Izumo duduk bersila di tengah padang latihan, keringat mengalir deras dari dahinya yang tegang. Di hadapannya, Genma, mentor barunya, menatapnya dengan serius, mata tajamnya menerobos ke dalam jiwa Izumo. Mereka telah berlatih sejak matahari terbit, namun Izumo merasa kepenatan melebihi batasnya.
"Sekali lagi, Izumo!" desis Genma, suaranya menembus senja merah. Dia perasan Izumo sekarang bukan lagi Izumo yang dia hadapi beberapa minggu lalu. Setelah dia mendapat kembali ingatannya, lelaki itu kembali lagi seperti chunin yang manis dan tidak bersalah. Dia sangat teragak-agak untuk menyerang membuatkan jounin kesal.
Dengan nafas tersengal-sengal, Izumo bangkit, tangannya menggenggam kuat pedangnya. Tubuhnya terasa berat, kakinya terasa lemah, namun tekadnya tetap teguh. Dia mengayunkan pedangnya dalam gerakan yang sempurna, namun kekuatannya sudah mulai memudar.
Genma, yang tak pernah merasa puas, menyerang kembali dengan ganas. Pukulan dan serangan bertubi-tubi membuat Izumo hampir tak mampu mengikuti. Setiap gerakan yang ia cuba balas selalu terlambat atau terlalu lemah. kekecewaan mulai bermaharajalela di dalam dirinya.
"Kenapa awak tak fokus, Izumo?" desak Genma, matanya menyala dengan ketajaman.
Namun, itu bukan pertanyaan yang mudah dijawab. Izumo telah berlatih keras, dia telah memberikan segalanya, namun kekuatannya semakin melemah. Wajahnya memerah, terbakar oleh kelelahan dan kemarahan. Dia merasa seperti dihadapkan pada dinding yang tak terkalahkan.
"Genma-sensei," ucap Izumo dengan nafas tersengal-sengal, dia mula memanggil lelaki itu sensei sengaja untuk mengejeknya "saya rasa saya sudah capai batas."
Genma mengeluh ini bukan Izumo si pemburu ini hanyalah Izumo, chunin yang diasuh.
__________________
Genma meneguk minumannya dengan perasaan campur aduk, duduk di sudut yang redup di sebuah bar yang tenang. Di seberangnya, Kakashi dan Raidou duduk, wajah mereka juga mencerminkan fikiran yang rumit.
"Jadi, awak juga mengalami masalah yang sama?" tanya Kakashi, matanya fokus pada Genma.
Genma mengangguk, "Izumo kembali menjadi chunin manis dan tidak bersalah daripada menjadi pemburu berdarah panas seperti yang diharapkan, justeru semakin lemah dan tidak bersemangat. Seperti dia kehilangan semangatnya juangnya."
Raidou mengangguk, menyambung, "Sama seperti yang terjadi dengan Kotetsu. Semasa kita berlawan dengan mereka ditanah besi lebih mencabar daripada sekarang, seperti dia kehilangan inti dari pemburu."
Kakashi menarik nafas dalam-dalam "Mungkin kerana bertahun-tahun hidup sebagai chunin dan terpaksa menyembunyikan kemahiran mereka dan kini mereka selesa dengan cara hidup chunin berbeza ketika mereka hilang ingatan, ketika itu identiti pemburu masih menguasai mereka"
Genma mengangguk setuju.
"Nampaknya kita perlu bekerja lebih keras untuk menarik semula pesona pemburu dalam diri mereka" Raidou berkata sambil menuang minuman ke dalam gelas yang sudah kosong.
"Tetapi jangan sampai mereka kehilangan diri mereka yang sekarang. Saya tak mahu berurusan dengan mereka sebagai pemburu sepenuhnya, itu sangat menyakitkan untuk berurusan." Kakashi dan Raidou tidak boleh tidak bersetuju dengan Genma tentang perkara itu.
__________________
Di dalam ruang tamu yang hangat, Iruka, Izumo, dan Kotetsu duduk bersama di sebuah rumah kongsi mereka. Udara terisi dengan aura tegang, ketika mereka merenungkan percakapan yang baru saja mereka bualkan tentang Kakashi, Genma, dan Raidou.
Izumo menggelengkan kepala dengan rasa kecewa yang terlihat jelas di wajahnya, "Genma sangat kecewa dengan saya"
Kotetsu menepuk bahunya dengan penuh simpati "Nasib kita sama Zumo" keluh Kotetsu.
KAMU SEDANG MEMBACA
ひみつ - Himitsu
Fiksi PenggemarApa yang berlaku jika Chūnin yang dianggap lemah sebenarnya lebih daripada itu