15 + rahsia jungkook

87 27 21
                                    

author's

" Wah cantiknya! Sepanjang saya duduk kat kondo ni saya tak pernah tahu pula ada tempat yang cantik kat sini. Macam mana awak tahu tempat ni? "

Kini mereka berdua berada di tingkat paling atas kondo. Serta menempatkan satu pemandangan kota Seoul yang memancar indah dengan lampu-lampu di bandar menambahkan lagi suasana indah disitu.

" Cantik kan? " Yeorim menggangguk. Jungkook turut tersenyum. Mereka membuang pandangan ke arah tingkap besar di hadapan mereka. Melihat pemandangan indah kota Seoul.

Bersinar-sinar mata Yeorim. Terpukau sebentar dengan keindahan Kota Seoul. Seketika terlupa akan tujuan dia dengan Jungkook mengapa Jungkook membawa dia kemari.

" Duduklah sini. " panggil Jungkook.

Yeorim mengambil tempat duduk di kerusi di hadapan Jungkook. Di antara mereka terdapat meja kecil disitu.

" Kejap, saya hampir terlupa. Kenapa awak bawa saya ke sini? " Jungkook menjungkit kedua bahu.

" Saja. "

" Okay sekarang bagitahulah saya. Siapa Taehyung? "

Sebelah tangan menggaru kepala yang tidak gatal. Jungkook mengukir segaris senyuman nipis. Ketika itu Jungkook masih buntu dan sibuk memikirkan seribu satu cara macam mana dia mahu beritahu Yeorim perkara yang sebenar.

" Kembar awak ke? " potong Yeorim.

" Lebih kuranglah... " jawab Jungkook ragu-ragu. Nak tak nak terpaksa juga bohong.

" Betul ke? Taehyung tu kembar awak? Susahlah saya nak percaya. Tapi kalau nak bandingkan awak dengan Taehyung jauh beza. Kecuali muka korang yang memang betul-betul sama. Copy ori. " sebelah alis Jungkook terjungkit naik.

" Haah abang kembar-  tapi apa maksud awak? Beza kami ke? "

" Awak baik, sopan, kalau bercakap tu lembut je. Lainlah Taehyung tu garang macam singa. Saya baru cakap sikit dia sibuk nak melenting. Mamat gatal. "

Jungkook mengemam bibir. Cuba menahan tawa dari terhambur. Bukan kemain Yeorim mengutuk. Mengutuk secara depan-depan pula tu.

" Jadi Taehyung tu dia kat mana sekarang? " Jungkook tersentak.

Maaf kali ni Jungkook perlu menipu.

" Dia- macam mana nak cakap. Taehyung tu sebenarnya baru balik dari luar negara. Dia hari-hari sibuk dengan kerja dia- dia datang sini pun sebab saja bercuti katanya. Dia jarang ada kat rumah. Kalau sebab dia melenting tu mungkin dia stress? Yelah, dia tu asyik kerja je memanjang. "

Panjang lebar Jungkook reka cerita. Yeorim yang awal-awal tidak percaya malah menggangguk. Masih boleh dipercayai.

" Luar negara? Kat mana? "

" Aaa... New Zealand. " bohong Jungkook. Yeorim membutangkan mata.

" Kebetulan saya pun ada syarikat kat New Zealand. Syarikat tu ayah saya yang bagi pada saya suruh uruskan. Tapi hebatlah abang kembar awak tu. Tapi kalau boleh saya tak naklah Taehyung tu ada buat appointment dengan syarikat saya. Takutlah. Dia garang.. " Yeorim tersengeh.

Jungkook sedari tadi mengangguk dengan mulut terbuka. Tidak percaya dengan Yeorim. Yelah, kalau dilihat Yeorim sepertinya masih muda.

" Awak tak kerja ke Jungkook? "

" Sebenarnya mendiang ayah saya dia serahkan semua harta dia yang kat Jepun tu pada saya. Yang lagi separuh harta ayah saya masih belum agihkan lagi, mungkin. Jadi dengan keadaan saya sekarang ni saya tak bekerja lagi.. " Yeorim menggangguk.

