Tujuh bulan memegang jawatan sebagai jounin, Iruka, Izumo, dan Kotetsu seolah kembali kepada diri mereka yang dahulu, yang lebih berpengalaman dan terbiasa dengan luka, darah, dan keletihan yang datang bersama misi-misi berbahaya.
Kehidupan mereka kini dipenuhi dengan tanggungjawab baru sebagai jounin, dan setiap misi, sama ada solo atau berpasukan dengan shinobi lain, berjalan dengan baik dan agak lancar.
Selepas tiga bulan, akhirnya mereka bertiga dikumpulkan bersama. Kini masing-masing berdiri di hadapan hokage sambil menunggu arahan.
Tsunade masih sibuk dengan kertas kerjanya tanpa berkata apa-apa.
Tiba-tiba, pintu pejabat diketuk perlahan. Suara lembut Shizune, pembantu setia Tsunade, kedengaran dari luar. "Hokage-sama, maaf mengganggu. Tetamu sudah tiba"
Tsunade mengangkat kepalanya dari dokumen yang sedang dibacanya, dan mengangguk singkat. "Bawa mereka masuk," kata Tsunade, suaranya menunjukkan ketegasan namun tetap ramah.
Iruka, Kotetsu, dan Izumo terdiam sejenak, sangat terkejut melihat siapa tetamu yang diperkatakan.
Dua samurai yang anggun, dengan pakaian dan senjata khas yang menunjukkan status mereka sebagai pejuang dari negeri jauh, berdiri di hadapan mereka.
Sanada dan Shojuro, berjalan masuk dengan langkah yang penuh keyakinan. Mereka tunduk hormat kepada Tsunade, yang memandang mereka dengan tenang.
"Hokage-sama," tegur Sanada dengan nada penuh penghormatan.
Seketika Shojuro tersenyum dan segera menegur mereka bertiga dengan nada ramah dan penuh kerinduan, Shojuro berkata, "Lama tak jumpa, Iruka niisan, Kotetsu niisan, Izumo-niisan."
Mereka tersenyum "Shojuro, Sanada ini agak mengejutkan" Iruka membalas ramah
Kotetsu dan Izumo turut menunjukkan reaksi yang sama, masing-masing mengangguk dan mengucapkan salam kepada Shojuro. "Sanada, Shojuro, sudah lama kita tak jumpa. Apa yang membawa awak berdua ke sini?" tanya Kotetsu, dengan nada ramah tetapi penuh teka-teki.
Tsunade, yang mendengar percakapan tersebut, memandang dengan penuh perhatian. "Saya percaya ada sesuatu yang penting yang perlu dibincangkan. Iruka, Kotetsu, dan Izumo, sebab mengapa awak bertiga di minta hadir kerana permintaan tetamu kita untuk bercakap dengan awak." Tsunade bangun dari duduknya, lantas membawa mereka ke bilik mesyuarat yang terletak bersebelahan dengan pejabatnya.
"Mereka sebenarnya sudah tiga hari disini, tetapi dengan misi kamu, saya terpaksa meminta mereka untuk menunggu"
Setelah semua orang duduk mengelilingi meja mesyuarat yang besar dan kemas, Shizune berdiri di hujung meja, bersebelahan dengan Tsunade. Suara lembut tetapi tegasnya memecahkan keheningan.
"Hokage-sama telah terima utusan daripada Shogun tanah besi. Dalam surat tersebut beliau memberitahu akan kedatangan wakilnya ke sini dan dengan jelas mengatakan bahawa beliau dengan rendah diri memohon pertolongan daripada mantan pemburu Konoha iaitu Iruka Umino, Izumo Kamizuki, dan Kotetsu Hagane," kata Shizune, sambil memandang kepada setiap orang di dalam bilik.
"Dan isi maklumat itu akan diutarakan oleh utusan yang telah diutuskan. Sanada-san, Shojuro-san, sila teruskan dengan perkara yang ingin anda kemukakan." Shizune mengakhiri pembukaannya.
Sanada mengangguk singkat kepada Shizune dan memandang Tsunade untuk memberi izin bercakap, Kemudian dia memandang kearah tiga jounin yang menunggu.
Sanada kemudian bercakap dengan nada serius, "Enam bulan lalu, gerbang gapula mengalami gejolak cakra yang tidak dapat dijelaskan. Shogun Mifune, yang bimbang tentang kejadian ini menghantar tiga ronin untuk menyiasat. Malangnya, ketiga-tiga ronin tersebut hilang tanpa jejak dan sehingga kini tiada khabar dari mereka."
KAMU SEDANG MEMBACA
ひみつ - Himitsu
FanfictionApa yang berlaku jika Chūnin yang dianggap lemah sebenarnya lebih daripada itu