4 + Dad

96 29 20
                                    

yeorim's

Setelah selesai beri sedikit buah tangan kepada Jungkook aku kembali pulang ke apartment aku. Kedatangan aku disambut oleh dua ekor kucing aku Mika dan Lilo yang masih berada di sofa.

Hanya Mika sahaja yang elok berbaring sambil menjilat bulu di atas sofa manakala Lilo duduk di atas meja berhadapan televisyen. Kusyuk sungguh Lilo melihat drama kegemaran dia sampai tidak sedar kedatangan aku disini.

Kaunter di bahagian dapur aku tuju. Pintu rak aku buka mahu mengambil bekas makanan kucing. Sekarang ialah waktu dua anak aku makan. Bekas berkembar yang sudah siap dibasuh aku tuangkan whiskas dan royal canin ke dalam bekas.

Mahu menangis aku kalau beli makanan anak kau ni lagi-lagi jenama royal canin. Menangis sekejap kalau teringat harga dia.

" Sayang sini makan! " panggil aku sebelum meletakkan bekas di atas lantai. Berlumba-lumba Mika dan Lilo berlari kearah aku. Sempat pula Lilo menendang badan Mika sampai Mika jatuh tergolek.

Lori terbabas.

DRIT!

DRIT!

Deringan handphone mengejutkan aku. Pantas handphone di atas meja berhadapan televisyen aku capai. Tentera nama ayah di skrin telefon. Aku memejam mata sebentar. Ini tidak lain tidak bukan mesti mahu bual soal perkahwinan. Ah! Aku taknak!

Butang hijau ditolak.

" Iya ayah? "

" Adapun anak ayah ni. Kenapa lama sangat nak angkat phone? Kamu dah sampai rumah ke? "

" Yeorim tadi bagi kucing Yeorim makan. Ya, Yeorim dah sampai dah kat rumah. "

" Ha kan ayah dah cakap kalau dah sampai rumah call ayah bagitahu. Ini tidak senyap je. Lama tau ayah dengan ibu tunggu kamu bila nak call. Sebab tu sekarang ayah terus call kamu. Haih lupa lagi lah tu. "

" Hehe maaf ayah. Sibuk sangat tadi kemas rumah. Sebelum sampai rumah pun tadi kereta Yeorim rosak hehe... "

" Ya tuhan. Dahtu kereta Yeorim macam mana? Dah hantar pergi bengkel? Kamu okey je kan? Kan ayah dah bagitahu sebelum nak pakai kereta tu tengok-tengokkan dulu apa yang patut. Haih bertuah betul. "

" Kereta Yeorim okay jelah. Enjin kereta tu tiba-tiba mati. Tapi nasib baiklah ada malaikat yang baik ni tolong Yeorim. Dia lah yang tolong baikikan kereta Yeorim tadi. Tak ada pape pun. Janganlah risau. Semua okey.. "

" Hm yelah. Kamu kat sana pun jangan lupa uruskan syarikat kamu tu. Syarikat kamu kat New Zealand tu nanti biar ayah yang uruskan. "

" Iye ayah. "

" Berbalik cerita pasal kereta kamu yang rosak tadi. Malaikat yang mana tu? Lelaki ke perempuan? "

Ha sudah. Dapat sudah aku bau-bau yang ayah mahu masuk soal topik yang paling tidak aku suka. Dapat aku dengar suara ayah dengan ibu yang terkekeh-kekeh ketawa dalam panggilan.

" Kalau lelaki baguslah. Ayah dah dapat bau tanda-tanda jodoh kamu dah nak sampai. "

" Ayah.. Yeorim tak naklah cakap pasal ni.. "

" Ayah dengan ibu bukan apa. Kamu tu dah masuk 26 tahun. Ayah dengan ibu ni makin hari makin tua. Kami nak juga merasa ada menantu ada cucu dari kamu. Kamu sahajalah anak ayah dengan ibu tahu? "

Mulahlah. Drama sang ayah dengan ibu. Suka bicarakan soal tentang jodoh dan perkahwinan yang sememangnya aku sendiri langsung tak fikirkan sepanjang aku hidup. Eh, adalah dulu fikir sekali dua hm.

Hari-hari aku sibuk dengan kerja jadi memang langsung tiada masa nak fikir pasal jodoh. Sejak kes bekas teman lelaki aku curang, aku langsung tidak fikirkan dia. Dia pun sudah tiada khabar. Hilang dimakan buaya betina mungkin.

Ataupun mungkin sudah mati agaknya.

" Yeorim? Dengar tak? "

" Ha? Ayah nak cakap apa tadi? "

" Berangan lah tu. Ni ayah cakap pasal teman lelaki kamu. Dah kalau kamu taknak cakap pasal 'malaikat' tadi tu ayah nak cakap pasal dia. Kamu dengan dia macam mana? Ayah langsung tak ada dengar khabar pasal kamu berdua pun? "

Aku mengeluh pelan. Sudah ayah bualkan topik pasal lelaki tu. Lebih tepat bekas teman lelaki aku. Kalau boleh aku sudah tidak mahu dengar lagi pasal dia. Kalau dia nak terjun bangunan bunuh diri sekalipun aku tidak kisah.

Ayah dengan ibu belum tahu lagi tentang kami berdua. Tentang aku dengan dia yang sudah lama putus. Aku yang minta putus tetapi selamba badak dia je tolak. Dia taknak lepaskan aku.

Kalau boleh aku tak nak ibu dengan ayah tahu. Lagi-lagi tentang kes curang lelaki tu.

Bukan sekali dua malah empat kali kantoi curang dengan aku. Dia buat aku ni macam kain pakai buang. Dasar kaki perempuan-

" Yeorim? "

" Yeorim penatlah ayah. Nak rehat. Bye! "

Terus panggilan aku tutup. Aku mengambil bantal lalu menerkup ke muka. Mahu melepaskan geram dengan menjerit sepuas-puasnya.

Sampaikan Lilo yang elok landing sebelah aku melompat jatuh dari sofa akibat terkejut.

" ARGHGHHH BENCI BENCI BENCII!! " jerit aku kuat sambil muka menerkup bantal.

TOK!

  TOK!

TOK!

" Siapa lagi.. "

Dengan rambut yang agak serabai aku melangkah malas ke arah pintu. Seusai pintu dibuka muncul wajah Jungkook di hadapan muka pintu.

Alamak!

tbc.

His Personality | JJKWhere stories live. Discover now