"Hei, Iruka! Awak fikir dengan menggunakan nama besar Kakashi-san boleh mengangkat awak?" teriak salah satu peserta, suaranya penuh ejekan. "Awak hanya seorang Chunin yang lemah, bersembunyi di balik bayang-bayang Kakashi-san. Persetan dengan pemburu khayalan awak!"
"Izumo, awak fikir kerana awak dekat dengan Genma-san, awak boleh memanfaatkan reputasinya? Awak sama sekali tidak sepadan dengan nama besar yang kononnya awak sandang! hanya penipuan yang saya lihat" Izumo juga turut menjadi sasaran hinaan.
"Dan awak, Kotetsu! awak fikir dengan menggoda Raidou-san untuk tunduk kepada awak akan menaikkan nama awak? awak hanya memanfaatkan orang lain untuk menutupi kelemahan sendiri! pemburu konon!" Kotetsu tidak luput dari serangan verbal tersebut.
Iruka, yang sudah cukup sering menghadapi kritikan dan hinaan, merasa kemarahan dalam dirinya mendidih. Namun, dia menahan diri, tahu bahawa membiarkan emosinya menguasai hanya akan mengganggu fokus mereka.
Mereka cuba pergi, tetapi satu jutsu bebola api menyerang mereka, Ryoko terus mengambil tempat melindungi mereka dengan kuasa airnya.
"Pengecut ke mana awak mahu pergi!"
"Tunjukkan kepada kami siapa pemburu sebenarnya, jangan hanya berlagak atas nama pemburu. Sejujurnya, kami tidak percaya chunin lemah seperti awak bertiga adalah bekas pemburu," teriak salah satu peserta, suaranya penuh dengan ejekan yang menggema di seluruh hutan, menghantam langsung ke tulang belakang Iruka.
Iruka menghela nafas dalam-dalam, merasakan kemarahan yang terbakar di dalam dirinya. Dia tahu bahawa ini adalah saatnya untuk mengakhiri keraguan ini sekali dan untuk semua. Dengan tatapan tajam, dia menoleh kepada Kotetsu dan Izumo yang mengangguk
Iruka, Kotetsu, dan Izumo berdiri tegak di hadapan para peserta yang masih meragukan mereka. Kata-kata hinaan yang terakhir kali dilontarkan telah membuat mereka benar-benar termakan amarah. Tanpa ragu, mereka mula merapal jutsu yang telah lama mereka tidak gunakan sejak mereka berhenti menjadi pemburu.
"Ini yang awak mahu bukan!" seru Izumo dengan semangat, dan ketiganya segera melakukan segel tangan yang rumit secara serentak. Dalam sekejap, aura cakra mereka menyala, mengelilingi tubuh mereka dengan tenaga yang kuat.
Dalam kilatan cahaya yang terang, pakaian mereka berubah. Jubah chunin yang biasa mereka kenakan menghilang, digantikan oleh pakaian hanfu hitam khas pemburu yang menandakan posisi mereka sebagai Oinin.
Pedang kebanggaan mereka, yang dikenal sebagai simbol kekuatan dan kehebatan mereka, kini terselip di pinggang masing-masing.
Iruka menarik nafas dalam, merasa kekuatan lama yang mengalir kembali melalui tubuhnya. Dia merasakan keseimbangan dan kekuatan yang sama seperti ketika dia masih aktif sebagai pemburu. Di sebelahnya, Kotetsu dan Izumo juga merasakan hal yang sama. Kekuatan dan keberanian mereka terpancar melalui penampilan baru mereka.
Sejak cakra mereka disegel, ini pertama kali mereka rasakan kekuatan penuh mereka kembali. Nafsu memburu menyerang dengan ganas.
Tidak hanya pakaian yang berubah. Haiwan panggilan mereka, yang setia dan kuat, juga berubah kepada bentuk yang mereka selalu gunakan ketika membantu pemburuan.
Serena, haiwan panggilan Kotetsu, mengambil bentuk ular melingkar di lengannya, memancarkan aura hijau penyembuhan dan siap untuk bertempur.
Ryoko, mengambil bentuk serigala berdiri di samping Izumo dengan tatapan tajam dan gigi yang mengancam.
Senshi, mengambil bentuk burung helang, melayang di atas kepala mereka, mengawasi dengan mata yang tajam dan siap untuk menyerang dari udara.
Para peserta yang melihat perubahan ini terkejut dan mundur beberapa langkah. Aura yang terpancar dari Iruka, Kotetsu, dan Izumo membuat mereka menyedari bahawa mereka berhadapan dengan pemburu sejati, bukan sekadar chunin lemah seperti yang mereka kira.
KAMU SEDANG MEMBACA
ひみつ - Himitsu
FanfictionApa yang berlaku jika Chūnin yang dianggap lemah sebenarnya lebih daripada itu