Chapter 21

48 5 7
                                    

Di dalam bilik rehat yang sunyi, Kakashi, Raidou, dan Genma duduk dalam kegelisahan. Walaupun mereka cuba kelihatan tenang, ada ketegangan yang jelas di udara.

Iruka, Izumo dan Kotetsu telah menerima misi S pertama mereka selepas bertahun tidak mengambil misi peringkat tinggi. Mereka juga dijadualkan untuk pulang dua hari lalu tetapi masih tiada khabar dari ketiga-tiga jounin baru itu.

Kakashi memandang keluar tingkap, hujan renyai-renyai membasahi jalan-jalan Konoha. Dia menggenggam erat tangan kanannya, mata sharingannya tertutup. Di sebalik topengnya, wajahnya memancarkan kebimbangan yang jarang dilihat.

Iruka adalah seseorang yang dia kenal sebagai seorang yang berdedikasi sebagai guru, bukan sebagai seorang pejuang di barisan hadapan. Namun, Sebagai seorang yang pernah memegang gelaran pemburu dia yakin dimana pun mereka, mereka pasti akan baik-baik sahaja.

Raidou, duduk di sebelah Kakashi, menatap pintu dengan wajah yang tegang. Tangan kanannya masih berbalut akibat kecederaan dari misi sebelumnya, tetapi fikirannya jelas tidak di situ.

Dia lebih risaukan keselamatan ketiga-tiga shinobi muda yang mereka tunggu. "Mereka sepatutnya sudah sampai," katanya dengan suara rendah, tetapi jelas cukup untuk menarik perhatian Kakashi.

"Sabar, Raidou. Mereka bukan pemula dalam hal ini. Mereka tahu apa yang mereka lakukan," kata Genma, cuba untuk menenangkan suasana.

Walaupun suaranya tenang, hatinya juga tidak tenteram. Dia mengunyah senbon yang berada di mulutnya, satu kebiasaan yang hanya berlaku apabila dia gelisah.

"Hari makin gelap," kata Raidou, menghentikan aliran fikiran Kakashi. Kakashi mengangguk perlahan, pandangannya masih terpaku pada hujan di luar. Ada sesuatu yang tidak kena, rasa itu semakin jelas. Dia tidak boleh terus menunggu dalam keadaan begini.

"Jika mereka tidak pulang dalam setengah jam lagi, kita bergerak," kata Kakashi tegas, akhirnya bangkit dari tempat duduknya. Raidou dan Genma saling berpandangan, kedua-duanya tahu Kakashi tidak akan duduk diam lebih lama lagi jika keadaan ini berterusan.

Tanpa berkata lebih, mereka bertiga bersiap-siap. Malam semakin larut, dan hujan semakin lebat. Kakashi, Raidou, dan Genma tidak akan membiarkan rakan-rakan mereka hilang begitu sahaja.

Sama ada misi itu berjaya atau tidak, mereka akan membawa mereka pulang, hidup atau mati.

Sementara Kakashi, Raidou, dan Genma menunggu dengan penuh kegelisahan di bilik rehat, di tempat lain, suasana jauh berbeza.

Di Ichiraku Ramen, Iruka, Izumo, dan Kotetsu duduk santai di kaunter, menikmati mangkuk ramen panas yang penuh dengan aroma yang menggoda.

"Ahh, akhirnya," keluh Izumo dengan lega, menghirup kuah ramen yang pekat. "Ini yang saya tunggu-tunggu sejak kita pulang tadi." Dia menatap Kotetsu di sebelahnya, yang sudah menghabiskan hampir separuh dari ramen miliknya.

"Betul tu. Tak ada yang boleh menandingi ramen Ichiraku selepas misi berat," balas Kotetsu sambil tersenyum. Dia memegang sumpit dengan mahir, menambahkan lebih banyak ramen ke dalam mulutnya.

Tiada tanda-tanda keletihan atau kegelisahan di wajah mereka, seolah-olah misi jounin pertama mereka hanyalah sekadar rutin harian.

Iruka, yang duduk di antara mereka, hanya tersenyum kecil. Dia sudah tahu Kakashi, Raidou, dan Genma mungkin sedang menunggu mereka di tempat lain, tetapi dia tidak risau.

Misi berjalan lancar tanpa sebarang halangan besar. Mereka berjaya menyelesaikan tugas tanpa cedera, dan dia yakin rakan-rakannya akan memahami bahawa mereka hanya ingin berehat seketika sebelum melaporkan hasil misi.

ひみつ - HimitsuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang