Chapter 6

90 9 2
                                    

Disana, tiga chūnin yang masih dalam jagaan mereka tergantung di tiga pohon yang berbeza. Mereka digantung mengunakan dawai cakra yang dililit di tubuh mereka. Tangan diikat ke belakang, kaki juga terikat. Membuatkan tubuh mereka sedikit condong kehadapan

Wajah masing-masing cemberut, marah, geram bercampur baur. Genma benar-benar tidak mampu menahan ketawa lagi. Lalu diikuti Raidō dan sedikit dengusan geli daripada Kakashi.

"Apa yang mereka lakukan?" Genma bertanya sebaik ketawanya reda.

"Memecah masuk ke penjara untuk bertemu dengan Mizuki" bahu jōnin tegang.

Kemudian satu kunai datang daripada Kakashi memutuskan tali yang mengikat chūnin membuatkan mereka bertiga jatuh ke tanah seperti buah kelapa.

"Apa masalah awak!" Iruka menjerit kepada Kakashi, sambil terdesak untuk membuka ikatannya. Meronta dan berguling diatas tanah untuk duduk, begitu juga Kotetsu dan Izumo.

Masing-masing memberi pandangan bermusuhan kepada jōnin bermata sharingan itu. Menggosok pergelangan tangan yang kemerahan akibat ikatan yang hampir memutuskan tangan mereka.

"Adakah awak cuba membunuh kami!" Izumo pula mendengus dan menjeling kepada Kakashi. Tapi nampaknya jōnin itu tidak mengendahkan renungan chūnin.

"Bukankah sudah kami katakan untuk tidak berjumpa dengan lelaki itu" Genma berkata sedingin salju membuat tiga chūnin itu tunduk membisu.

"Ibiki sensei, saya lebih memilih dipenjara bersama Mizuki daripada kembali ke hospital" Iruka sedikit membisik langsung tidak mengangkat wajah hanya menjeling sedikit kearah Ibiki.

"Maa, bersenanglah, Tsunade-sama sudah membebaskan awak" Dengus Kakashi membuatkan ketiga chūnin itu pantas mengangkat kepala lalu bangun sambil memberikan riak senyuman yang cerah. Langsung membuka langkah untuk pergi.

"Ke mana awak rasa awak akan pergi" Raidō berkelip di hadapan mereka.

"Pulanglah, dan saya tak mahu selamanya terperangkap dalam pakaian ini" kata Kotetsu. Jōnin tidak berkata apa-apa lagi. Hanya menjeling ketiga chūnin itu melangkah pergi. Setidaknya mereka tidak lagi menjadi pengasuh.

Apabila mereka hilang dari pandangan. Ibiki seolah tersedar sesuatu. Kemudian memalingkan wajahnya kepada jōnin yang lain.

"Adakah mereka tahu dimana mereka tinggal?"

Masing-masing mengangkat bahu. Bagi mereka seksaan sudah berakhir.

Iruka cuba memulas tombol pintu tetapi malangnya pintu itu berkunci. Kemudian dia teringatkan sesuatu, kemungkinan kunci pintunya masih berada dalam bajunya di bawah jagaan hospital. Dia terlalu malas untuk kembali ke sana. Lantas mengambil keputusan untuk menceroboh melalui tingkap

Tingkap tidak berkunci, dia tersenyum dan bersyukur untuk itu. Kemudian menyelinap masuk. Sebaik sahaja kaki mendarat tubuhnya kaku membeku. Aneh dengan susun atur pangsapuri itu.

Iruka menggelengkan kepalanya beberapa kali. Bagaimana pangsapuri yang selalu kosong hanya ada beberapa perabot asas kini dipenuhi dengan pernak pernik yang dia sendiri tidak tahu milik siapa dan apa kegunaannya.

Kemudian kepadanya berdengung. Dunianya berputar. Kakinya lemas dan dia rebah ke lantai, tangan memegang kepalanya yang terasa seperti mahu meledak.

Gambaran demi gambaran menjelma di fikiran. Antaranya adalah dirinya dalam persalinan chūnin lengkap berdiri dengan kepalanya berbalut dan satu tas pakaian disilangkan di hadapannya. Dia berjalan terhincut-hincut menuju ke arah  Anko yang menunggu di luar.

Iruka mengerang cuba menahan jeritannya. Kepalanya seolah-olah mahu pecah. Kemudian kenangan lain menjelma pula. Dia meringkuk dan menangis teresak-esak sambil memegang kepalanya.

ひみつ - HimitsuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang