"Tidak! Awak berbohong!" Wajah Iruka kemerahan, bukan kerana malu tetapi sekarang dia benar-benar marah. Anko, wanita berambut ungu itu, mengigit bibir. Terus merenung Iruka yang hampir mengamuk.
Izumo dan Kotetsu juga memberikan pandangan terluka dan tidak percaya. Kedua chūnin itu duduk bersandar antara satu sama lain di satu katil manakala Iruka berdiri di sisi katilnya dengan tegang sambil berhadapan dengan Anko. Mereka pada mulanya duduk disatu katil milik Izumo ketika Anko datang melawat.
Kakashi dan Genma berdiri tidak jauh dari mereka. Kakashi tiba untuk menggantikan Genma. Mereka hanya diam mendengar perbualan antara ketiga chūnin bersama konoichi itu.
"Saya tidak menipu. Mizuki memang pengkhianat, dia cuba bunuh-"
"DIAM! DIAM!" Iruka menengking wanita itu. Dia langsung tidak mahu percaya. Berharap dan menganggap Anko mempermainkan mereka.
"Mizuki bukan pengkhianat! Dia kawan baik saya! Dia tak akan bunuh saya. Awak tipu! Awak penipu!"
"Iruka dengar-" Iruka mula meronta apabila wanita itu cuba menyentuhnya untuk menenangkannya. "Tolong dengar-" dia terus menolak sentuhan wanita yang berusia setahun lebih muda darinya. Kakashi dan Genma terus menahan diri untuk tidak masuk campur.
"Mizuki tidak akan pernah sakiti Ruka.."Kotetsu bersuara perlahan hampir saja berbisik. "Awak tahu itu"
"Dia terlalu melindungi Ruka! Kita semua tahu itu!" Kini Izumo pula membuka kata hampir histeria. Menjeling tajam kepada Anko. "Dia tidak pernah!" Izumo mengigit bibir cuba menahan air mata. Manakala Iruka sudah kalah dengan air matanya yang mengalir walaupun tiada esakkan bergema.
"Dengar!" Gemuruh suara Kakashi di belakang Anko menyentak mereka berempat untuk menoleh kepada ninja bertopeng itu. "Apa yang dikatakan Anko adalah benar, Lelaki itu kini dipenjara. Ibiki bertanggungjawab keatasnya" Kakashi bersuara tegang sama seperti tegangnya tiga chūnin malang itu.
Pandangan Iruka jatuh merenung lantai. Izumo berpaling lantas berbaring di sisi Kotetsu. Suasana diam seketika. Tiada siapa cuba untuk bersuara untuk beberapa saat.
"Ru.."
"Pergilah, saya tak mahu mendengar segala omong kosong ini. Saya hanya mahu mendengar dari Mizuki sendiri" Iruka kalah dia langsung tidak mahu memandang yang lain berpaling dan melangkah tetapi langkahnya dihalang oleh Kakashi yang dalam sekelip mata berdiri di hadapannya.
"Ini bukan omong kosong, saya tidak akan benarkan awak berjumpa dengan pengkhianat itu. Naruto akan merobek saya jika saya biarkan awak berjumpa dengan lelaki itu" Kakashi hampir mengeram apabila menyebut tentang Mizuki.
Iruka mengangkat wajah, memberi pandangan terluka sambil membalas pandangan tunggal Kakashi. Dia tidak tahu siapa Naruto dan dia tidak terlalu mengenali lelaki dihadapannya. Apa yang dia tahu. Lelaki bersurai perak ini adalah satu-satunya keturunan bukan Uchiha yang mampu menggunakan sharingan. Hatake Kakashi.
"Mizuki bukan pengkhianat!" Iruka mendengus.
"Ya, dia!" Kakashi membalasnya. Wajah Iruka yang sememangnya merah marah kini bertambah membara. Mencengkam kuat penumbuknya lalu dihayun ke arah wajah Kakashi, malangnya pemilik sharingan itu dapat menangkap tangannya.
"Awak tak guna! Pergi! Jangan pernah muncul lagi! Saya benci awak!" Iruka mula menjerit dan menangis. Cuba memukul lelaki dihadapannya. Kakashi sedaya-upaya menahan serangan rawak dari Iruka.
"Ruka bertenang, kita berada di hospital" Anko cuba memujuk. Dia memandang antara Iruka dan pintu masuk yang dia pasti jururawat atau doktor akan menyedari kekecohan itu.
"Saya benci.. ack.." Iruka mendesis dan kaku tiba-tiba. Tubuhnya lemah dan hampir rebah tetapi bernasib baik Kakashi sempat menahan tubuh longlainya. Mata masing-masing merenung Genma. Izumo dan Kotetsu hampir melompat untuk menerkam pemilik senbon yang kini tercacak di leher Iruka sebelum jururawat membuka pintu untuk melihat kekecohan yang berlaku.
KAMU SEDANG MEMBACA
ひみつ - Himitsu
FanfictionApa yang berlaku jika Chūnin yang dianggap lemah sebenarnya lebih daripada itu