Ketika mereka melangkah masuk ke bilik, Iruka sedang menyelongkar almari pakaian dan dia segera meninggalkan yukatanya hanya meninggalkan seluar peluhnya tanpa mempedulikan mereka yang lain, Sakura pantas menolehkan wajahnya.
Kemudian dengan pantas dia menyarung pakaian yang sama dikenakan Izumo dan Kotetsu pada hari sebelumnya. Dia langsung tidak mengendahkan soalan demi soalan daripada mereka, hanya meneruskan apa yang dia lakukan dengan bisu. Ketika pedang di selit di pinggang, pintu dibuka.
Izumo dan Kotetsu berdiri disana sambil merenung seperti tiada apa-apa yang berlaku, saat mereka melihat Iruka yang lengkap berpakaian hitam mereka segera mendekat.
"Ru! baguslah awak dah sedar, Kami risaukan awak. Mahaguru mahu berjumpa dengan awak setelah awak disembuhkan sepenuhnya" Kotetsu berkata yang lain hanya berkelip. Izumo melihat sekeliling kemudian dia mendekati Naruto.
"Naruto-kun! saya gembira awak datang" Dia serta merta mengusap kepala cerah Naruto. Iruka berkerut melihat kedekatan mereka.
"Awak ingat dia?" Sakura orang pertama yang menyedarinya. Izumo dan Kotetsu saling berpandangan lalu tersenyum kecil. Kemudian Kotetsu menepuk tangan menarik perhatian shinobi ke arahnya.
"Mari kita betulkan kepala awak, Iruka" Kotetsu tersenyum lebar, senyuman yang sudah lama mereka tidak lihat chunin itu berikan. Dia membuka setapak ke arah Iruka. Ibu jari digigitnya untuk mengambil secebis darah.
Sesaat kemudian segel tangan dilakukan dan mereka merasakan cakra lelaki itu berkumpul.
"Kuchiyose no Jutsu, Dainukeitai!" Lelaki itu segera menepuk lantai satu lingkaran hitam muncul di atas lantai bersama kepulan asap dan sesaat kemudian corak itu hilang dan muncul seorang wanita.
"Dainukeitai?" mereka dengar Genma bergumam, Izumo menoleh sambil mengangkat bahu dan berkata "wujud kedua" jawapan Izumo ringkas.
"Serena! kita bertemu lagi" Kotetsu menegur wanita itu jelas mengabaikan wajah-wajah yang tertanya-tanya dengan penuh rasa ingin tahu. Wanita itu hanya tersenyum melihat Kotetsu kemudian berpaling kepada Iruka yang masih memproses apa yang berlaku.
"Iruka-kun yang malang, awak telah membuat Senshi hampir membakar dunia kerana marah, kemarilah saya akan betulkan kepala awak" Wanita yang dipanggil Serena oleh Kotetsu itu mengangkat tangannya dan diletakkan diatas kepala Iruka, Iruka cuba menolak dan berundur tetapi tangan Izumo menahannya.
Satu cahaya putih memancar dari tangan Serena yang ditekan di atas kepala Iruka. Apabila dia menarik tangan semula, dunia Iruka terasa goyah, kepalanya semakin berdengung dan mencucuk sakit
Izumo terpaksa melepaskannya apabila dia tidak menahan kakinya untuk terus berdiri. Perkara seterusnya yang mereka lihat adalah suara jeritan Iruka hampir memekakkan telinga, Naruto orang pertama yang cuba menerkam Serena sambil melemparkan beberapa kata cacian kepada wanita itu tentang melukai senseinya
Manakala Sakura telah menganyam cakra di tangan yang menggenggam penumbuk bersedia untuk menyerang tetapi ditahan Kotetsu dan Kakashi.
"Apa yang awak buat kepadanya?" Naruto menjerit hampir menangis, bergelut untuk melepaskan diri untuk menenangkan Iruka yang menjerit sambil mencengkam kepalanya, rambut guru yang tadinya kemas kini kusut sepenuhnya.
"Sabarlah wahai perumah binatang berekor sembilan, Saya tidak sengaja mahu menyakitinya. Itu adalah proses penyembuhannya" Balas Serena tenang, dan masing-masing terdiam apabila wanita itu tahu siapa Naruto.
Beberapa minit yang mereka rasakan berjam-jam, Iruka akhirnya berhenti menjerit, nafasnya turun naik dengan laju, matanya terpejam rapat, dia benar-benar telah hilang kepada dunia. Kotetsu segera mengangkat guru yang tidak sedarkan diri untuk berbaring di atas futon.
Dua jam kemudian, mata Iruka berkerut-kerut dengan perlahan-lahan mata coklat gelap itu terbuka, tangannya terbang mendarat diatas kepala yang terasa masih berdenyut-denyut.
Perkara kedua yang dia perasan adalah dia sendirian di dalam bilik itu, dengan perlahan-lahan dia menolak diri untuk bangun, kepalanya terasa bising dan sesak.
