Iruka, Izumo, dan Kotetsu berdiri tegak di tengah lapangan latihan, persiapan untuk sesi latih tanding mereka. Cuaca cerah, sinar matahari menyinari lapangan, menciptakan bayangan-bayangan yang bergerak di atas tanah.
Mereka siap untuk menunjukkan kemampuan dan ketangkasan mereka, sambil disaksikan oleh mahaguru mereka dan termasuk Kakashi, Naruto, Sakura, Sai, Yamato, Genma, dan Raidou.
Kakashi, duduk dengan santainya, memperhatikan dengan mata tajamnya. Menganalisis bakat dan potensi mereka. Naruto, berdiri dengan penuh semangat di sampingnya, tidak sabar untuk melihat pertarungan yang akan datang. Sakura, yang duduk di sebelah Naruto, siap untuk bersorak.
Sai, dengan sikapnya yang tenang, mencatat setiap gerakan dan strategi yang dipakai oleh ketiga ninja tersebut. Yamato, dengan wajah seriusnya, menilai teknik dan kekuatan mereka dengan cermat. Genma dan Raidou, dua ninja berpengalaman, memberikan sorotan mata yang penuh pengertian.
Lalu, latihan dimulai. Iruka, dengan pengalaman bertahun-tahun sebagai ninja yang juga pemburu, menunjukkan kecepatan dan kelincahannya. Izumo, dengan kepiawaiannya dalam menggunakan senjata, mengimbangi dengan serangan dan pertahanan yang tepat. Sementara Kotetsu, dengan kekuatannya yang luar biasa, mampu menahan serangan-serangan lawan dengan mantap.
Pertarungan berlangsung sengit, setiap gerakan diiringi oleh suara desisan angin dan perlanggaran tubuh. Kakashi melihat dengan saksama, mencatat kelebihan dan kelemahan dari setiap gerakan yang dilakukan. Naruto, tak henti-hentinya memberikan sorakannya, memberikan semangat kepada ketiga ninja tersebut. Sakura, dengan pandangan tajamnya, mencuba mengidentifikasi titik-titik lemah dari lawan mereka.
Sai, Yamato, Genma, dan Raidou, terus mengamati dengan penuh perhatian, menangkap setiap minit dari pertarungan ini. Mereka tahu bahawa latihan semacam ini adalah kesempatan yang berharga untuk memperbaiki teknik dan strategi mereka sendiri.
Tidak sehingga tiga puluh minit kemudian, ketiga-tiga bekas pemburu itu telah mengeluarkan pedang mereka. Sakura perasan bahawa Yuranosuke telah bangun dari duduknya dari atas batu dan mengibas sehelai kain dari bahunya, kain yang sama dia lihat lelaki itu memukul bekas guru dan kawan-kawannya.
Dalam sekelip mata, Yuranosuke menyertai pertarungan itu, Pertarungan yang tadi kelihatan santai kini berubah sepenuhnya. Posisi ketiga chunin itu menjadi tegang, aura yang mengelilingi mereka terasa lebih gelap, tatapan mata mereka menjadi tajam sepenuhnya.
Sakura menoleh kearah Naruto yang tiba-tiba diam dari sorakkannya, Naruto nampaknya memahami apa yang berlaku, Ketiga chunin itu telah masuk ke dalam mod pemburu. Pertarungan yang mulanya tiga penjuru kini bertukar kepada satu lawan tiga, di mana Yuranosuke menentang Iruka, Izumo dan Kotetsu. Lelaki itu itu hanya menggunakan kain dan tongkatnya untuk menentang mereka.
Pertarungan tidak berlaku lama apabila ketiga chunin itu masing-masing dilempar jauh sehingga merempuh pohon yang diseliputi salji.
"LEMAH!" Yuranosuke menengking mereka, Naruto cuba membalas tetapi didiamkan oleh Kakashi dan penumbuk Sakura. "Adakah kematian Hiruzen melemahkan semangat kamu?! Adakah kematian dan pengkhianat daripada saudara kamu menghancurkan kamu?!" Yuranosuke nampaknya sangat marah "Jika ini sahaja yang kami miliki setelah meninggalkan tempat ini, kamu jelas mengecewakan saya" Akhirnya kemudian menghilangkan diri.
Mereka yang lain segera memeriksa chunin yang nampaknya sangat keletihan. Sakura segera mengambil alih tugas penyembuhan.
Dua hari kemudian, Kakashi mengarahkan mereka untuk pulang ke Konoha, Ketiga chunin pergi untuk bertemu dengan mahaguru mereka tetapi Yuranosuke tidak kelihatan, Mereka meninggalkan Tanah Besi dengan perasaan sedih dan kecewa serta langsung tidak mahu bercakap.
KAMU SEDANG MEMBACA
ひみつ - Himitsu
FanficApa yang berlaku jika Chūnin yang dianggap lemah sebenarnya lebih daripada itu