Chapter 9

65 7 0
                                    

Tsunade memeluk tubuh sambil meneliti tiga wajah chūnin yang sedang tersenyum manis di hadapannya. Mengigit bibir dalamnya sambil menuang sake ke dalam cawan dan meneguknya.

"Adakah kamu pasti?" Soal wanita penyembuh itu entah untuk ke beberapa kali. Dia seolah tidak percaya tetapi tiga chūnin itu bersungguh-sungguh mengangguk dan tersenyum tidak bersalah.

"Jika saya bersetuju adakah kamu bertiga berkelakuan?" soalan itu mendapat keluhan kecil daripada Iruka.

"Ingatan kami mungkin tidak kembali sepenuhnya, tetapi benar Tsunade-sama, saya merindui pelajar saya dan saya benar-benar ingin mengajar semula." Iruka bersuara tenang dan penuh berharap.

"Ya, Tsunade-sama, saya juga mula merindui tugas-tugas di ruang misi dan saya benar-benar ingin mengawal semula." Izumo mencelah. Masing-masing memberikan wajah yang tekad atas keinginan mereka.

"Saya juga merindu untuk membantu di pejabat T&I" Kotetsu berkata tenang.

"Lagi pula hokage-sama, bukannya jōnin awak lebih berguna untuk misi penting dan bukannya menjaga chūnin bodoh yang amnesia?" Izumo dan Kotetsu setuju dengan kata-kata Iruka.

"Baiklah! Baiklah!" Hokage berputus asa untuk berdebat lagi. Nampaknya ketiga-tiga chūnin benar-benar ingin kembali bertugas. "Tetapi dengan bersyarat!" mereka berkerut dahi tapi tidak membantahnya hanya diam untuk mendengar apa syaratnya.

"Saya beri dua minggu masa percubaan untuk menguji kamu benar-benar boleh kembali atau tidak. Saya tidak mahu terutamanya anak-anak akademi menjadi mangsa pemburuan" wanita itu menghantar jelingan amaran kepada mereka lebih tepatnya kepada Iruka.

"Ya Tsunade-sama! Terima kasih" ketiga chūnin itu berkata serentak. Hokage berdecik. Perasaan berbulunya masih tidak tenang tetapi dia cuba berdamai untuk seketika

"Kamu akan kembali bertugas mulai esok. Dapatkan jadual di pejabat pentadbiran dan hilangkan pantat kamu dari pandangan saya! Sebelum itu, untuk peringatan kamu telah dipromosikan ke pangkat jōnin tiga bulan akan datang." dengus wanita itu diakhir ayat. Ketiga-tiga chūnin itu terus meninggalkan tempat itu.

"Awak yakin Tsunade-sama? Bukankah lebih baik mereka mengambil ujian dahulu daripada dipromosi terus ke jōnin" Shizune yang diam dari tadi menyoal kepastian.

Semua sedia maklum menjadi jōnin boleh melalui dua jalan antaranya adalah promosi terus dari Kage atau mengambil ujian jōnin yang berlaku setiap hujung tahun.

Wanita Senju itu diam seketika sebelum memberi isyarat kepada ANBU yang bertugas. Dia yakin mereka bertiga sebenarnya tidak perlukan ujian itu. Walau apapun dia akan fikirkan lagi kemudian.

____________

Naruto, Yamato dan Sai berhenti untuk berehat malam itu di sebuah rumah penginapan di Tanah Rumput. Akhirnya Yamato boleh bernafas lega apabila dia membenamkan separuh badannya ke dalam air panas.

Dia bersama dengan Naruto dan Sai baru sahaja meyelesaikan tugas menyamar mereka. Segala-galanya sepatutnya baik-baik saja jika Naruto tidak terlibat. Dia tidak tahu mengapa Hokage menghantar ninja lantang lagi menyerlah itu untuk misi menyamar dan mengintip.

Yamato meraup wajah apabila kedengaran suara Naruto dan Sai kembali bertengkar. "Naruto! Sai!" Suaranya tegang sambil mengerutkan wajahnya dan membulatkan matanya kepada kedua-dua remaja itu. Dia tahu hanya wajah itu dapat menghentikan Naruto malah Sai walaupun remaja pucat itu tidak mengakuinya.

"Ya.. Yamato Taicho.. Maaf!" Naruto mengigil walaupun ketika itu dia sedang berendam di dalam air panas. Sai hanya diam dan melarikan pandangan daripada Yamato. Kemudian masing-masing diam membisu. Dalam diam bekas Anbu itu tersenyum lalu menutup matanya sambil bersandar pada batu di belakangnya.

ひみつ - HimitsuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang