22 + chat dari jungkook

41 4 0
                                    

yeorim's

" Aku sarankan kau jauhkanlah diri kau dari Jungkook. Aku tak nak Jungkook berkawan dengan orang yang belakang lain, depan lain. Aku tak nak kau sama macam orang yang pernah tinggalkan Jungkook dulu. "

Apa maksud Taehyung? Ouh, ke dia nak cakap muka aku ni macam orang yang tak boleh dipercayai? Dia nak kata yang aku ni talam dua muka lah?

" Kurang diajar betul mamat gatal ni. Muka aku yang baik tahap perempuan level Han Hyo Joo ni dia kata aku ni talam? Suka hatilah aku nak berkawan dengan sesiapa pun. Sibuk je. "

Kedua kaki aku yang berada di dalam selimut mengelibas macam orang kena sawan. Aku menendang udara macam orang gila mahu lepaskan geram.

" Jungkook masih belum bersedia untuk beritahu kau. Jadi kami rasa kau bukan orang yang tepat untuk tahu pasal 'kami "

Ini lagi buatkan aku hairan.

" Jungkook ada sembunyikan sesuatu dari aku ke? Alah, Yeorim kau tu setakat kawan Jungkook je. Manalah dia nak bagitahu kau semua benda pasal dia. "

" Lainlah kalau dia suka aku... kan? " aku tersengeh. Tapi tak mungkinlah Jungkook nak suka aku, kan ?

DRIT!

DRIT!

Handphone di samping tempat tidur aku bergetar. Handphone aku capai dan disitu tentera panggilan dari ayah.

Untuk kali yang ke berapa aku tak tahu aku hanya abaikan panggilan dari ayah. Aku tahu ayah dengan ibu mesti nak tanya aku pasal Mingyu. Buat masa ni aku tak akan jawab panggilan dari ayah.

TING!

" Siapa lagi- "

Membutang luas kedua mata aku. Seakan masalah tadi terus lesap dari fikiran aku tika aku melihat mesej dari Jungkook.

' Hi Yeorim ni saya Jungkook. Awak dah tidur ke? '

Tanpa aku sedar aku tersenyum lebar. Badan yang tadi baring aku ubah secara meniarap. Kedua ibu jari aku naik menekan keyboard.

' Hi Jungkook. Tak, saya belum tidur. "

' Sorrylah kacau awak malam-malam ni. Saya baru teringat yang saya ada nombor awak. Sebab tu lah saya mesej awak ni. '

' Awak tengah buat apa tu? '

' Tak ada buat apa pun. Ni kenapa awak belum tidur ? "

' Tadi saya dah tertidur dah ni pun terbangun balik. '

Aku tersenyum dan kemudian mulut aku terbuka luas akibat menguap.

' Saya dah mengantuklah, Jungkook '

' Saya nak tidur lah '

' Ouh okey. Tidur leklok. Mimpi indah. '

' Goodnight, Yeorim. '

' Goodnight Jungkook. '

Handphone dimatikan. Badanku bergolek ketepi mengubah posisi berbaring. Aku memandang siling dinding dengan kedua pipi memerah. Dapat aku rasakan ada rama-rama bertebangan dalam perut aku.

" Goodnight, Yeorim " aku menyebut balik mesej terakhir Jungkook. Kemudian aku menjerit di dalam selimut.

" Eh eh sudah! sudah Yeorim ! Jangan fikir yang bukan-bukan ! Tenang Yeorim tenang. " nafas ditarik dan dihembus pelan.

Senyuman aku kembali mati tika teringat kata-kata ayah. Memang betul ke ayah dengan ibu terima pinangan Mingyu ?

Aku membuka butang on. Dan mencari nombor ayah di contact list telefon untuk memberi ayah satu mesej.

' Maaf ayah sebab Yeorim tak angkat call ayah. Yeorim ada sebab kenapa Yeorim tak nak kahwin dengan Mingyu, nanti Yeorim akan jelaskan semuanya pada ayah dengan ibu. Yeorim ada masalah sikit sekarang. Kalau semuanya dah selesai Yeorim akan datang jumpa ayah dengan ibu. Maaf. "

Butang send aku tekan. Selepas selesai menghantar mesej aku menekan butang off pada telefon.

Kedua mata aku pejam semula. Dalam beberapa saat kemudian kedua mata aku dicelik kembali. Fikiran aku masih berlegar-legar dengan ayat Taehyung.

Rasa macam nak siasat Jungkook.

Siasat apa yang dimaksudkan oleh Taehyung tadi.

Aku masih tak faham dengan kata-kata Taehyung tadi. Jadi aku nak siasat. Yelah, mana tahu memang betul Jungkook ada sembunyikan sesuatu dari aku.

Kot-kot rahsia tu Jungkook suka aku tak?

" Eh sudah Yeorim. Dah jom tidur. Esok aku nak siasat. Selamat malam diri sendiri. "

tbc.

His Personality | JJKWhere stories live. Discover now