27 +

28 3 0
                                    

author's

Rambut yang basah dilap menggunakan tuala sembari kaki mengorak langkah ke arah katil. Dia duduk di birai katil sambil tangan sibuk mengelap rambut. Pergerakkan tangannya terhenti tika kejadian tadi terlintas.

Pintu bilik dibuka sebelum masuk ke dalam ruangan yang menempatkan segala coretan dan lukisan kepunyaan miliknya.

Taehyung duduk di kerusi berhadapan dengan canvas painting yang terletak si tengah-tengah ruangan. Kain yang menutupi lukisan itu ditarik.

Lukisan separuh gambar seorang wanita yang masih belum siap dilukis. Pensil dicapai. Sembari tangan bergerak melukis fikirannya melayang teringat akan sewaktu dia di Japan. Kenangan sewaktu dia bertemu dengan wanita itu.

" Cantik " ligat tangan Taehyung bergerak melukis setiap inci bentuk dan warna pemandangan indah jalan raya yang dipenuhi dengan guguran bunga sakura.

" Wah cantiknya " sampuk satu suara lunak.

Kepala ditoleh kini mata dijamah wajah seorang wanita. Wanita itu tersenyum melihat lukisan milik Taehyung. Apabila mata mereka bertembung riaksi wanita itu kelihatan terkejut.

" Sumimasen (maaf) tapi macam korea lah " bisik wanita itu pelan tetapi masih lagi dapat didengar Taehyung.

" Saya orang korea " jawab Taehyung ramah. Wanita itu kelihatan terkejut.

" Wah betul ke ? Saya pun sama ! Kebetulan pula, apa pun lukisan awak serious cantik. Jjang ! " ibu jari dinaikkan. Wanita itu tersenyum lebar.

" Terima kasih. "

" Kalau saya pandai lukis macam awak memang saya lukis semua benda banyak-banyak then saya jual semua. Awak jual ke lukisan awak ni ? " dengan ragu-ragu Taehyung menggeleng.

" Sayangnya lukisan cantik macam ni tak dijual. Kalau saya kat tempat awak memang saya jual lukisan ni. Tak adalah, saya cakap je. Terpulang pada awak. Mana tahu boleh jadi rezeki kan ? Anywhere goodluck ! Saya pergi dulu. "

Selepas wanita yang menegurnya tadi pergi Taehyung kembali menyambung kerjanya.

Tetapi fokusnya hilang. Matanya tertumpu pada wanita tadi yang kini sedang berjalan di sisi jalan. Lama sehingga kelibat wanita itu hilang dari pandangan.

Fikirannya melayang memikirkan wanita tadi. Berambut panjang hitam dan memiliki lesung pipit di pipi kanan. Sangat cantik dan manis orangnya.

Wanita itu serba sedikit membuatkan Taehyung terpukau. Taehyung tidak boleh tipu, selama dia hidup tiada seorang wanita pun buatkan dia merasakan perasaan aneh seperti ini.

Jatuh cinta, mungkin ?

Malang sekali hanya sehari sahaja mereka dapat berjumpa. Itupun semasa dia bercuti di Japan.

Disebabkan itu, dengan hasil dia melukis ramai orang-orang kaya ingin membeli lukisannya. Malah ada yang sudah di paperkan di muzium art terbesar dan terkenal di korea. 

.

.

.

" Jungkook cakap diri dia tu Taehyung? Eh tak mungkin lah kalau diorang dalam satu badan yang sama kan ? Ibarat macam otak aku jatuh , aku nak kutip. Eh, hilang. Apa benda yang aku merepek ni. Ingat ni kdrama ke ? "

Secara mundar mandir wanita itu menggumam sendiri di hadapan pintu rumah Jungkook. Hembusan dilepaskan tangan Yeorim naik mengetuk pintu.

Selang beberapa saat pintu dibuka. Kelihatan lelaki bertopi iaitu dia yang dikawal oleh Taehyung memunculkan diri. Satu jelingan tajam dihadiahkan pada Yeorim. Pintu ditutup semula.

" Awak please maafkan saya. Bagi saya peluang satu lagi untuk saya jelaskan balik. Dan lagi satu saya masih lagi nak tahu apa yang awak nak cakapkan kat saya tu! Apa maksud awak? Saya masih tak faham. "

Tiada balasan. Pintu setia tertutup. Tiada tanda-tanda lelaki itu mahu buka. Yeorim melepaskan keluhan berat. Betul firasatnya yang mungkin Jungkook tidak lagi mahu berkawan dengannya lagi.

Baru setapak Yeorim mahu beranjak pergi. Suara pintu terbuka.

" Betul ke awak tak gunakan saya sebab awak taknak kahwin dengan Mingyu ? " tuturnya lembut. Ya, itu Jungkook.

" Saya bukan gunakan awak. Masa tu saya buntu saya tak tahu nak cakap apa. Saya punya kepala ni jadi blank sebab Mingyu ada kat depan mata saya. Sebab saya benci dia. Kebetulan saya nampak awak kat situ saya pakailah nama awak. Buat apa awak nak marah ! sebab saya memang sukakan awak Jungkook ! OMO !! "

Kedua mata Yeorim membutang. Begitu juga dengan Jungkook turut sama terkejut. Yeorim menutup mulut menggunakan tangan. Dirinya sekarang betul-betul mahu tanam kepalanya dalam tanah. Malu sungguh !

Yeorim menundukkan kepala malu. Dapat dia rasakan yang kedua pipinya membahang panas. Mahu sahaja dia lari dari situ. Tapi kakinya kaku tidak boleh bergerak.

Jungkook tertawa kecil.

" Yeorim " panggil Jungkook.

" Awak betul-betul maksudkan ke yang awak sukakan saya ? " soal Jungkook.

Yeorim mengemam bibir. Langsung tidak mengangkat kepala. Begitu malu untuk pandang muka Jungkook.

" Jadi betul ni awak nak kahwin dengan saya ? " ucap Jungkook dengan segaris senyuman lembut.

" Apa ? " makin memerah pipi Yeorim.

" Tapi macam tak sweet kalau awak yang lamar saya. Sepatutnya saya yang lamar awak " jawab Jungkook malu-malu. Sedari tadi lelaki itu tersenyum-senyum kambing. Jari telunjuk menguis pintu.

" Pasal semalam benda yang awak nak bagitahu tu apa ? " potong Yeorim menukar topik.

" Ouh pasal tu. Urm- okey awak kenal diri saya dan awak kenal Taehyung. Taehyung tu sebenarnya bukan abang kembar saya. Dia adalah personaliti dalam diri saya. Sebab- saya ada D.I.D "

tbc

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

His Personality | JJKWhere stories live. Discover now