2 + neighbour

120 28 10
                                    

Yeorim's

Langkah kaki diaturkan memasuki bangunan. Sempat aku menyapa ramah kepada pengawal yang menjaga di tepi pintu laluan masuk kondo.

Bersusah payah aku tarik bagasi yang besar ni dengan sebelah tangan lagi elok memegang sangkar kucing aku. Rasa-rasanya dua ekor kucing aku dah mabuk agaknya dalam sangkar tu sebab aku bawak macam orang mabuk dah.

Berat sangat.

" Yeorim? "

Muncul seorang lelaki kacak yang sangat aku kenali menghampiri aku. Tidak lupa juga lambaian tangan dia pada aku. Dia ni bakal suami kepada rakan baik aku.

" Kau buat apa kat sini Baekhyun? "

" Melawat kawan aku. " jawab Baekhyun

" Kawan? Siapa? "

Muncul lagi seorang lelaki dari arah belakang Baekhyun. Serentak aku dengan lelaki itu membulatkan mata. Tidak lain tidak bukan dia adalah lelaki yang tolong baikikan kereta aku kat tepi jalan tadi.

" Ini lah kawan aku yang aku melawat tadi. Ini Jeon Jungkook. Dan ini Choi Yeorim. Salam perkenalan. " ucap Baekhyun memperkenalkan kami berdua.

" Macam kenal...? " Jungkook mengerdipkan mata beberapa kali.

Baekhyun melihat aku dan lelaki bernama Jungkook disebelahnya ini silih berganti dengan kerutan di dahi.

" Korang saling kenal ke? " potong Baekhyun.

" Baru je. Kebetulan terjumpa dia kat tepi jalan pagi tadi sebab kereta dia rosak kan? " jawab Jungkook ramah dan mendapat anggukan dari aku.

" Faham. Esok majlis aku dengan Yoojung jangan lupa datang. Kau pun Jungkook datang tau. Siap-siapkan diri kau dulu sebelum nak datang majlis aku. Okey brother? " bahu Jungkook ditepuk Baekhyun.

" Jangan risaulah. Aku okey. "

" Aku kena gerak sekarang. Ada hal lah. Jumpa esok! " pamit Baekhyun sebelum beredar meninggalkan aku dengan Jungkook.

Aku melemparkan segaris senyuman kekok sebelum meminta diri mahu pergi ke arah lif. Akibat beg yang agak berat aku sampai tidak perasan akan Jungkook yang juga yang ikut aku dari arah belakang.

Aku hampiri pintu lif dengan keadaan yang bersusah payah. Beberapa saat kemudian pintu lif dibuka bergegas aku masuk ke dalam.

Aku mengangkat wajah menoleh sebelah kanan.

" Eh? "

" Hai lagi sekali. "  Dia tersenyum lebar.

Di pemikiran aku sekarang ini adalah kenapa dia pun boleh ada kat sini. Adakah dia juga duduk dalam kondo yang sama dengan aku. Aku menoleh memandang dia yang masih tersenyum malu-malu.

" Kita satu kondo nampaknya. Awak duduk tingkat berapa? " dia menyoal.

Ha sudah satu kondo dengan crush.

" 35. " dia mengangguk.

" Kebetulan saya duduk kat tingkat 30. Tak sangka saya kita boleh jumpa lagi. Satu kondo pula tu. Jodoh ea? " dia tersengeh.

Aku juga ikut tersenyum kecil. Pintu lif menjadi tatapan mata aku. Bukan apa aku tidak cukup kuat nak pandang muka lelaki ni. Kacak sangat.

" Awak dari mana sebenarnya? Banyak sangat barang awak ni. Nak saya tolong? " pelawa dia lagi. Kenapa dia ni baik sangat.

Aku menolak pelawa dia dengan gelengan kepala. Bukan apa dia tu duduk tingkat 30 aku ni 35. Kan dah menyusahkan dia pula nak suruh dia naik turun tingkat.

" Betul ni tak nak saya tolong? Jangan menyesal eh? Betul eh? " lagi sekali Jungkook bergurau kat depan pintu lif.

" Ya tak apa. " aku tersengeh kekok.

" Baiklah. Bye! "

Aku mengangguk. Dia sempat melambai tangan ke arah aku dengan senyuman malu-malu kucing dia sehingga pintu lif ini kembali tutup.

tbc.

His Personality | JJKWhere stories live. Discover now