6 + fav son-in-low ?

83 28 16
                                    

author's

" Jadi Mingyu kamu dah siapkan semuanya? Semua yang kami nak dah cukup? Ingat ya anak saya tu bukan senang-senang nak dapat tahu? Walaupun uncle tahu kamu berdua dah lama bersama. "

Kim Mingyu menggangguk yakin dengan kata-kata dari sang ayah Yeorim. Dia menjeling satu kotak kecil bewarna merah yang elok terletak diatas meja ditengah-tengah mereka.

" Cantiknya cincin ni. Mesti mahal kan? " soal si ibu Yeorim pula selepas duduk bersebelahan suami.

" Harga cincin biasa saja. Tapi jangan risau memang semua barang hantaran dan semua yang aunty dengan uncle mintak semua saya dah siapkan. Tinggal nak sarungkan cincin dan lafazkan ikatan. Faham-fahamlah maksud saya... saya betul-betul nak jadikan Yeorim sebagai isteri saya. "

Manis tutur bicara Mingyu. Selok belok perancangan sudah diatur kemas. Dengan mudah buat si ibu dan ayah Yeorim percaya akan kata-kata dia.

Walhal dibelakang ada seribu satu rahsia yang Mingyu sembunyikan. Masih tidak diketahui sesiapa. Yang dia tahu dia hanya mahukan Yeorim sah menjadi miliknya sahaja.

" Kamu dengan Yeorim macam mana ok? Yeorim pun tak ada cakap apa-apa pun pasal kamu ke kami. Kamu berdua bergaduh ke? " soal cepumas dari si ayah mengejutkan Mingyu.

" Tak adalah. Uncle pun tahukan dia kat New Zealand tu selalu sibuk dengan kerja dia sampaikan kami tiada masa untuk kami spend time. Kami okey je tak bergaduh pun. " lembut sungguh Mingyu berbicara.

" Memang sebelum ni dia ada di New Zealand. Yeorim tak ada beritahu ke kamu ke? yang Yeorim sekarang dah balik. Dia ada kat Seoul sekarang. "

" B-betulke? "

Tersentak Mingyu. Terlepas carutan di dalam hati. Mingyu berpura-pura tersenyum. Dia bangun dari duduk ingin pamit meminta diri. Sempat kotak merah yang berisi cincin di atas meja dicapai.

" Ouh maaf saya terlupa. Uncle, aunty saya nak kena gerak sekarang sebab saya baru teringat yang saya ada hal penting sangat. Saya minta diri dulu. " kasut disarungkan sebelum bergegas berjalan menuju ke kereta.

" Ouh yelah. Hati hati Mingyu. " pesan si ayah Yeorim.

Mingyu yang sudah berada di dalam kereta menggenggam strereng kereta geram.

" Kenapa sayang awak tak bagitahu saya yang awak dah balik? Rindunya aku pada kau. Tch, memang aku akan cari kau sampai dapat, Yeorim. "

.

.

.

yeorim's

" Okey perfect! "

Hari ini ialah hari majlis perkahwinan Yoojung dan Baekhyun. Aku sebagai kawan kepada Yoojung terlalu teruja dengan majlis ni. Teruja nak tengok kawan aku yang urat dah putus tu kahwin.

Selesai puas dengan penampilan sendiri aku mengatur langkah ke pintu. Hari ini aku mengenakan blouse bewarna putih paras bawah lutut. Makeup tipis dan rambut dibiarkan terurai lurus.

Bergegas aku capai handbag. Kedua kaki disarungkan kasut tinggi.

Jarum jam hampir berganjak pada angka lapan. Pintu dikunci aku bergegas berlari anak ke pintu lif. Punat tombol aras paling bawah ditekan. Angka lif berhenti di aras 30. Pintu lif dibuka.

Muncul Jungkook di hadapan pintu lif. Dapat aku lihat wajah terkejut Jungkook melihat ke arah aku. Aku memberi isyarat menyuruh Jungkook masuk ke dalam lif.

