inara || 18

2.6K 107 5
                                    

Semasa aku dan anaqi sibuk berbual, ada seorang wanita yang agak sedikit seksi dengan pakaiannya, berjalan kearah kami berdua dengan kasar, aku dan anaqi laju bangun.

aku mendengus kasar, siapa pulak perempuan ini, melihat wajah anaqi menayangkan wajah yang kosongnya, berubah sekelip mata.

"anaqi! kenapa reject call i, chat i you tak balas, pergi balik kerja tak update, apa masalah you ni eh" marahnya.

aku melirik dia atas bawah, pakaian apa ini? menonjol betul! siapa perempuan ini? kekasih anaqi? adakah aku hanya perempuan simpanan anaqi?

"lah.. muka aku ni macam laki kau ke?" dingin suaranya, selamba badak dia berkata kewanita itu.

aku hampir meletuskan ketawa, cuba cover dari ketawaku yang hampir mahu keluar. sah! wanita ini memang anggap anaqi sebagai kekasihnya, tetapi anaqi tidak.

aku hanya diam melihat wanita itu dan anaqi bertekak, aku tak mahu masuk campur. hanya kerling kearah anaqi bertekak dengan cara yang tenang, cool betul mamat ni!

wanita itu laju melihat kearahku bersama muka barannya, aku hanya senyum sebaris kearahnya, tak ikhlas sebenarnya.

"siapa perempuan ini! cantik apa sangat dia ini sampai you suka! i ni lebih cantik lagi seksi dari dia yang bertutup litup ni"

wah wah! aku terpaksa masuk campur kalau dah melibatkan diri aku, berani kau kan perempuan cabar aku!

"dia tahu mana halal dan mana yang haram, fiona. kau lupa tanpa rasulullah wanita hanya dianggap sebagai budak"

lidah aku kelu, macam tidak percaya disebalik redflag menyelubungi dirinya, dia masih faham agama dan tahu mana betul dan mana yang salah.

"aku tak pernah anggap kau apa apa pun, kau p.a aku saje, setakat baju kau yang tak cukup kain, tak buat aku lemah" dia ketawa jahat bersama suara garaunya seraya melihat kearahku buat beberapa detik.

oh, p.a assistant rupanya, aku geli hati. acah gila betina depan mata aku ini. dah ditolak cinta anaqi pun tetap dikejar.. kesian kau tak dapat apa yang kau nak sampai merendahkan aku.

"i tak faham apa yang orang hormat sangat dekat perempuan ni, sepatutnya yang hanya ditunduk hanyalah you! sebab you ceo dekat sini, tak ada kena mengena dengan perempuan ni!"

"Who is this woman really?!"

herdik perempuan itu, tapi betul jugalah apa yang dia katakan, tak perlu ditunduk pada aku, aku hamba Allah sahaja, manusia biasa. aku sendiri pun pelik kenapa mereka tunduk padaku semasa aku datang.

dia tanya aku siapa. aku hanya diam membisu, naik ngantuk bila tengok muka perempuan ini, anaqi sendiri naik muak.

"dia, inaraku" tersentak aku dibuatnya, aku senyum sinis pada wanita itu, menunjukkan bawaha anaqi sayangkan aku. aku mengeluarkan lidah pada wanita itu tanda mengejek. puas hati aku.

"banyak lagi lelaki yang nak dekat i sebab kecantikan i tau! tak pasal wanita hodoh ni pulak orang hormat! siapa sebenarnya perempuan ni! " tegasnya lagi. tangan aku ni dah gatal nak tarik rambut minah senget ni! biadap, melampau!

"menjadi wanita yang dihormati itu lebih baik daripada wanita yang banyak diminati" aku jawap tenang. senyuman manis yang aku ukir diberikan padanya tanda menyindir. aku bukan perempuan yang murah macam kau.

aku dan anaqi bertentang mata, kami berdua sama sama tersenyum sinis. puas hati aku sakitkan hati perempuan murahan macam dia ini.

wajah wanita itu mula baran bersama serabut, dengan cepat ia beredar pergi dan menghempas pintu bilik dengan kuat.

aku ketawa kecil, anaqi pula hanya tersenyum sinis.

"oh my darling i love you"

C l DIA INARAKUWhere stories live. Discover now