25 + sorry tapi blushing

57 5 0
                                    

Yeorim's

" Takkanlah diorang berdua kongsi handphone ? " bisik aku pelan. Mata aku memerhati gerak geri Jungkook yang masih duduk di sofa bersama handphone ditangannya.

" Yeorim ? awak ada kat sana ke ? "

" Eh ada ada ! Hehe sorry. Saya call awak ni pun sebab tadi saya pergi ke rumah awak. Dah tahu awak tak ada kat rumah... "

Kedua mata aku membulat. Mulut pula usah dikata sudah melopong seperti terowong. Sungguh aku tidak percaya apa yang aku lihat sekarang ini.

" Yeorim ? " panggil Jungkook.

Figura yang sangat aku kenal mengorak langkah masuk ke dalam hotel. Figura itu adalah Kim Mingyu. Bergegas aku sorokkan diri aku di balik dinding.

" Aku tak salah tengokkan ? Dia buat apa kat sini ? Aduh ! Habislah kalau dia nampak aku kat sini. "

" Yeorim " panggil seseorang.

" Ouh mak kau ! "

Jungkook rupanya. Hampir mahu gugur jantung aku. Kedua kening Jungkook terjungkit naik hairan melihat aku yang sudah gelabah.

Pantas tubuh Jungkook aku tarik menyuruh dia untuk menyorok bersama aku. Kalau Mingyu nampak Jungkook kat sini mahunya jadi lagi perang kedua. Serupa pencuri aku keluarkan kepala di balik dinding. Diikuti juga dengan Jungkook di belakang.

" Lelaki yang haritu buat onar kat majlis kahwin Baekhyun tu kan ? " soal Jungkook. Aku angguk tidak geleng pun tidak. Soalan Jungkook aku abai kerana masih fokus sibuk merenung gerak geri Mingyu.

" Apa dia buat kat sini ? Ke dia dah tahu aku tinggal kat sini ? Ouh tidak ini petanda buruk. Memang mimpi ngeri kalau dia tahu aku tinggal kat sini. "

Sibuk membebel sampai tidak sedar yang kini kelibat Mingyu berjalan menghampiri tempat aku dan Jungkook menyorok. Membutang terus kedua mata aku. Ouh tidak !

" Menyorok ! " genggaman tangan aku cengkam sweater di tubuh Jungkook. Aku menarik Jungkook dekat ke arah aku menyorok di balik dinding. Kedua mata dipejam rapat.

Seminit telah berlalu aku kembali mencelik mata. Di toleh ke kiri. Kini kelibat Mingyu sudah selamat melintas pergi dari kami yang masih lagi tidak bergerak di tepi dinding.

Hembusan lega aku keluarkan. Sesaat kemudian aku merasakan hembusan nafas hangat mengenai pipi kanan aku. Baru aku sedar akan posisi aku dan Jungkook.

Sangat rapat sehinggakan hidungnya hampir mengenai hidung aku. Lengan kiri Jungkook melekap pada dinding sebelah kiri manakala tangan kanan Jungkook sudah selamat di pinggang aku. Pautan mata kami bertembung.

Ouh tidak..

" Wargh !! Maaf ! Maaf ! Maaf ! Lupakan pasal apa yang dah jadi tadi ! Maaf Jungkook ! Sorry !! " dengan kuat aku menolak badan Jungkook menjauh dari aku. Bergegas aku lari litang pukang serupa dikejar hantu masuk ke dalam lif.

Jungkook kelihatan blur blur melihat aku yang sudah hilang dari radar.

" Apa yang kau dah buat ni Yeorim ? Kau memalukan diri kau Yeorim ! Mana aku nak letak muka ni ? Kenapa aku buat benda tak senonoh macam tu kat public ? Dengan Jungkook pula tu ! Arghh ! " jerit aku dalam lif. Kepala yang tidak bersalah aku hantuk ke dinding lif.

" Tenang Yeorim " kedua mata dipejam sebelum kembali dicelik. Dapat aku rasakan jantung aku sekarang sedang laju bekerja.

Baru sahaja mahu bernafas lega kedua tanganku menyentuh poket seluar. Kenapa aku rasa seperti hilang sesuatu.

" Handphone? Yah! mana handphone aku !? "

tbc

His Personality | JJKWhere stories live. Discover now