Dua hari penuh ketiga chunin malang masih tidak sedarkan diri, Sakura dan Naruto telah menginap bersama untuk menjaga mereka. Manakala Sai dan Jounin lain mengambil kesempatan untuk mengelilingi negeri Samurai sambil mereka bergilir-gilir membantu Sakura dan Naruto untuk menggantikan tempat mereka sementara mereka berehat, tidur atau makan.
Ketika Naruto dan Sakura mengikut Shojuro yang bertegas ingin membawa mereka melawat sekitar tempatnya sambil berkenalan dengan orang-orang setempat, Genma menawar diri untuk menjaga chunin yang masih tidur memandangkan mereka yang lain gembira bergaul dengan Samurai untuk mengenali lebih lanjut budaya Samurai. Hanya bertemankan sebuah novel, Genma duduk tidak jauh dari mereka untuk membaca.
Dua jam berlalu, Genma ditarik dari tumpuan membacanya apabila dia merasakan pergerakan dari salah satu chunin yang tertidur, kelegaan membanjiri apabila dia melihat Izumo berkelip matanya dan tangan yang lemah diangkat untuk menghalang cahaya menembusi matanya.
Genma segera menghampirinya dan melutut disisinya. "Awak okey?" soalnya rendah tidak mahu suaranya mengganggu pendengaran Izumo.
Izumo merenungnya seketika, dia cuba mengerakkan badannya tetapi tubuhnya enggan bekerjasama. Malangnya dia perlu bangun untuk menggunakan tandas. Dia mengeluh lagi.
"Genma-san.." suaranya serak dia tahu apabila melihat wajah Genma berkerut seribu. "tolong.. saya perlu ke tandas tetapi saya tak mampu gerakkan hampir separuh tubuh saya" dia berharap suaranya tidak terlalu mengerikan memandangkan Genma seolah membeku sebentar.
"Oh, baiklah" lelaki bersenbon itu segera menarik selimut yang menutupi tubuh lelaki muda itu. sebelah tangannya dimasukkan di bawah badan Izumo dan satunya lagi di bawah lutut lelaki itu. Dengan menarik nafas singkat Genma mengangkatnya seolah tiada apa-apa.
Izumo mengetap rahangnya cuba untuk tidak menyumpah lelaki itu, memang dia perlukan bantuan untuk bangun tapi tidak seperti ini, dibawa bagaikan seorang puteri.
"Pegang saya Izumo, saya tak nak awak terjatuh" suara Genma berbisik, nafasnya melayang lembut ke wajah Izumo membuat lelaki muda itu menggigil. Wajah cemberutnya diganti dengan riak tertanya-tanya. Selama dia mengenali tokubetsu jounin itu, Genma sentiasa menunjukkan wajah tegang kerengsaan, wajah kemarahan kerana gurauan mereka atau marah geli kerana dia dan rakat subahatnya dimarahi oleh Tsunade. Tetapi bukan wajah ini. Wajah ini wajah risau, wajah terkilan dan sedikit ketakutan terzahir dari mata gelap Genma.
Dia tertanya-tanya mengapa?
Dengan tangannya yang membeku dia mengangkat untuk memegang leher Genma. Lelaki itu sedikit mendesis kemudian menunduk untuk memandang Izumo "Awak tak apa-apa? Tangan awak membeku" suara risau menekan jiwa chunin yang cedera, Izumo menelan liur lalu menggeleng dan menoleh ke sisi lain tidak mahu menatap wajah tokujo itu. "baiklah" Genma membalas kemudian bergerak menuju ke bilik air yang terletak jauh di sudut lorong rumah agam itu.
"Terima kasih" ucap Izumo tulus apabila Genma meletakkannya diatas mangkuk tandas. permukaan yang sedikit dingin itu menyentak sedikit tubuhnya. Genma merenungnya seolah-olah ingin berkata sesuatu tetapi daripada bercakap dia menarik kedua tangan Izumo yang membeku dan menguburkan diantara tapak tangannya dan menghembus beberapa kali. Izumo terkelu dengan layanan lembut yang tiba-tiba tetapi tidak berkata apa-apa.
"Panggil saya apabila awak selesai" pesan lelaki itu sebelum keluar meninggalkan Izumo sendiri dan menutup pintu dibelakangnya. Izumo terus merenung pintu yang tertutup itu. Masih tidak dapat memproses sikap lembut Genma terhadapnya sebentar tadi.
Tidak dapat menunggu lagi dia cuba selesai dan melegakan dirinya. Dia hampir sahaja jatuh apabila kakinya masih tidak dapat berfungsi dengan baik. Izumo merasakan dia mengambil masa setahun penuh untuk selesaikan urusannya dan menyesali menentang rakan-rakannya. Dengan bantuan dinding dia menolak diri untuk berjalan dan terpaksa menahan diri sebentar untuk benar-benar berdiri tanpa dia jatuh mencium lantai.
KAMU SEDANG MEMBACA
ひみつ - Himitsu
FanfictionApa yang berlaku jika Chūnin yang dianggap lemah sebenarnya lebih daripada itu