10 + mingyu secret's

86 27 29
                                    

yeorim's

DRIT!

  DRIT!

DRIT!

Bunyi deringan handphone menyedarkan aku dari lena. Handphone yang berada di dalam beg tangan yang aku letak di depan sofa diselongkar. Handphone dicapai tentera nama Yoojung di skrin.

Sempat aku jeling sekilas angka jam di skrin yang sudah memaparkan angka 12:24  pagi. Jadi aku terlelap hampir empat jam. Huh, nampak sangat aku penat.

Butang hujau ditolak.

" Ya, Yoojung kenapa? "

" Ya tuhan kenapa lama sangat nak angkat phone? Risau aku. Lepas kau balik tadi kau langsung tak call aku kan? Kau okey tak? Nak aku datang rumah kau tak? "

" Tak apalah. Sorry. Aku okey je cuma penat sikit. Ni pun tadi balik aku terus tidur. Hm, sorry Jung sebab aku dah rosakkan majlis kau. "

" Sokay sayang. Tak apalah aku faham keadaan kau. Kau pun jangan fikirkan sangatlah pasal tadi. Lupakan je apa yang dah jadi. Aku tak nak kau stress. "

" Iyelah. Kau ni bebel macam ibu aku. "

" Orang tengah serius sempat pula kau gelak ya? Aku ni risaukan kau. Hmph! "

" Iyelah iyelah. Ni lepas aku balik diorang berdua macam mana? Maksud aku Jungkook dengan Mingyu. "

" Kalau pasal Mingyu aku tak tahu. Tapi kalau Jungkook aku nampak dia ada je kat majlis aku tapi dia duduk kat belakang. Aku tengok muka Jungkook tadi masam je. Muka badmood. Takut aku nak tegur dia. "

Aku fikirkan mungkin pasal dia dengan Mingyu tadi. Tak kan sebab dia bergaduh dengan Mingyu terus nak jadi masam macam tu?

" Hello kau dengar tak? "

" Ye ye dengar. Aku nak mandilah. Aku tutup dulu tau. Nanti-nanti kita sambung borak. By the way selamat pengantin baru, Yoojung. "

" Thank-you. Yelah-yelah pergilah mandi sana. Bau badan kau dah sampai sini bau. Bucuk! "

TUT-

Dasar Yoojung aku tak sempat nak marah dia dah tutup. Haih, nasib kawan sendiri.

.

.

.

author's

Kedua kaki diatur ke arah balkoni rumah. Kedua tangan memegang secawan air teh panas. Susuk tubuh si suami yang duduk di kerusi di balkoni didekati.

" Nah air. "

" Thanks. "

" Sayang ni kenapa? Dari balik tadi saya tengok muka awak masam mencuka macam ada masalah. Sayang okey tak? Kalau ada masalah ceritalah mana tahu saya boleh tolong. "

Lelaki itu menggeleng pelan. Dia membalas senyuman isterinya dengan segaris senyuman nipis.

" Mana boleh tak ada. Saya kenal awaklah Mingyu kalau awak ada masalah mesti muka berubah macam cuka masam. Ceritalah, luah pada saya. Saya kan isteri awak. "

" Tak ada apalah. Cuma stress sikit dengan syarikat saya tu. Ada masalah sikit. " bohong Mingyu. Dia mencicip sedikit air teh buatan dari isterinya, Kim Haekyung.

" Saya ada sebab kenapa saya tak nak bagitahu awak kalau saya ada masalah. Lagi-lagi kalau bab-bab pasal syarikat saya tu. Saya taknaklah awak pula yang stress sebab nak tolong saya. Saya tak nak stress awak tu sampai pada anak kita. "

Lembut tutur bicara Mingyu. Sebelah tangannya mengusap perut Haekyung yang sudah membesar. Kandungan anak sulung mereka yang sudah mencecah enam bulan setelah dua tahun mereka berkahwin.

" Macam tu pula. Tapi betul ni? " Mingyu menggangguk.

" Okeylah dah kalau awak cakap macam tu. Tapi kalau awak rasa nak luah bagitahu saya tau. Saya akan cuba tolong awak. "

" Okey sayang. "

Mingyu tersenyum palsu tika tipu daya miliknya berjaya memperdayakan Haekyung.

Haekyung tidak tahu yang sebenarnya Mingyu sudah dua minggu tidak bekerja. Syarikat milik Mingyu yang diberikan oleh mendiang ayahnya juga sudah lama jatuh bankrup dan terpaksa ditutup akibat hutang yang tertunggak.

Setiap hari Haekyung melihat Mingyu keluar dari rumah yang Haekyung sangkakan suaminya pergi bekerja.

Tetapi itu tidak benar sama sekali kerana Mingyu keluar kerana mahu melepak bersama rakan-rakannya. Terkadang dia juga keluar kerana mahu mencari Yeorim.

" Okeylah sayang. Saya nak masuk dulu nak masak. Nanti saya panggil kita makan sama-sama. " Mingyu menggangguk. Hilang saja kelibat Haekyung senyuman di bibir Mingyu mati.

Dia merengus. Geram kerana Jungkook.

" Itu pilihan kau? Tch, langkah mayat aku dulu, Yeorim. "

tbc.

nak buat short chapter je sebenarnya tapi tulah terlajak 😔

His Personality | JJKWhere stories live. Discover now