Pagi yang cerah diiringi dengan angin sepoi-sepoi menyapa para peserta ujian Jounin yang berkumpul di depan Hutan Kematian. Iruka, Izumo, Kotetsu, dan dua belas peserta lainnya berdiri tegak, menunggu dengan penuh debar. Mereka tahu bahawa ujian ini akan menjadi salah satu tantangan terbesar dalam karier ninja mereka.
Di depan mereka, berdiri Nara Shikaku, Morino Ibiki dan Yamanaka Inoichi, yang akan memberikan taklimat ringkas sebelum ujian dimulai. Ibiki, dengan pandangan serius dan postur yang tegak, memulai pembicaraannya.
"Selamat pagi semuanya. Awak telah bekerja keras untuk sampai ke titik ini. Ujian Jounin ini bukan hanya tentang kekuatan fizik, tetapi juga tentang kemampuan berpikir dengan cepat, berstrategi, dan bekerja sama dalam situasi yang penuh tekanan," kata Ibiki dengan suara yang tegas namun penuh semangat.
Shikaku, dengan senyum sinis yang khas, menambahkan, "Hutan Kematian ini tidak asing bagi sebahagian dari kamu. Kamu akan menghadapi pelbagai rintangan di dalamnya. Ada banyak perangkap dan makhluk berbahaya yang berkeliaran, jadi tetap waspada setiap saat."
Iruka mengangguk, merasa adrenalin mula mengalir dalam darahnya. Dia melirik ke arah Izumo dan Kotetsu, yang terlihat sama-sama siap menghadapi cabaran.
Inoichi melanjutkan, "Tujuan kamu adalah untuk mencapai titik tertentu di dalam hutan ini dalam waktu yang ditentukan, sambil mengumpulkan gulungan yang tersebar di berbagai lokasi. Kecerdasan kamu akan sangat diuji di sini."
Shikaku kemudian menyerahkan peta kecil kepada setiap peserta, "Ini adalah peta yang menunjukkan lokasi umum, tetapi tidak akan membantu banyak dalam mencari gulungan. Kamu harus menggunakan naluri dan kemahiran kamu untuk menemukannya."
"Terdapat sepuluh gulungan yang tersebar dalam hutan ini, kurang daripada jumlah kamu tapi ingat musuh kamu bukan sahaja haiwan liar mahupun perangkap rawak. Hanya yang muncul di menara kawalan sebelum tiga hari dengan sebuah gulungan yang akan berjaya" Sambung Ibiki pula.
Dengan itu, dia mengakhiri taklimat dengan, "Ujian dimulai sekarang. Semoga berhasil, dan ingat, hanya yang terbaik yang akan berhasil."
Para peserta ujian Jounin bergerak cepat memasuki Hutan Kematian dengan hati-hati dan penuh waspada. Iruka, Izumo, dan Kotetsu bergerak bersama dalam kelompok kecil, menyedari bahawa mereka akan menghadapi lebih dari sekadar perangkap dan makhluk berbahaya. Mereka tahu bahawa ANBU, pasukan elit Konoha yang terkenal dengan keahlian mereka dalam pertempuran dan strategi, akan mengejar dan menyerang mereka selama ujian berlangsung.
Iruka dan dua kawan baiknya melalui jalur yang padat dengan dedaunan lebat. "Kita harus tetap waspada," bisiknya kepada yang lain. "ANBU tidak akan berlembut. Mereka akan menggunakan semua kemampuan mereka untuk menguji kita."
Izumo mengangguk, matanya merenung sekeliling untuk mencari tanda-tanda bahaya. "Kita harus terus bergerak dan tetap bersama. Jangan sampai berpisah." katanya, walaupun tiada arahan bahawa ujian ini harus dilakukan secara solo atau berkumpulan.
"Tetapi kita harus ingat yang akan menyerang bukan hanya ANBU, para peserta juga akan berlawan sesama sendiri" Iruka mencelah.
Kotetsu, dengan ekspresi serius, menambahkan, "Kita harus memanfaatkan semua yang kita pelajari."
Tiba-tiba, sebuah shuriken melesat dari balik semak-semak, nyaris mengenai Izumo yang berhasil menghindar tepat waktu. "Mereka datang!" seru Izumo.
Dari bayangan hutan, beberapa anggota ANBU muncul, bergerak dengan kecepatan dan kelincahan yang luar biasa. Iruka, Izumo, dan Kotetsu segera bersiap untuk bertempur. Iruka mengeluarkan kunai dan bersiap-siaga, matanya terfokus pada pergerakan musuh.
KAMU SEDANG MEMBACA
ひみつ - Himitsu
FanfictionApa yang berlaku jika Chūnin yang dianggap lemah sebenarnya lebih daripada itu