langkah keluar daripada bilik.
setapak kaki langkah keluar ada seorang wanita yang sangat aku kenal.
"you!" jeritnya. aku tersentak. fiona. kenapa perlu dia ada disini. lenganku dipeluk erat olehnya. jantung aku berdegup kencang.
"are you crazy fiona!" tegas aku bersama wajah yang berang dan memerah. urat dileher aku mula timbul seraya tanganku direntap kuat sehingga pelukan telerai.
dia tidak berputus asa, malah. semakin aku menolaknya kasar semakin dia memeluk lenganku, aku hampir ingin menampar wajah wanita itu, tapi aku tak mampu. jahat macam mana pun dia, dia seorang wanita.
"kau ni tak tahu halal haram ke-" melihat wajah isteri aku dihadapan lift. terus aku menarik lenganku kasar sehingga fiona mengeluh kecil.
wajah isteri aku, sangat kecewa apabila aku melihat, bekal yang dibawanya jatuh kelantai sehingga tertumpah lauk pauk. melihat isteri aku yang berlari mejauh daripada aku apabila melihat adegan begini.
"sayang nanti!" aku mengejar figuranya dengan laju, menekan nekan butang lift dengan banyak kali kerana takut apabila si isteri mula membenci ku dan tidak redha terhadap karenah aku sebentar tadi.
kerana aku pernah membaca, rezeki suami terletaknya daripada redha isteri, bukan itu sahaja, termasuk ibu kita.
semasa didalam lift, bibirku bergetar. tidak berhenti mengucap. dahi mula berpeluh. jantung berdegup kencang, aku tak tahu kemana isteri aku lari. aku tahu dia sangat kecewa.
aku nak betulkan semua masalah ini, Ya Allah bantulah hambamu ini. sungguh aku takut kehilangan orang yang aku paling sayang.
TING!
tingkah bawah sekali mula sampai, aku berlari keluar.
"ada sesiapa nampak p.a aku?" jerkah aku sekuat hati, suara garauku bergema satu tingkat ini. semua mata melirik kearahku. apabila dengar saja aku menjerit suasana mula riuh rendah.
apabila aku mendengar ada salah seorang pekerja memberitahu bahawa isteri aku berlari keluar bersama air matanya. terus aku mengangguk.
berjalan dengan laju dengan riak wajah muka yang cemas, semua pekerja, pendatang hanya melihat kearah aku, aku hiraukan, yang aku tahu aku perlukan isteti aku. sekarang.
pintu kaca itu terbuka luas secara automatic. melihat kiri dan kanan mencari isteri aku. menjerit menyeru namanya, aku tak malu. langsung. tak malu.
"sayang!" aku mencarinya dimerata tempat diluar kawasan bangunan ini. kemudian, aku bertanya pengawal yang berdiri dipondok depan itu yang sedang sibuk menjaga kereta keluar masuk.
aku berpeluh, panas apabila berlari. semasa sedang sibuk mencari figura inara, telefon aku berbunyi dan menyala, terus aku mencapai didalam pocket seluar. terpampar nama panggilan itu, dayyan.
"isteri kau kenapa? dia dekat bangunan atas sekali sebelah ni, nak bunuh diri, aku dah cuba tenangkan dia tapi tak boleh"
tersentak aku dibuatnya, terus aku matikan panggilan dan berlari kearah kereta dan pergi kearah bangunan yang dimaksudkan oleh dayyan sebentar tadi.
beberapa minit aku sampai, aku menaiki syarikat bangunan yang dimaksudkan oleh dayyan, entah syarikat siapa yang isteri aku berani terjah masuk dan naik ketingkat atas sekali yang terdedah itu.
aku sempat meminta izin sesiapa yang didalam bangunan itu, dan kaki menjejak lift. badan aku bergetar apabila isteri aku dengan beraninya cuba membunuh diri.
apabila sudah sampai di tingkat atas sekali yang terdedah itu. terus aku melirik kearah dayyan yang berusaha menghalang isteri aku daripada cubaan membunuh diri.
aku berlari mendekati isteri aku yang sudah berdiri tegak diatas tembok itu. jantung aku berdegup kencang dan lututku lemah.
"sayang, turun sayang" ujarku lembut, air mata hampir gugur, tetapi aku cuba tahan sedaya upaya.
"tak! abang tipu nara. abang kata abang sayang nara, tipu. syaitan bertopeng manusia, nara nampak sendiri apa yang abang buat dengan fiona" katanya bersama suara yang pecah, terlihat air matanya jatuh hebat membasahi pipi.
aku tersentak, hati aku seperti ditusuk pisau banyak kali setiap kali mendengarkan tuduhan daripada mulut isteri aku sendiri.
"gamaknya kau"
aku tersentak sekali lagi, percakapan nya mula kasar, air mata jantan aku mula keluar, dayyan pula hanya senyap dibelakang aku. jauh dilubuk hati aku sangat kecewa.
"sayang.. abang minta maaf. tapi bukan ini caranya sayang, dengar dulu explain abang" ujarku bersama suara yang bergetar dan cemas.
dia menggeleng seraya tersenyum sinis. aku yang melihat wajahnya sangat terluka, aku takut, marah, kecewa.
"dulu, aku ditipu hidup hidup oleh bekas suami aku sendiri, katanya sayang aku. tetapi.. kau sendiri sama macam dia. penipu. kau tipu anaqi. kau tipu aku. aku benci kau. aku menyesal kenal kau!" jeritnya dengan kuat bersama wajahnya yang sembab.
aku terkesima dengan apa yang isteri aku katakan, aku dituduh mati matian oleh orang yang aku sayang. betapa hancur berkecai hati aku, cukup menusuk hati aku.
aku perlukan isteri aku sepanjang hidup, aku tak nak kehilangan dia, aku sayang dia lebih daripada hidup aku sendiri. aku tak nak isteri aku bunuh diri. aku gagal jadi suami yang terbaik untuk seorang naila inara.
Allah melarang hambanya daripada membunuh diri kerana diri mereka adalah miliknya, bukan milik mutlak diri mereka sendiri. membunuh diri bermakna mengkhianati amanah yang diberikan oleh Allah kepadanya.
melihat si isteri sudah memejamkan mata dan hampir rebah, dengan pantas aku menarik lengannya dengan laju dan tubuhnya jatuh didalam pelukan aku.
aku merasakan badan inara lemas dalam pelukanku apabila si isteri pengsan kerana keletihan dan kesakitan, berat badan miliknya menjadi beban yang tiba tiba dan tidak dijangka.
aku cepat-cepat mengalihkannya, mengangkat inara ke dalam pelukanku dan memegang kepala milik isteri dengan selamat di dada bidang aku.
"sayang.. sayang, bangun" aku menepuk nepuk pipinya dengan lembut. mataku memerah dek kerana menangis, takut apabila orang yang aku sayang pergi terlebih dahulu.
aku dapat merasakan rasa takut dan panik meningkat dalam diri aku apabila aku menyedari bahawa inara tidak bertindak balas. aku dengan lembut menepuk pipinya sekali lagi untuk cuba membangunkan daripada keadaan tidak sedarkan diri.
"sayang bangun, abang ni. don't leave me, maafkan abang. abang tak mampu hidup tanpa sayang" bergetar suaraku, air mata aku jatuh menyentuh bumi.
aku memeluk tubuh isteri yang lemah erat erat di dadaku, jantung aku berdegup kencang apabila cuba bermati matian untuk membawa seorang naila inara kembali sedar.
"sayang.. bangun, sayang kuat. you're scaring me. goddammit!"