"Kamu tahu apa salah kamu semua!" Hiruzen Sarutobi mendengus marah kepada empat shinobi yang menundukkan wajah penuh dengan kekalahan. Tidak berani membalas pandangan ketua mereka.
"Kerana kecuaian kamu dan ingkar arahan! Pasukan kamu kehilangan seorang lagi ahli dan saya kehilangan seorang lagi shinobi terbaik saya!" Sandaime Hokage menghembuskan asap dari rokok paipnya. Kesal dan kecewa dengan shinobinya.
"Saya sebagai ketua pasukan, memohon maaf atas tindakan kami dan kami bersedia untuk menerima segala hukuman dan akibat" Ketua pasukan itu benar-benar menyesal.
"Mula saat ini pasukan kamu dibubarkan!" Masing-masing mengangkat wajah tidak terima. Ahli pasukannya membantah dalam diam. Hanya ketuanya dengan perlahan menarik topeng porselin polos dari wajahnya. Menanggalkan topengnya dengan berat hati. Tiada kata lagi. Hokage telah membuat keputusan. Sebagai bawahan dia hanya menurut perintah.
Kemudian ahli pasukannya dengan berat hati menanggalkan topeng mereka mengikuti langkah ketua mereka.
"Kamu berempat kini akan menjalankan tugas dan misi seperti chunin dan jounin yang lain. Faham!"
"Faham Hokage-sama!" Serentak mereka berempat bersuara
"Bersurai!" Dengan itu keempatnya bersurai.
________________________
"Tsunade-sama!" Seorang tokubetsu jounin merempuh masuk ke pejabat hokage. Riak wajahnya yang cemas menggusarkan hati wanita Senju yang tegang.
"Ada apa Genma?" Dia menyoal tegas.
"Akademi ditawan, satu tirai penghalang mengelilingi akademi, tiada siapa boleh masuk dan semua guru akademi terbaring diluar dalam keadaan tidak sedarkan diri" Genma melaporkan. "Mereka sepertinya telah terhidu gas tidur" sambungnya lagi.
"Siapa yang bertahan di sana?" Senju Tsunade mendengus geram. Sial! Berani mereka menyerang dan kenapa tiada siapa menyedari pencerobohan. Apa yang pasukan keselamatan sedang lakukan.
"Sekumpulan ANBU, seorang daripada mereka mengarahkan saya untuk melaporkan kepada awak. Musuh menggunakan pelajar sebagai tebusan. Tapi setakat ini tiada apa-apa serangan dilakukan hanya tirai penghalang dan ke semua sensei akademi telah dibawa hospital. Tiada siapa tahu motif musuh." Genma memberi penerangan.
"Baiklah, dapatkan sebanyak shinobi yang tinggal. Selamatkan orang awam secepat mungkin. Mereka telah salah pilih musuh untuk bermain!" kemudian sannin itu menghilangkan diri dan muncul di hadapan akademi. Bangun itu hanya bersebelahan dengan menara Hokage. Sama ada mereka terlalu berani atau terlalu gila untuk menyerang akademi.
Seperti yang dikatakan oleh Genma, satu tirai penghalang berwarna jernih kebiruan berbentuk kubah mengelilingi akademi. Tsunade menganalisis tirai itu dengan meletakkan tangannya di permukaan. Kemudian satu kejutan elektrik menyambar tangannya membuatkan wanita itu melompat selangkah ke belakang.
"Hokage-sama, pasukan fuuinjutsu masih sedang berusaha untuk memecahkan penghalang ini" Seorang Kapten ANBU menemui wanita itu. Belum sempat Tsunade membuka kata. Satu suara ketawa yang sangat lantang muncul dari dalam kubah itu.
Tsunade dan para shinobinya yang berkumpul menoleh melihat seorang lelaki berjubah putih polos sedang terapung di udara. Dalam pegangannya terdapat seorang anak kecil yang pasti pelajar akademi sedang menangis dan meronta-ronta mahu dilepaskan.
KAMU SEDANG MEMBACA
ひみつ - Himitsu
FanfictionApa yang berlaku jika Chūnin yang dianggap lemah sebenarnya lebih daripada itu