24 + misi

43 4 0
                                    

yeorim's

Hari ini ialah hari melakukan misi. Misi untuk bongkarkan rahsia yang mungkin Jungkook mahupun Taehyung ada simpan. Aku tahu yang aku ni tersangatlah tidak malu tapi saya kisah apa.

Kini aku sudah tiba di hadapan pintu rumah Jungkook. Bekal berisi kimbap dan sandwich telur aku pegang erat. Nafas ditarik dan dihembus. Kau boleh Yeorim!

" Jungkook oo Jungkook awak ada kat dalam? " panggil aku selepas mengetuk pintu rumah Jungkook.

Tidak sampai sesaat pintu dibuka. Muncullah muka kacak Jungkook yang kelihatan serabai. Sebelah matanya dicelik melihat aku. Manakala lagi sebelah mata tertutup. Rambut dia terpacak-pacak macam kulit buah durian.

" Selamat pagi Jungkook ! Awak baru bangun ke? " Jungkook mengangguk mamai. Dia menguap tapi acah-acah cover.

" Selamat pagi Yeorim. Awalnya awak bangun? Ouh, sila abaikan rupa saya yang ni aduh jatuh macho. Awak nak apa datang pagi-pagi ni? " Jungkook tersenyum.

Maaf Jungkook kalau saya datang terlalu awal tapi sekarang baru pukul 7:30 pagi. Bukan awal sangat pun kan?

" Nak bagi awak sarapan ni. Saya buat khas untuk awak dengan Taehyung. Makan tau. Maaflah ganggu awak pagi-pagi ni. " perkataan ' khas' dan ' Taehyung ' aku kuatkan. Dapat aku lihat muka Jungkook seakan tersentak tetapi dia cepat-cepat cover dengan batuk.

" Ouh- yelah. Hehe.. "

" Kejap Jungkook- "

Aku dekatkan muka aku pada Jungkook. Jungkook kelihatan tersentak dengan perbuatan aku. Dia mengundur sedikit kebelakang. Dia yang tadi mamai sekarang dah segar bugar.

" Kenapa mata awak bengkak ni Jungkook? " aku sebagai perempuan memang tahu sangat kalau bengkak memerah ni mesti baru lepas menangis. Jap, Jungkook menangis ?

" Eo ? Bengkak ? Mana ada. Mata saya sakit kot- " Jungkook tersengeh sambil menutup matanya menggunakan tangan.

" Yelah tu. "

" Untuk saya kan ? " tanya Jungkook. Aku mengangguk dan menghulur bekal tadi kepada Jungkook. Dengan senyuman lebar Jungkook sambut huluran aku.

" Terima kasih Yeorim. "

Sesambil tersenyum aku acah-acah jeling belakang Jungkook. Mahu mencari kelibat abang kembar dia, Taehyung. Jungkook pula sudah terkebil-kebil melihat perilaku pelik aku.

" Kenapa ni Yeorim ? Awak cari apa ? awak nak tengok kucing saya ke? "

" Eh tak adalah. Saya cari Taehyung. Dia ada ke? " soal aku.

" Er- dia belum bangun lagi. Tidur. " jawab Jungkook seakan ragu-ragu.

" Okey... "

Aku perhati sendal hitam yang dipakai Jungkook. Di belakang Jungkook ada satu kasut british boots bewarna brown elok terletak di atas lantai. Hanya satu sahaja termasuk sendal yang kini dipakai Jungkook. Sengkek nya-

Aku baru teringat bila aku berjumpa dengan Jungkook, dia selalu pakai kasut boots brown tu. Semalam pun aku ingat Taehyung juga pakai kasut brown boots yang sama. So, diorang adik beradik ni kongsi kasut ke?

" Takkan la diorang keluar jalan-jalan pakai sendal rumah pulak... " bisik aku perlahan.

" Apa dia ? " sampuk Jungkook.

" Tak ada apa ! Saya balik dululah. Jangan lupa kirim salam saya pada Taehyung. Jangan lupa makan sarapan yang saya bagi ni tau ! Bye ! "

Tak ada yang aneh pun dengan Jungkook.

Pada hari yang sama, pukul 12:30 tengah hari aku sengaja duduk bersantai di sofa yang diletakkan di lantai lobby.

Sesambil bersantai aku acah baca novel yang tak beberapa nak best ni sambil mata jeling-jeling manusia yang keluar masuk dari pintu kondo.

Nasib aku memang baik. Aku nampak Jungkook keluar dari pintu lif. Kedudukan aku dengan dia tidaklah berapa jauh. Disebabkan itu aku acah cover muka aku pakai novel setebal kamus ni.

Aku perhati pakaian Jungkook dengan mata menyepet. Dia mengenakan topi hitam, sweater kosong bewarna hitam, seluar jeans biru cair dan kasut boots brown yang aku cakapkan pagi tadi.

" Hi Jungkook!  " panggil aku dari jauh.

Dia menoleh ke arah aku. Balasan yang aku dapat hanyalah jelingan dingin darinya. Kemudian dia sambung berjalan keluar dari kondo. Sah, itu memang Taehyung.

Aku dah boleh bezakan dah kembar dua orang ni.

" Itu mesti Taehyung. Jadi kalau Taehyung kat sini mesti Jungkook ada kat rumah kan? Ok mari kita pergi rumah Jungkook. " serupa usain bolt aku lari ke arah lif dan cepat-cepat butang pintu aku tekan.

Dalam sekelip mata kini aku sudah tiba di pintu depan rumah Jungkook. Pintu rumahnya aku ketuk.

" Jungkook oo Jungkook awak ada kat dalam? " panggil aku tetapi tiada yang sambut.

" Tak ada kat rumah kot. "

Aku kembali beredar dari rumah Jungkook dan memasuki lif. Butang paling bawah aku tekan. Sambil menunggu lif sampai, aku capai handphone dari dalam poket seluar aku. Nombor seseorang aku dail.

TUT TUT...

Dalam waktu yang bersamaan aku melangkah keluar dari lif. Tetapi langkah aku kembali berhenti tika mata aku melihat Taehyung yang duduk di sofa di lobby. Sofa dan tempat yang sama aku duduk tadi.

Cepat-cepat aku sorokkan diri di balik dinding. Jadi spy tak berbayar.

Aku melihat Taehyung sedang menelefon seseorang. Tak mungkin kan kalau panggilan ni bersambung dengan-

" Jungkook? " panggil aku.

" Ya Yeorim? Kenapa call ni? "

Aku terdiam sebentar. Aku melihat sendiri dengan mata kepala aku sekarang ni semasa aku memanggil nama Jungkook, Taehyung yang duduk di sofa itu menjawab panggilan aku. Gerak geri mulut dia tersangatlah mudah untuk di baca.

" A-awak ada kat rumah ke? "

Aku menunggu balasan Jungkook dengan perasaan gugup. Mata aku masih setia melihat Taehyung. Mulut Taehyung bergerak berkata sesuatu.

" Saya ada kat lobby. Berehat kat sofa yang ada kat lantai lobby ni ha. Kenapa Yeorim? "

" I-ini memang betul Jungkook kan? "

Mulut Taehyung bergerak berkata sesuatu.

" iya saya Jungkook. Awak ni kenapa Yeorim? "

Sah, panggilan aku ni tersambung dengan Taehyung.

tbc.

His Personality | JJKWhere stories live. Discover now