his personality

209 32 47
                                    

DID atau boleh disebut Dissociative identity disorder. Penyakit mental yang sangat sangat sangat dan tersangat jarang berlaku. Hanya sesetengah manusia sahaja yang ada penyakit ni iaitu dalam 2 peratus sahaja dalam muka bumi ni.

Jeon Jungkook adalah salah satu dalam puak 2 peratus yang aku jumpa.

Sangat kecil ya dunia ni. Sebab apa? Sebab aku ialah manusia yang terpilih untuk hadap setiap hari dengan perwatakkan yang berbeza yang ada dalam diri Jungkook. Sungguh memeningkan kepala.

" Hey kenapa termenung sorang-sorang. Awak ada masalah ke? Kalau awak ada masalah ceritalah pada saya. Mana tahu saya boleh tolong? "

Ini Jeon Jungkook. Dia berusia 26 tahun. Seorang lelaki yang lemah lembut tutur bicaranya. Sangat caring, baik hati, penyanyang dan merendah diri. Boleh dikatakan boyfriend material. Sangat perfect.

" Hey perempuan. Kau jangan banyak cakap boleh tak? Kira baiklah ni aku tolong piggyback kau yang berat macam tong gas ni. Aku nak bawa kau pergi klinik je lah untuk rawat kaki kau tu. Aku tak nak kau sakit, Yeorim. "

Kim Taehyung. 27 tahun. Alter yang akan melindungi Jungkook atau aku panggil protector alter. Gangster. Mamat dingin. Sombong. Mulut tiada lesen. Suka cakap lepas kadang-kadang. Alter yang sering munculkan diri selepas Jungkook. Walaupun perangai dia terkadang mintak makan kaki tetapi dia ni tersangatlah caring.

Taehyung juga tersangat suka berahsia. Aku tahu yang dia pasti ada sorokkan sesuatu dari aku.

" Chim nak omma! Huwaa taknak Yeorim noona. Nak omma!! Jangan dekatlah noona! Pergi sana! Chim nak omma!! "

Park Jimin atau nama panggilan dia Chim. Jimin berumur 23 tahun tetapi dia menghidap autism akibat trauma dia semasa dia kecil. Penyakit dalam penyakit. Pelik kan?

Jimin sendiri cakap yang dia berumur 7 tahun. Watak dia ni yang sering mencari ibunya. Perwatakkan manja dan suka menangis. Sampai sakit kepala aku melayan budak ni. Jimin adalah alter yang jarang muncul tetapi tak tahulah kenapa dia muncul selepas aku ter bawa dia ke satu tempat ni.

" I yang paling cantik. Hyera. "

Ya, salah satu alter perempuan. Kwon Hyera. Gadis berusia 20 tahun yang kaki shopping. Pantang nampak sale mesti serbu dulu. Hyera ni selalu tarik aku supaya ikut dia pergi shopping sampai habis duit aku dibuatnya.

Kau fikir eh, badan dia lelaki tetapi dia pergi masuk kedai bahagian yang jual pakaian dalam wanita. Dah kena cop gila. Rasa macam nak tanam kepala dalam tanah. Kalau boleh aku tak nak dia keluar dari badan Jungkook. Stress!

" Jangan kacau akulah. Yang kau sibuk nak tahu pasal aku asal?! Salah ke aku pergi club? Aku tak kacau hidup kau pun kan? Kenapa kau takut? Takut aku rogol kau kat sini? Tch! Sila berambus! "

Min Yoongi. Remaja 17 tahun. OCD, kasar dan suka mencarut. Dia punya cakap lepas tu si Taehyung pun kalah. Lagi teruklah kalau nak cakap. Yoongi ni remaja yang masih bersekolah tetapi tersangat suka ponteng. Tiada tujuan hidup. Suka pergi club dan bekerja part time di supermarket. Alter yang paling jarang muncul.

Setakat ini sahajalah yang aku dapat kenal dan jumpa karakter dalam diri Jungkook. Tetapi Jungkook bagitahu aku yang dalam diri dia ada lagi karakter yang lain tetapi tidak mahu memunculkan diri lagi buat masa ini. Ah pishang!

Yang lebih malang kalau nak tahu aku dah jatuh cinta dengan Jungkook. Jatuh cinta buat pertama kali selepas disakiti oleh bekas teman lelaki aku pada suatu ketika dahulu. Ceh, cinta pandang pertama lah katakan.

Aku hanya cintakan Jungkook.

Bukan Taehyung, bukan budak Jimin tu dan bukan juga yang lain. Hanya Jungkook.

Tapi macam mana aku nak hadap. Aku cintakan Jungkook dan selebihnya aku tak tahu. Tak kan aku pun suka Taehyung? Budak Jimin tu? Hyera? Hey! Aku bukan lesbian okay! Dan ouh pasti bukan dengan mamat beku si Yoongi itu.

Hm, aku tak faham dengan diri aku ni.

His Personality | JJKWhere stories live. Discover now