7 + yoojung wedding

85 27 8
                                    

yeorim's

" Yoojung? " panggil aku selepas menolak pintu bilik persalinan.

" Yeorim! Lambatnya kau! Cepatlah makeup kan aku. "

Aku mengangguk sebelum duduk di kerusi bersebelahan Yoojung. Segenap wajah Yoojung aku tilik. Sangat cantik walaupun mukanya masih belum di hias.

Bertambah cantik dan anggun dengan gaun putih bersulam di tubuhnya.

" Cantiknya kawan aku ni. Aku ingatkan aku salah masuk pintu tadi. " gurau aku sambil membuka zip beg yang terisi segala barang-barang makeup. Aku duduk menghadap Yoojung.

" Kau pun nampak cantik Yeorim. Tapi kan, tak sabarnya aku nak kahwin. Kejap lagi aku dah sah jadi isteri Byun Baekhyun! " teruja Yoojung. Senyuman dia tidak lekang dari bibir.

" Duduk diam Yoojung kang makeup tak cantik jangan nak salahkan aku. Aku salahkan kau sebab kau yang tak reti duduk diam. " Yoojung mengangguk dengan sengihan.

" Cantiknya gaun kau. Kau pilih ke? "

" Mestilah tak. Baekhyun yang pilihkan. "

" Lepasni kau dah sah jadi isteri orang. Haih, macam tak percaya je kau dah kahwin hari ini. Rindulah aku kalau lepasni kita dah tak boleh nak spend time berdua. "

Ucap aku sambil kedua tangan sibuk menghias wajah Yoojung.

" Janganlah buat aku sedih. Aku nak kahwin ni. Lagipun kan Baekhyun tu dia pun kenal kau mestilah dia bagi kalau aku nak keluar dengan kau hari-hari! " sambung Yoojung.

" Kalau Baekhyun bagi. Sudah, kalau Baekhyun tu tak bagi kau jangan memandai nak melawan. Dia tu nanti akan jadi suami kau. Jangan derhaka. Kawan aku ni kan goodgirl. Walaupun kekadang urat malu putus. " serupa budak kecil Yoojung menganggukkan kepala.

" Sorry Yoojung, sebab ibu dengan ayah aku tak dapat datang majlis kau. Diorang sibuk. Diorang kirimkan salam dan ucapan tahniah pada kau. "

" Tak apa Yeorim. Terima kasih cakap dengan parents kau. " balas Yoojung lembut.

" Ibu dengan ayah kau mana? " soal aku.

" Ada. Sambut tetamu kat luar. Ni kau datang sini dengan siapa? Sorang? " soal Yoojung.

" Jungkook. " Yoojung tersenyum senget.

" Yeorim, baik kau bagitahu aku apa hubungan kau dengan Jungkook. Kau tak bagitahu aku pun kan yang kau datang berdua dengan jejaka serupa putera dari kayangan tu? Amboi Yeorim sekarang dah pandai ehh. " pinggang aku dicuit Yoojung.

" Diam eh Yoojung. Sebelum aku makeup muka kau macam muka pennywise kau nak? " ugut aku tetapi dibalas dengan gelakkan dari Yoojung.

Pintu dari luar ditolak seseorang. Kelihatan si ibu dari Yoojung. " Yoojung dah siap ke? "

Tidak mengambil masa yang lama. Kini makeup di wajah Yoojung sudah siap cantik dihias oleh aku.

Selepas ditambah dengan makeup di wajah Yoojung. Penampilan Yoojung bertambah cantik dan anggun. Sampaikan aku sendiri terpukau dengan kecantikan dia.

" Kau dah sedia, Yoojung? Goodluck. "

.

.

.

author's

Kelihatan Yeorim berjalan masuk dari pintu bersebelahan pintu luar. Gadis itu berjalan menghampiri salah satu kerusi paling hadapan bersebelahan Jungkook.

Majlis perkahwinan Yoojung dan Baekhyun diadakan di hotel mewah. Berada di ruangan luas yang menempatkan ada swimming pool berukuran sederhana besar di tepi ruangan.

Kelihatan ramai para tetamu yang datang memenuhi majlis. Termasuk dengan keluarga Yoojung dan Baekhyun. Serta sepupu terdekat dari keluarga mereka berdua serta rakan-rakan Baekhyun.

Walaupun majlis kelihatan mewah tetapi para tetamu yang datang hanya sekitar 50 orang sahaja. Semuanya dari kalangan terdekat keluarga Yoojung dan Baekhyun.

Kelihatan Baekhyun berdiri tegak di atas pentas. Bersama suit pengantin ditubuh lelaki itu juga tidak kalah kurang kacak. Ditambah dengan sedikit makeup tipis di wajah Baekhyun.

Muzik dipasang.

Dari jauh di hadapan pintu masuk kelihatan Yoojung diiringi bersama ayahnya berjalan masuk mengatur langkah di atas pentas panjang menuju ke arah Baekhyun. Tidak lupa juga dengan iringan bunga kelopak bunga rose putih dan merah yang jatuh di hadapan mereka.

Majlis perkahwinan diteruskan dengan acara lafaz. Suara tepukan gemuruh kedengaran selepas ucapan lafaz diucapkan dan kini Baekhyun dan Yoojung sudah sah menjadi pasangan suami isteri.

" Ohmygod! kawan aku dah jadi isteri orang dah! " disebabkan teruja pantas tubuh Yoojung aku peluk.

" Terima kasih korang. Sebab sudi datang majlis aku. " aku dengan Jungkook mengangguk.

Baekhyun dan Yoojung tersenyum lebar. Tetapi perlahan-lahan senyuman dibibir mereka berdua pudar. Mata mereka melihat di belakang aku.

" Yeorim. "

Sapa satu suara garau. Aku dapat rasakan pergelangan tangan aku dipegang seseorang. Aku menoleh kebelakang. Kedua mataku membutang.

Kim Mingyu.

tbc.

His Personality | JJKWhere stories live. Discover now