Beberapa hari selepas mesyuarat Majlis Konoha, persediaan untuk misi semakin giat dijalankan. Iruka, Kotetsu, dan Izumo, walaupun kelihatan ceria, tidak dapat menafikan ketegangan yang mengiringi tanggungjawab mereka kali ini. Kakashi, Raidou, dan Genma turut dipanggil untuk persiapan rasmi.
Di padang latihan, Kakashi melihat ketiga-tiga juniornya sedang menjalani latihan senaman ketahanan dengan penuh dedikasi. Iruka, dengan peluh membasahi dahi, melontarkan senyuman sinis kepada Kakashi yang memerhatikannya dari jauh. Kotetsu dan Izumo pula, sedang menguji strategi serangan bersama, berlatih untuk menghadapi kemungkinan cabaran yang bakal tiba nanti.
"Sudah bersedia, Sensei?" tanya Izumo dengan nada jenaka, meskipun matanya serius.
Kakashi menghela nafas panjang. "Bersedia untuk hadapi apa sahaja, terutama sekali jika melibatkan kamu bertiga," jawabnya dengan nada setengah serius, setengah mengusik.
Sementara itu, di pejabat Hokage, Tsunade mengadakan pertemuan tertutup bersama penasihat kanan. Peta strategik dilihat penuh dengan tanda-tanda lokasi pertemuan rahsia serta laluan selamat yang disediakan untuk perjalanan ke wilayah Langkasura.
"Tsunade-sama," kata Shizune, memulakan perbincangan, "Kita mendapat surat balasan daripada Tetsu no kuni. Langkasura telah memberikan balasan kepada permintaan kita. Ini berita yang penting."
Mata Tsunade tajam memandang duta itu. "Apakah jawapan mereka?"
Shizune mengeluarkan surat bertulisan tangan, disahkan dengan meterai emas Langkasura, lalu menyerahkannya kepada Tsunade. Surat itu dibuka dan dibaca dengan hati-hati.
"Kepada Samurai Tetsu no Kuni dan Shinobi Konoha,
Kerajaan Langkasura menyambut baik usaha gabungan ini. Kami memahami kepentingan misi ini dan keperluan untuk menyelamatkan tiga ronin serta Yuranosuke. Namun, kami ingin mengingatkan bahawa situasi di sempadan semakin genting dengan kehadiran kuasa luar yang tidak dikenali. Oleh itu, langkah berjaga-jaga yang lebih ketat diperlukan.
Langkasura akan menyediakan pengawal tambahan di sepanjang laluan sempadan dan memohon agar misi ini dilakukan dalam kerahsiaan penuh. Kami berharap sinergi antara samurai dan shinobi dapat memastikan keselamatan misi ini. Sila datang dengan perwakilan yang mencerminkan keyakinan dan kemampuan Konoha serta Tetsu no Kuni."
Salam Hormat, Menteri Pertahanan Langkasura"
Tsunade menutup surat itu dengan wajah serius tetapi lega. "Ini bermaksud kita ada sokongan, tetapi misi ini mesti dirahsiakan dan dipantau dengan teliti."
Kakashi yang baru tiba untuk memberikan laporan misinya melihat Tsunade termenung sejenak. "Tsunade-sama, balasan daripada Langkasura?" tanyanya.
"Ya, dan ia bukan misi biasa, Kakashi," jawab Tsunade. "Kita perlu memastikan semuanya dalam keadaan terkawal. Kamu dan yang lain perlu bersedia untuk bergerak bila-bila masa."
Kakashi hanya mengangguk, ingatannya meleret ke arah Iruka dan rakan-rakan yang sedang bersiap. Perasaan bertanggungjawab dan keazaman kini bertambah di hatinya. Ini bukan sekadar misi penyelamatan, tetapi pertembungan kepercayaan antara samurai, shinobi, dan satu ancaman yang tidak mereka ketahui sepenuhnya.
-----------------
Pagi di Konoha diselimuti kabus nipis, dan suasana terasa lebih tegang daripada biasa. Iruka, Kotetsu, dan Izumo bersiap di ruangan yang mereka kongsi, mengenakan pakaian penuh pemburu yang jarang sekali dilihat sejak mereka meninggalkan kerjaya mereka sebagai ninja pemburu.
Persalinan hitam mereka menyerupai hanfu, diperbuat daripada kain yang tahan lasak dan senyap saat mereka bergerak. Terdapat lapisan tambahan berupa jubah ringan yang dipotong asimetris untuk memudahkan pergerakan, dan kolar tinggi yang menutupi sebahagian leher.
KAMU SEDANG MEMBACA
ひみつ - Himitsu
FanfictionApa yang berlaku jika Chūnin yang dianggap lemah sebenarnya lebih daripada itu