sudah hampir mencecah 3 bulan semasa perhawinan aku dan si suami, aku tenung lama langit biru yang indah, sangat tenang dan betapa bersyukurnya aku masih bernafas dimuka bumi.
"sayang.. sayang tahu tak?"
"tak.. apatu abang?"
aku menoleh kearag anaqi yang turut termenung tasik di taman itu, taman yang pernah anaqi memberi tahu bahawa taman ini kesukaannya disaat ia sedih, gembira dan lain lain.
"suatu saat abang dah tak ada nanti, sayang jangan lupa abang ya. jangan lupa beri tahu anak anak kita nanti yang abang sentiasa jadi ayah yang terbaik"
aku mula lembut hati, memegang lengan suami yang berurat itu dengan lembut, terasa mata seperti masuk habuk, ingin menangis tetapi cuba tahan.
"terumatanya nada, kesayangan puteri abang walaupun dia bukan di bintikan dengan nama abang" sambungnya lagi dengan suara yang lembut dan tenang.
setitik air mata mula jatuh, sakit. aku paling tersentuh hati kalau dilibatkan dengan nada, aku tahu.. nada hanyalah anak tiri padanya dan nada hanyala ayah tiri terhadapnya, masa tidak boleh diundur, betapa mahalnya kasih sayang seorang anaqi terhadap anak tirinya, dianggap seperti anak sendiri.
"abang..." aku menyeru namanya, dia menoleh perlahan, bahu aku dipusingkan supaya tubuh kami bertentangan.
"abang sayang isteri abang... isteri solehah abang, hilang sayang.. maka hilanglah segalanya dalam hidup abang"
aku menunduk kebawah, deraian manik jernih jatuh hebat di wajahku, tidak mampu untuk menahan daripada menangis, menangis secara diam tidak mengeluarkan suara dan esak esakan sangatlah mencabar.
daguku diangkat lembut oleh anaqi, anak mata anaqi renung tajam anak mata aku, mata helangnya mampu membuatkan aku cair.
air mataku dilap menggunakan ibu jari milik si suami dengan lembut dan penuh kasih sayang, merasakan bahawa aura seorang muhammad anaqi al athar sangat kuat dan hebat.
"why cry? abang ikut sedih kalau zaujati abang nangis" dia cuba comfort aku untuk cuba menenangkan aku.
"nara.. nara tak suka abang cakap macam tu, nara dan nada perlukan abang.. perlukan kasih sayang seorang suami dan ayah kepada nada, nara can't afford to lose you one day. nara is not strong abang.."
"hidup dan mati itu takdir Allah"
menangis teresak esak dibuatnya setiap patah perkataan yang terbit dibibir anaqi menusuk kalbu dan tidak pernah berbohong.
walaupun aku banyak kekurangan, dia tetap memilih ku untuk dijadikan sebagai seorang isteri.
seorang yang penyabar. ia mampu menghadapi dugaan dengan tenang serta mengawal tindakan aku lebih-lebih lagi dalam isu perkahwinan dimana dia memegang tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga.
anaqi seorang yang menitikberatkan baik kerana dia tidak akan membuat keputusan secara terburu-buru apabila menghadapi masalah. apabila sudah berkahwin, insya-Allah dia mampu memimpin serta menjadi teladan bagi keluarganya.
anaqi menarik tubuhku didalam pelukannya, merasakan kehangatan aku laju memeluknya erat, bajunya sedikit basah akibat terkena air mata aku.
"shh... abang kan ada, im here with you sayang" belakang aku digosok lembut untuk cuba menenagkan diri aku, dahi dikucup beberapa kali membuatkan hati aku sejuk.
rangkulan dilonggarkan, mata kami bertembung, kami merenung anak mata satu sama lain, lama. tiba tiba anaqi mengoyakkan senyuman.
"tengok ni.. kemeja abang basah ada hingus sayang"
aku mula ketawa kecil seraya mengelap air mataku, kering. geli hati apabila anaqi cuba membuat aku ketawa.
"i love you abang, syurga naila inara, dibawah tapak kaki suami" ujarku lembut, kedua lenganku dipegang dan ia mengusap kekura aku, aku tersenyum.
ia mula mencium lenganku dan membelai kepala aku, kami berdua mengoyakkan senyuman bersama.
"sayang.. kalau abang cakap ni sayang jangan marah abang tau"
aku mengangkat kening.
"mulai esok, isnin. abang kena berlabuh ke uk ada urusan, seminggu."
aku terkedu, membulat mataku dibuatnya, jantung mula berdegup kencang, macam tidak percaya. seminggu. lama.
"betul ke abang?" aku soal serius.
anaqi mengangguk.
"sayang jangan risau, abang kerja disana tak buat perkara yang mungkar okey"
"ni"
aku melihat jari telunjuknya yang meletakkan didada aku.
"hati sayang, sentiasa ada pada abang. abang bawa kemana mana, jaga mata jaga hati demi bidadari abang"
aku mengoyakkan senyum lebar, oh tuhan, lemah lutut dibuatnya.