Bunyi tolakkan pintu menarik perhatiannya, Iruka mengangkat wajah untuk melihat Kakashi berdiri diambang pintu, matanya terbeliak merenung Iruka.
"Kakashi-san, awak okey?" suaranya lembut bertanya
"Itu sepatutnya ayat saya, sensei" Kakashi membalas, melalui matanya Iruka tahu lelaki itu tersenyum kepadanya, dengan tangan masih memicit kepalanya dia membalas senyuman itu tanpa paksaan.
Kakashi menghampirinya lalu berlutut di tepi futon Iruka, dengan teragak-agak menarik tangan guru itu turun dan dengan berhati-hati dia menarik cakra penyembuh untuk melegakan sakit kepala Iruka
"Terima Kakashi-san" Ucapnya tulus sambil memicik lembut lengan Kakashi.
"Tak mengapa, hanya itu yang mampu saya lakukan, saya tidak seperti Sakura, saya hanya pernah belajar jutsu asas perubatan" Balas Kakashi kedua tangannya jatuh diatas pangkuannya, menahan tangannya yang gatal untuk merapikan rambut panjang Iruka.
"Mana yang lain?" dia bertanya sambil meraup wajah, segala kenakalannya yang dilakukan beberapa bulan ini menyerang tanpa belas kasihan. Mereka berhutang maaf kepada jounin, batinya membebel.
"Mereka sedang bergaul mesra dengan beberapa samurai dan Naruto pergi bersama Shojuro ke dojo" Jawab Kakashi. Sebaik sahaja Iruka mendengar nama Naruto, matanya membulat ketakutan. Akalnya terus menayang perkara yang dia katakan kepada anak itu beberapa jam yang lalu.
"Hei, kenapa?" Kakashi bertanya lembut tatkala dia menangkap bibir guru itu berkerut dan air mata diambang pecah.
"Saya perlu berjumpa Naruto, saya katakan perkara yang kejam kepadanya" Guru itu mula menangis. Jounin terpaksa menangkapnya sebelum dia mencederakan dirinya lagi dalam proses berdiri.
Dengan bantuan Kakashi, mereka sampai ke dojo milik keluarga Toshiro. Sebaik sahaja kaki memijak lantai dojo, perkara pertama yang Iruka lakukan adalah berlari ke arah Naruto yang duduk berbual dengan Shojuro.
Naruto hampir melompat apabila tangannya penuh dengan chunin tan yang memeluknya. "Maafkan saya, Naruto. Saya mengatakan perkara yang mengerikan itu kepada awak. Maafkan saya. Saya tahu saya kejam, tetapi saya betul-betul minta maaf. Jangan benci saya." Wajahnya dibenamkan di bahu bekas pelajarnya.
Naruto yang masih terkedu tidak tahu untuk memberi reaksi seperti apa, apa yang boleh dia lakukan hanyalah ketawa dan mengusap lehernya. Iruka serta-merta menarik diri, merindui kehangatan daripada Naruto.
"Berhenti ketawa! saya serius! Saya tahu saya kejam" Dia marah walaupun air mata membanjir wajahnya. Naruto nampaknya tidak bertaubat dan terus ketawa lebih kuat. "Jangan ketawa!" Iruka membentak.
"Selamat kembali sensei" Suara Naruto kedengaran sangat tenang tidak seperti Naruto yang mereka kenal. Iruka menutup mulutnya cuba menahan tangisan, bibirnya berkerut dalam balasan "Saya pulang"
"Berhenti minta maaf" Naruto berkata laju apabila Iruka cuba meminta maaf lagi "Awak tak buat salah, saya faham jadi awak tak perlu minta maaf, sensei." Dia memberi senyuman secerah mungkin. "Ano sa, sensei, saya akan sparring dengan Shojuro, mahukah awak menonton kami?" Naruto bertanya sambil memberi isyarat kepada Shojuro.
Iruka pantas mengangguk dan bergerak ke tepi gelanggang bersama Kakashi. "Ayuh! lakukan awak berdua! semangatlah jangan mengalah Naruto! Shojuro!" Iruka bersorak lantang sambil bersandar pada Kakashi, dia terasa sangat penat selepas menangis.
"Maa, sensei awak hanya boleh memilih seorang bukan keduanya." Kakashi ketawa, gembira mereka telah mendapatkan semula chunin mereka. Iruka menoleh cemberut.
"Saya tidak boleh memilih diantara mereka! kedua mereka adalah penting untuk saya Kakashi-san" balas Iruka, walaupun kelihatan keletihan dia masih kuat untuk bersorak.
"Saya harap saya juga termasuk" Kakashi bergumam sendiri dan langsung tidak didengari oleh Iruka yang sibuk menumpu perhatiannya kepada Naruto dan Shojuro yang bertanding
BERSAMBUNG.....
KAMU SEDANG MEMBACA
ひみつ - Himitsu
ФанфикApa yang berlaku jika Chūnin yang dianggap lemah sebenarnya lebih daripada itu