" Hai Yeorim. " sapa Jungkook.

" Hi Jungkook. "

Sepanjang di dalam lif kami berdua senyap. Aku tidak tahu kenapa tetapi situasi kami sekarang tersangatlah kekok. Jungkook tidak membuka suara jadi aku juga ikut sama mendiamkan diri.

Sesekali aku terbuai dengan bau maskulin dari badan Jungkook. Dia terlihat sangat kacak hari ini dengan mengenakan kameja putih ditubuh badannya. Bahagian hujung lengan baju Jungkook dilipat sehingga parat bawah siku. Rambutnya juga turut dirapikan.

Sangat kemas.

Kalau sebelum ni Jungkook hanya mengenakan t-shirt kosong bewarna tetapi masih lagi nampak kacak. Walaupun rambut dia serabai ketika itu. Kalau nak dibandingkan hari ini jauh lebih kacak.

Nampak macam orang kaya yang ada jawatan CEO syarikat terkenal.

" Awak nampak cantik Yeorim. " puji Jungkook. Dapat aku rasakan kedua pipi aku memanas. Malu!

" Terima kasih. Awak pun sama. Handsome. " puji aku ikhlas. Jungkook tersenyum malu.

Pintu lif dibuka. Kami berdua mengatur langkah memasuki ruangan parking kereta. Menuju kearah kereta Jungkook yang tidak berapa jauh dari pintu keluar.

Kami berdua masuk ke dalam perut kereta. Tali pinggang dipakai. Jungkook juga sama. Kereta Jungkook bergerak keluar dari bangunan.

" So, macam mana awak boleh kenal Baekhyun? " tanya aku selepas lama kami berdiam diri.

" Dah lama. Sejak saya umur 16 tahun. " jawab Jungkook yang masih fokus dengan pemanduannya.

Agak terkejut juga. Dari Jungkook 16 tahun. Friendship aku dengan Yoojung pun boleh kalah. Betullah orang kata friendship orang lelaki ni lagi lama kalau nak dibandingkan dengan perempuan. Aku tak nafikan perkara tu.

" Lamanya. Friendship saya dengan Yoojung pun baru 6 tahun. Hebatlah. "

" Saya pun terkejut juga. Ingatkan kena jumpa Baekhyun hyung tu sehari dua je tapi last-last setiap hari kena jumpa. Jadi macam adik beradik. Hari-hari kena jumpa. Saya pun dah anggap dia macam abang sendiri. " tutur Jungkook panjang lebar.

Handbag sendiri diselongkar. Kata-kata Jungkook hiraukan kerana terlalu sibuk menyelongkar isi bag. Dalam pada masa yang sama aku tidak berapa faham maksud yang disampaikan oleh Jungkook.

Aku mengeluarkan lipstick dari dalam bag beserta cermin kecil.

" Awak dah cantik Yeorim. "

" Shh senyap Jungkook. Awak bukan perempuan, awak mana tahu. "

STREEEETT!!

BUKK!!

Secara tiba-tiba kereta yang dipandu Jungkook berhenti mendadak.

" J-Jungkook apa awak buat ni?! " marah aku dengan suara sedikit tinggi. Hampir sahaja kepala aku mahu terhantuk pada dashboard.

Jantung usah dikata laju berdegup akibat terkejut. Mujur di jalan raya hanya ada beberapa sahaja kereta. Kalau tidak- fuh!

" Huh? M-maaf! Awak okey ke? Sorry! S-saya tak tahu lah kenapa. Kereta ni buat hal rasanya tadi. Maaf Yeorim.. " ucap Jungkook dengan suara gementar. Kereta kembali bergerak menyusuri jalan.

Aku menoleh kearah Jungkook. Dapat aku lihat bahunya naik turun. Jungkook terbatuk kecil sembari dia mengawal kembali pernafasannya.

" Tak apa...awak okey ke Jungkook? " Jungkook menggeleng. Dia tersenyum nipis.

Jungkook tak sihat ke?


tbc.

His Personality | JJKWhere stories live. Discover now