Senang cerita Jungkook ni kaya. Banyak duit oish-

" Yeorim. " panggil Jungkook.

" Ya? "

" Pasal pagi tadi tu.. awak betul-betul serius ke? awak dengan saya... kita kahwin? " soal Jungkook malu-malu. Sebelah tangan mengusap tengkuk.

Yeorim pula terdiam. Dapat dia rasakan yang kedua pipinya terasa bahang kepanasan. Jungkook yang masih tersenyum segan dijeling.

" Saya saja tanya. Awak cakap benda tu sebab awak nak elak dari... siapa nama lelaki tu? "

" Mingyu. "

" Ha ye Mingyu. Jadi memang betullah? Awak cakap yang awak nak kahwin dengan saya tu sebab awak nak elak dari dia ke? " Yeorim tersenyum nipis.

" Saya ingatkan awak serious.. " bisik Jungkook pelan. Yeorim pula sudah menoleh memandang Jungkook dengan kedua alis terjungkit naik.

" Awak cakap apa? " Jungkook menggeleng laju.

" Tak ada apa hehe. "

" Tapi Jungkook. Saya betul-betul minta maaf sebab masukkan awak dalam masalah saya ni. Saya tiada niat pun nak susahkan awak lagipun masatu saya dah buntu sangat dah tak boleh nak fikir apa. Mingyu tu pun satu- ish! tak sukalah! "

" Apa hubungan awak dengan Mingyu? Awak dah lama kenal dengan dia ke? " soal Jungkook. Yeorim tersenyum nipis.

" Ye saya dengan dia dah lama kenal. Hm, saya tak nak lah cakap pasal dia. Urm- awak selalu datang sini ke Jungkook? " soal Yeorim cuba menukar topik. Dia kembali membuang pandangan melihat Kota Seoul.

" Iya selalu saya datang sini. Tenangkan fikiran. " Yeorim menoleh ke arah Jungkook dengan kerutan di dahi.

" Tenangkan fikiran? Awak stress? Awak ada masalah ke? "

Jungkook tersenyum nipis tidak membalas pertanyaan Yeorim. Buat masa ini lebih baik rahsianya disimpan. Fikir Jungkook, hari ini bukanlah waktu yang tepat untuk memberitahu Yeorim perkara yang sebenar.

Yeorim masih belum bertemu dengan identiti dia yang lain kecuali Taehyung. Itu pun Yeorim percaya yang Taehyung itu abang kembar kepada Jungkook. Walhal sebenarnya itu tidak betul sama sekali.

Mereka baru sahaja berjumpa. Jungkook pula masih tidak mengenali Yeorim. Begitu juga dengan Yeorim yang masih belum mengenali Jungkook. Mereka masih belum mengenali dengan lebih dalam tentang latar belakang masing-masing.

Jadi tidak mengapalah.

" Jungkook, apa status kita sekarang ya?  " Yeorim memandang Jungkook.

" Kawan? " jawab Jungkook ragu-ragu.

" Kawan? okey! Kita kawan. " Yeorim tersenyum manis. Dia kembali memandang tingkap melihat pemandangan kota.

Jungkook memandang Yeorim tanpa Yeorim sedar. Terbit segaris senyuman kecil di bibir Jungkook.

Agak-agak bagaimana reaksi Yeorim jikalau dia tahu perkara sebenar dan berjaya bertemu dengan ke semua identiti Jungkook?

" Kalau kau tahu perkara sebenar tentang diri aku. Aku harap kau tak buat benda yang sama macam mereka buat pada aku, Yeorim. Aku harap kau lain dari yang lain. "

tbc.

first time mat buat cerita genre romantik + psychology macam ni so masa taip part sweet² ni tetiba rasa cringe 😂 janganlah marah kalau ada part sweet tapi tak beberapa nak jadi sweet nya tu 😌 saya ni bukan romantik orangnya 🐣

His Personality | JJKWhere stories live. Discover now